5 KESALAHAN SEMASA MENGHADIRI TEMUDUGA

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..


5 kesalahan semasa menghadiri temuduga


5 kesalahan bila menghadiri temuduga. Baru-baru ini mek sekali lagi terlibat secara sipi-sipi dalam satu temuduga yang diadakan di BSN Kota Bharu. Disebabkan bos mek adalah salah seorang panel untuk sesi temuduga ini, maka semasa persiapan akhir sebelum pintu bilik temuduga dibuka, mek perlulah (kononnya) buat last checking untuk memastikan yang semua calon hadir dan dokumentasi mereka mencukupi untuk teruskan temuduga. Tapi bila mek ter-handle secara sipi-sipi, mek terperasan dua tiga perkara yang calon membuat kesilapan dalam menghadiri temuduga ini. Kesilapan yang boleh mengheret calon untuk gagal dalam mendapatkan jawatan tersebut walaupun pada saringan awal, kelayakan akademik dan pengalaman yang disenaraikan adalah mencukupi bagi jawatan tersebut. Beberapa perkara yang mek senaraikan ini mungkin lebih kepada sikap peribadi calon. Jadi, apakah ia?

Datang lewat, tak tepati masa


5 kesalahan semasa menghadiri temuduga

Dalam soal kejayaan, menepati masa adalah tonggak utama. Kalau korang jarang menepati masa maka korang salah seorang yang gagal dalam merancang penjadualan seharian. Bila sesi temuduga, pada kebiasaannya akan bermula pada jam 8.30 - 9.00 pagi (bergantung kepada organisasi). Apakah maksud ‘masa’ yang ditetapkan dalam emel pemberitahuan tersebut? Maksudnya 8.30 pagi korang dah berada di organisasi tersebut. Biar korang tunggu panel, bukan panel yang tunggu korang. Cuba amalkan sikap untuk berada 10 - 15 minit awal daripada apa yang telah ditetapkan. Mek pasti korang akan lebih berjaya dan akan terserlah ‘work smart’ korang. Dalam Quran pun ada sebutkan, Demi Masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan mereka yang beramal soleh. Maka, jagalah masa korang dengan betul.

Tak bersedia dalam dokumentasi


5 kesalahan semasa menghadiri temuduga

Yang ini memang ramai juga yang buat, mungkin tanpa mereka sedar juga sebenarnya. Mek memang terasa ‘annoyed’ bila mereka datang dan minta kita untuk tampalkan gambar mereka pada borang. Ada juga yang tak bawa pocket file untuk letakkan sijil-sijil. Ada juga yang baru nak isi borang permohonan. Paling tak boleh diterima, bawa resume semata-mata tanpa bawa sijil original untuk panel tengok. Ini juga salah satu kenapa korang dilabelkan gagal dalam temuduga. Dokumentasi korang untuk temuduga semestinya kena kemas dan lengkap. Bersedia dari rumah bukannya pada hari temuduga. Semak segala dokumen yang diminta supaya korang tak di ‘disqualified’ pada peringkat awal. Sekurang-kurangnya bila panel minta sijil, ianya telah tersusun rapi dalam pocket file, bermula dengan resume dan selepas itu pencapaian paling tinggi sehinggalah pencapaian paling rendah. Borang permohonan isi dengan kemas supaya senang panel nak baca. Gambar passport tetapkan sebagaikan gambar passport, bukan gambar selfie berukuran passport.

Pakaian yang tidak bersesuaian


5 kesalahan semasa menghadiri temuduga

Ini pun kadang tidak diambil berat oleh calon atas alasan ‘oh, ada etika pemakaian eyh untuk interview?’ - jawapannya adalah YA adik-adik sekalian. General info tentang pemakaian semasa menghadiri temuduga adalah ‘office wear’ yakni kalau lelaki berbaju kemeja, seluar slack. Perempuan pula samada baju kurung atau baju kemeja berseluar slack. Dan kedua-duanya adalah berkasut hitam serta bertutup. Tapi ada juga yang datang temuduga pakai kemeja warna shocking pink, baby blue, dark blue even yellow diraja. Wahhh ! So stunning la you alls. Tapi yang sedihnya bila pakai warna begini ianya akan memberi persepsi kepada panel. Baju yang sesuai untuk temuduga adalah putih. Ianya tampak natural dan tidak begitu mengganggu mata panel untuk memandang dalam memberi markah personaliti kepada korang. Untuk wanita pula, pakai pakaian yang mematuhi syariah, jangan menjolok mata. Takut nanti tak dapat tawaran kerja, tapi dapat tawaran lain pula.

