ABAM KIE'S BIRTHDAY GIVEAWAY

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..


Giveaway Happy Biryhday Abam Kie. Sempena birthday Blogger Abam Kie yang ke berapa tak pasti, dengan murah hatinya Abam Kie nak bagi hadiah kepada blogger-blogger yang sudi untuk menyertainya. Bukanlah sahaja beria cuma sekadar untuk suka-suka disamping menambah kenalan blogger, mengeratkan yang mana dah pernah kenal tapi lama tak komen antara satu sama lain dan juga untuk berkongsi rezeki yang ada. Bagus juga idea Blogger Abam Kie ni. Terasa birthday mek tahun ni nak buat macam tu jugak. Mek dengan Blogger Abam Kie ni satu negeri sahaja tapi kami tak pernah pun sekali berjumpa. Belum berjodoh lagi untuk hadir ke event sama-sama. InsyaAllah kalau ada rezeki boleh la jumpa Blogger Abam Kie ni nanti.



Blogger Abam Kie juga ada minta sedikit ucapan daripada blogger yang menyertai giveaway ini. Ucapan kepada Blogger Abam Kie sempena birthday dia. Jadi, ini ucapan mek kepada Blogger Abam Kie setelah hampir tiga tahun usia perkenalan mek dengannya :

To my blogger’s friend Abam Kie,

Sempena dengan kelahiran Abam Kie, mek juga turut menadah tangan mengucapkan syukur kepada Allah taala kerana memberi hayat, memberi kesihatan yang baik serta mengurniakan rezeki serta nikmat yang selayaknya untuk Abam Kie. Alhamdulillah. Semoga dengan pertambahan usia ini kita semua dapat memberi yang lebih kepada Allah taala serta disekeliling kita. Mudah-mudahan apa yang dilakukan kita di dunia ini menjadi pertolongan kita diakhirat kelak. InsyaAllah.

Sekian ..

#giveaway
#bloggerabamkie
#birthdayblogger
#bloggergiveaway
#maygiveaway

ENTRY TERBAIK SEPANJANG APRIL 2019 DI MEKYUNIE.COM

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Entry terbaik di mekyunie.com pada April 2019. Mek kadang teringat nak buat entry-entry terbaik ini. Kadang mek terlupa sehinggalah blogwalking ke Cik Ash punya website, terpampang lah entry-entry terbaiknya sepanjang bulan Mac 2019. Mek pun cedok lerr idea Cik Ash tapi baru harini diberi kesempatan untuk godek dan tengok mana entry terbaik mek sepanjang April 2019. Seronoknya untuk tengok entry-entry terbaik ni adalah sebab korang boleh tengok apa carian netizen di luar sana dan apa yang penulisan korang boleh bantu. Contohnya mek, entry top biasanya adalah info pinjaman yang BSN sediakan. Seterusnya entry makan-makan. Kiranya, penulisan mek lebih ke arah servis perbankan dan juga cadangan untuk tambah BMI korang.


Entry terbaik di mekyunie.com pada April 2019


So ini yang terbaik sepanjang April 2019 :












Andai kata kalau korang belum lagi menjengah entry-entry mek ini, sudilah kiranya korang klik dan baca. Tapi kalau belum berkesempatan, its okei. Mek juga nak cadangkan kepada korang untuk jenguk-jenguk entry apa yang laris di blog korang supaya nanti senang korang nak letak ‘niche’ pada diri korang. Macam mek dulu kemain seronok letak ‘niche - travel’ padahal bukan travelling itu yang membantu tapi kerja hakiki mek ini yang banyak dicari. Pun begitu, walaupun korang dah tahu ‘niche’ masing-masing, tak semestinya kena fokus itu sahaja. Blogger bebas untuk bagi penulisan melalui pengalaman masing-masing. Jadi, apa salahnya kalau nak kongsi resepi ikan goreng crispy di blog, kan? Yang penting blog tak bersawang and keep writing to give the best info for them.

Sekian ..

#entryterbaikapril2019
#bankingblogger
#foodieblogger
#travellingblogger
#bloggersukahati

ROYAL GUEST HOUSE KOTA BHARU CITY HOTEL YANG BERDEKATAN DENGAN SIGNATURE KELANTAN

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..


Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan. Sejak 2010, ketika itu mek berumur 18 tahun, Royal Guest House Kota Bharu dibuka menjadi satu hotel untuk para tetamu menginap. Bila dengar je Royal Guest House Kota Bharu, tak bunyi macam hotel tapi bunyi macam ‘kerabat-kerabat raja dari luar negeri datang menginap di sini’. Segan bila nak melalui lorong tersebut. Pun begitu, bertambah tahun sehingga 2014 mek mula berkhidmat di BSN Kota Bharu yang mana hanya 800 meter jauhnya dengan Royal Guest House Kota Bharu, makin mengetahui disebalik Royal Guest House Kota Bharu ini. Bila dah tahu bagi mek ianya mempunyai kelebihan yang sedikit lebih berbanding peninapan lain yang ada di Kelantan. Kenapa?


Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan


Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan

Harga yang ditawarkan rendah, servis mantop !


Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan


Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan


Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan


Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan


Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan


Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan


Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan

Pada mulanya mek seolah-olah tak percaya bila dengar harga untuk satu bilik semalaman di sini. Mek anggarkan bilik di sini dalam kelompok harga RM150. Berpadanan dengan apa yang ditawarkan. Namun sangkaan mek memang tak tepat lansung. Bila rakan mek yang berkerja ni di sini cakap ‘harga bilik Royal Guest House Kota Bharu RM98 je semalaman, dua breakfast’ mulut mek melopong, mata membuntal. Memang betul bila tengok risalah yang dihulurkan. Memang harga bilik penginapan yang murah setakat mek jumpa. Dengan apa yang ditawarkan seperti dua breakfast, mek rasakan ianya amat berbaloi untuk bayar RM98. Bilik yang diberikan juga tidak mengecewakan. Ada heater, tuala disediakan, ruangan bilik yang tidak begitu semput (ada ruang untuk solat) dan beberapa perkara lain yang turut diberikan oleh hotel-hotel yang lain. Bezanya Royal Guest House Kota Bharu jauh lebih menjimatkan.

Lebih 10 ‘signature’ Kelantan yang berdekatan

Ini lah yang mek nampak kenapa Royal Guest House Kota Bharu merupakan yang paling strategik untuk jadikan sebagai penginapan bila korang berkunjung ke Kelantan. Terutamanya bila korang datang ke Kelantan atas tujuan nak makan-makan dan mengenali Kelantan dengan lebih mendalam. Di bawah ini yang mek sendiri tinjau, sekitar radius Royal Guest House Kota Bharu. Antaranya :

Nasi Ulam Cikgu


Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan

Hanya berhadapan sahaja dengan Royal Guest House Kota, tak perlu gerakkan kereta korang pun. Hidangan yang ada adalah nasi ulam-ulaman, Sayur Lemak, Ikan Patin Tempoyak dan pelbagai lagi untuk dinikmati pada waktu makan tengahari korang.

Pasar Siti Khadijah


Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan

Pasar yang wajib korang terjah bila datang ke Kelantan. Beraneka pilihan kuih-muih, hidangan makanan serta paling ramai tetamu cari adalah kain batik atau tudung yang menjadi tanda ‘air tangan’ Kelantanese. Boleh juga dibeli untuk bawa pulang kepada rakan-rakan dan keluarga.

Istana Balai Besar


Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan

Istana ini adalah istana utama Negeri Kelantan bagi menjalankan istiadat-istiadat (upacara) istana. Sebagai contoh, Istana Balai Besar ini adalah tempat bagi pengurniaan darjat kebesaran Negeri Kelantan. Selain itu, jika ada majlis-majlis diraja seperti perkahwinan, juga turut dilansungkan di Istana Balai Besar.

Istana Jahar


Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan

Lokasi Istana Jahar hanya berhadapan sahaja dengan Istana Balai Besar. Istana Jahar telah dijadikan sebagai salah satu muzium di Kelantan. Sepanjang kehidupan mek adalah empat kali terjah Istana Jahar ini. Dalam istana ini korang dapat melihat adat istiadat diraja Kelantan pada zaman dahulu kala.

