CE' WER CHALET PANTAI RUSILA MARANG TERENGGANU REVIEW DAN KOMEN

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..


Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang, Terengganu. Setiap percutian yang kita rancang, tentunya mempunyai beberapa matlamat. Jarang terancang percutian tanpa beberapa alasan yang munasabah. Paling tidak, rancang percutian atas dasar untuk merehatkan minda seketika. Ada juga yang merancang percutian disamping berkerja. Menyelam minum air gitu. Apa-apa pun, setiap percutian ada alasannya tersendiri. Pada awalnya mek merancang ke Terengganu untuk menonton wayang semata-mata. Dan memang berniat untuk menginap semalaman di Terengganu. Bila Sis Gee recommend Ce’ Wer Chalet mek terus bersetuju tanpa bertanya lebih. Cuma mek ada view di Google untuk lihat ‘persekitaran’ untuk pengetahuan sebelum mek tiba di sana.


Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang, Terengganu

Lenyapkan kesibukan kota


Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang, Terengganu

Mek tiba di Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang pada jam lebih kurang tiga petang. Masuk sahaja lorong Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang, mek dah rasa lega. Dari tempat menginap terus nampak lautan membiru. Dah ‘feeling’ macam Puteri Aisyah dalam filem Pulang. Dengan tiupan angin ombak, lautan membiru, nampak Pulau Kapas yang seolah tidak jauh dari Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang. Sememangnya pilihan Sis Gee untuk mek menginap adalah yang terbaik. Seperti yang mek maklumkan, dua minggu dan seminggu sebelum kunjungan mek ke Terengganu, mek memang ‘lost’ dalam kerjaya mek (kedua-duanya sekali), tekanan tersebut dapat dikesan oleh Sis Gee maka tadaaaa ini hadiah buat mek untuk tenangkan fikiran serta lenyapkan sebentar kesibukan mek di pejabat.

Sea Breezing, Sunset


Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang, Terengganu


Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang, Terengganu


Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang, Terengganu


Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang, Terengganu


Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang, Terengganu

Kalau ke Terengganu, tak sah la kalau tak cari penginapan yang mengadap Laut China Selatan, kan? Suasana pantai yang mendamaikan tentunya akan memulihkan ‘mood’ setelah bertungkus-lumus dalam menyiapkan kerja seharian. Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang yang betul-betul menghadap pantai tentunya akan buat korang rasa tenang mendengar bunyi deruan ombak. Paling istimewa dapat juga melihat terbenamnya matahari di ufuk timur. Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang menyediakan beberapa kerusi batu dan pondok untuk para tetamunya menikmati angin pantai, bersantai dengan keluarga, menikmati keropok lekor, melihat anak-anak bermain pasir pantai dan lain-lain aktiviti yang berkaitan. Mek pasti mood korang akan menjadi lebih positif.

Harga bilik yang mampu milik


Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang, Terengganu

Untuk keluarga kecil mek, satu katil queen telah memadai untuk kami menginap di Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang. Untuk satu bilik berkatil queen, semalaman berharga RM80 sahaja. Bagi mek harga yang ditawarkan adalah harga yang munasabah. Dalam bilik disediakan kelenkapan TV, almari untuk letak pakaian serta ‘kettle’ untuk buat minuman. Bilik yang mek menginap juga berhawa dingin maka, RM80 itu sudah cukup murah untuk percutian mek ke Kuala Terengganu. Untuk bilik ini juga disediakan toto dan bantal extra. Senanglah kalau korang memerlukannya, hanya ambil sahaja dalam almari tanpa perlu ‘request’ dan ‘extra charge’ bagi keperluan tersebut. Seperkara lagi yang unik pada bilik Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila, Marang ini yang korang takkan jumpa di mana-mana chalet adalah - cadar katil original batik. Super best sebab lembut gila kainnya. Dan tentunya batik adalah sinonim dengan Terengganu.


Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang, Terengganu

Untuk komen dan rating mek bagi Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang empat bintang sebab dengan harga yang ditawarkan memang murah, keselesaan yang diberikan kepada tetamu juga ditahap optimal, kawasan sekeliling juga tidak merbahayakan samada kawasan pantai ataupun parkir kenderaan. Memang ‘recommended’ untuk korang pula menginap di Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang ini. Mek dan Sis Gee amat berpuas hati dengan persekitaran ini. Masing-masing sempat buka laptop dan taip entry sambil anak-anak main pasir pantai. Sempat kami melepak berbual sambil makan di atas pondok yang disediakan. Betul-betul terasa melepaskan stress yang dihadapi dan juga betul-betul menikmati percutian kali ini.


Ce’ Wer Chalet Pantai Rusila Marang, Terengganu

Sekian ..

#jalanjalanterengganu
#mekyunietravel
#cewerchalet2
#chaletpantairusila
#rewardanakanak
#mummypapanaktravel
#bondingtime
#nahcadangan

6 comments

  1. alohhhh bestnya, lama tak bercuti ni. Nampak best lah Terengganu ni. Lma tak pergi last pergi 5 thn lepas rasanya

    ReplyDelete
  2. Chalet tepi pantai best
    Boleh cari tempat ni kalu ke tengganu nanti

    ReplyDelete
  3. woahh murohhhhh..dekat pulak tu dengan pantai..best gilos

    ReplyDelete
  4. murah la RM80 per night. kawasan pun okay je tu

    ReplyDelete