Zero Knowledge


5 kesalahan semasa menghadiri temuduga

Bila korang menghadiri temuduga, tak kisah apa pun jawatan yang ditawarkan, korang mesti juga buat research mengenai organisasi yang korang mohon bekerja itu. Sebagai contoh, jika memohon bekerja di BSN sebagai Sales Advisor, korang juga perlu tahu apa lagi produk yang BSN tawarkan. Apa tugasan sebagai Sales Advisor kena buat. Interviewer memang takkan jangka korang tahu info yang paling tepat namun sekurang-kurangnya tahu juga asasnya. Bila interviewer tanyakan apa kelebihan BSN atau mungkin apa yang awak tahu tentang BSN, kalau korang tak buat research, memang gagal lah dalam soalan itu. Paling senang nak tahu tentang organisasi yang korang mohon kerja adalah dengan layari website mereka, atau mungkin korang boleh jumpa dengan salah seorang kakitangan di organisasi tersebut untuk dapatkan info.

Percakapan kurang meyakinkan


5 kesalahan semasa menghadiri temuduga

Mek memahami yang tak semua orang dilahirkan ada kredibiliti untuk berkomunikasi dua hala dengan baik. Kadang ada juga yang dilahirkan terlebih kredibiliti sehingga pandai memanipulasi bila bercerita. Tapi untuk sesi temuduga korang memang perlu mencuba untuk memberi info tentang diri korang dengan penuh yakin. Bukan setakat info diri korang malah segala pengetahuan am perlu disampaikan dengan penuh jelas dan yakin. Nada perlu jelas, jangan seolah-olah berbisik pula. Jangan nanti panel bertanyakan soalan yang sama dua kali kepada korang. Itu adalah petanda yang kurang sihat. Seeloknya korang latih diri bercakap dihadapan cermin terlebih dahulu. Kalau nak yang lebih canggih, latih diri untuk rekod video bercakap depan kamera. Cara ini amat membantu. Mek juga mencuba cara ini bagi meningkatkan lagi keyakinan diri bila berhadapan dengan pihak pengurusan atau pihak pengurusan bagi organisasi luar.

Korang rasa, semasa hadir temuduga, ada tak buat perkara-perkara yang mek senaraikan di atas? Kalau ada dan jika korang gagal untuk temuduga itu maka benarlah ‘ramalanku benar belaka’. Untuk temuduga seterusnya, sila bersedia sepenuhnya. Nampak remeh tapi impaknya besar. Buka youtube untuk tengok video-video simulasi temuduga macam mana. Ada banyak di sana. Google juga satu tempat pencarian yang boleh membantu korang untuk dapatkan maklumat supaya lebih bersedia dalam menghadiri temuduga. Jika semasa korang buat research mengenai latar belakang jawatan yang ditawarkan kepada korang, dan korang rasa bukan minat atau jiwa korang untuk lakukan tugasan tersebut maka jangan terima dengan memaksa diri, kelak binasa. Lainlah kalau korang cuba untuk menyesuaikan diri dengan jawatan tersebut nanti. Moga entry mek kali ini dapat memberi manfaat kepada korang. Good luck !

Sekian ..

#interviewtips
#tiptemuduga
#apanakbuatbilainterview
#kesalahaninterview

2 comments

  1. nice sharing mek... semoga dpt membantu mereka yg sedang mencari pekerjaan

    ReplyDelete
  2. Boleh buat panduan kepada sesiapa yang akan menghadapi temuduga.

    ReplyDelete