Istana Batu


Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan

Istana Batu juga salah satu muzium yang ada di Kelantan. Yang ini hanya bersebelahan sahaja dengan Royal Guest House Kota Bharu. Mek pernah masuk dua kali. Apa yang ada dalam ni adalah barangan sultan terdahulu iaitu Sultan Ismail, ayahanda kepada Sultan Muhammad ke V. Dikatakan di istana ini lah Sultan Muhammad ke V dibesarkan. Barangan dalam muzium ini katanya barangan asal daripada keluarga Sultan Ismail.

Masjid Muhammadi


Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan

Masjid yang menjadi masjid utama di Bandar Kota Bharu. Masjid Muhammadi diberi nama sempena Sultan Muhammad ke IV pada tahun 1931. Masjid Muhammadi ni dah beberapa kali diubah suai bagi menampung jemaah yang hadir ke masjid ini. Mek sendiri dah beberapa kali singgah solat di sini dan suasana berhawa dingin mendamaikan lagi suasana di masjid ini.

Dataran Rehal


Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan

Sekali imbas Dataran Rehal ini macam tempat parkir untuk tetamu Muzium Istana Jahar, Istana Balai Besar dan juga Masjid Muhammadi. Tapi Dataran Rehal ini juga sebagai salah satu mercu tanda bagi negeri Kelantan, negeri serambi Mekah. Kena pandai ambik angel untuk photoshoot.

Kedai Kopi White House


Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan

Yas. Kedai kopi yang dah sekian lama wujud di Kota Bharu. Kedai Kopi White House ni berhadapan sahaja dengan Masjid Muhammadi. Korang boleh jalan sahaja ke sini untuk mencuba aneka nasi pagi Kelantanese contohnya Nasi Air Dingin, Nasi Dagang Kelantan, Nasi Kerabu dan juga roti bakar orang dulu-dulu.

Kopitiam Meletop


Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan

Kedai ini baru sahaja dibuka pada awal April 2019. Kopitiam Meletop ni pun korang tak perlu naik kereta untuk pergi kerana jaraknya hanya 200m sahaja. Di sini hidangannya ada pelbagai juga nasi pagi Kelantanese, Roti Canai dengan pelbagai jenis. Ruangan juga agak luas, jadi kalau datang dengan bas pun masih lagi occupied.

Bazar Tengku Anis


Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan

Bazar ini bersebelahan sahaja dengan Nasi Ulam Cikgu. Bazar Tengku Anis menawarkan baju-baju serta kain-kain batik Kelantan. Ada juga telekung yang berkualiti tinggi dengan pelbagai corak dan warna. Kiranya di sini korang boleh tengok corak dan harga selain daripada Pasar Siti Khadijah.

Padang Bank


Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan

Ini adalah tempat sejarah semasa pemerintahan zaman British dan Jepun terdahulu. Di sini korang boleh tengok Bank Kerapu, Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama. Dan di sini juga jika korang google mengenai Padang Bank Kota Bharu, di sini juga arwah Tok Janggut digantung secara terbalik oleh tentera British bagi menakutkan rakyat ketika itu.

Fizomawar Kitchen


Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan

Tempat makan ini mungkin menarik minat korang untuk mencuba kerana di Fizomawar Kitchen, kesemua resepi masakan adalah asli daripada pelakon Fizo Omar. Mek dah beberapa kali berkunjung ke sini, bukan sahaja makanan Thai yang sedap namun pemandangan dari Fizomawar Kitchen juga mampu hilangkan stress.

Pak Mat Pulau Pisang, Teh Tarik Madu


Royal Guest House, Kota Bharu City Hotel yang berdekatan dengan signature Kelantan

Kedai yang pernah viral pada suatu ketika dahulu disebabkan harganya yang mahal. Pun begitu kedai ini tetap dikunjungi orang ramai disebabkan hidangannya yang sedap. Walaupun korang dapat menikmati Teh Tarik Madu di kedai lain namun takkan pernah sama dengan yang original dari Pak Mat Pulau Pisang ini. Pasti korang akan teringat-ingat bila pulang nanti.

Bagi mek, jika korang betul-betul nak merasa percutian dalam Kelantan tanpa perlu bergerak jauh, Royal Guest House Kota Bharu merupakan pilihan yang tepat. Mek rumuskan ini berdasarkan pengalaman mek sendiri yang menginap semalaman di Royal Guest House Kota Bharu bagi merasai betul-betul apa yang mek ‘dapat’ daripada pilihan penginapan di sini. Ternyata apa yang mek dapat seolah-olah mengenali budaya Kelantan dengan lebih mendalam. Dengan mengunjungi beberapa tempat yang berdekatan dengan Royal Guest House Kota Bharu, spouse mek juga turut bersetuju bahawa hotel ini merupakan yang paling strategik dalam bandar Kota Bharu. Jadi, apa lagi - Cuba menginap di Royal Guest House Kota Bharu untuk ketahui apa yang mek perkatakan ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh usha ;

Frontline : 09-7430008

Sekian ..

#royalguesthousekb
#hoteldikelantan
#nahcadangan
#travellingtokelantan

SAJIAN BUFFET RAMADHAN DI THE GRAND RENAI KOTA BHARU

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..


Sajian Buffet Ramadhan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu. Ramadhan hanya beberapa hari sahaja untuk kita mulakan ibadah berpuasa. Selain ibadah wajib berpuasa dan sembahyang, pada Ramadhan juga semua ibadah sunat digandakan pahalanya. Kalau kita boleh nampak aliran pahala masuk dalam ‘akaun’ kita, tentunya kita sanggup berikan apa sahaja keperluan kepada mereka yang memerlukan. Jadi, elok benar jika kita rancang untuk adakan sesi berbuka puasa dengan ahli keluarga, atau sahabat handai di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu. Layanan yang mesra dan hidangan yang sedap tentunya dapat menyenangkan para tetamu pada Ramadhan kali ini. Senangkan hati orang, dapat pahala dan kesenangan pada kita juga, kan?


Sajian Buffet Ramadhan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu

Lebih 50 juadah yang disediakan, setiap hari sepanjang Ramadhan 1440H


Sajian Buffet Ramadhan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu


Sajian Buffet Ramadhan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu


Sajian Buffet Ramadhan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu


Sajian Buffet Ramadhan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu


Sajian Buffet Ramadhan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu


Sajian Buffet Ramadhan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu


Sajian Buffet Ramadhan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu


Sajian Buffet Ramadhan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu 


Sajian Buffet Ramadhan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu


Sajian Buffet Ramadhan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu

Lebih bahagia bila kita belanja orang tersayang beriftar di tempat yang banyak pilihan juadah makanan. Memahami setiap tetamu mempunyai selera mereka masing-masing, Sajian Buffet Ramadhan The Grand Renai Hotel Kota Bharu menawarkan kepelbagaian juadah supaya setiap tetamu yang hadir untuk iftar berpuas hati dengan hidangan yang ada di sini. Hidangan popular pada Ramadhan seperti Bubur Lambuk, Gulai Kawah beraneka jenis seperti daging kambing, daging lembu dan juga ayam juga turut disediakan. Jangan risau jika korang dalam mood ‘eat clean’, nasi ulam-ulaman juga turut disediakan. Tak dilupakan juga hidangan kuih-muih tradisional Kelantan serta manisan-manisan masa kini seperti kek dan juga tart turut ada sebagi pencuci mulut kepada tetamu iftar The Grand Renai Hotel Kota Bharu. Pendek kata semuanya akan berpuas hati dengan pengisian di sini.

Early Bird dapat harga murah, jom tempah untuk iftar


Sajian Buffet Ramadhan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu

Untuk penjimatan, korang boleh rancang awal untuk sesi iftar korang bersama keluarga atau rakan-rakan. Sajian Buffet Ramadhan The Grand Renai Hotel Kota Bharu menawarkan harga RM62 jika korang beli sebelum atau pada 05 Mei 2019. Bila bermula sahaja Ramadhan, harga untuk iftar akan dijual pada harga biasa iaitu RM69 bagi seorang dewasa dan RM29 bagi seorang kanak-kanak. Pun begitu, jika korang ingin ‘walk-in’ pada mana-mana hari sepanjang Ramadhan, The Grand Renai Hotel Kota Bharu mengalu-alukan kedatangan korang. Tempat duduk yang pelbagai contohnya tempat untuk berdua, berempat ataupun berkeluarga besar boleh diaturkan mengikut kesesuaian jumlah kedatangan korang. Jadi korang tidak perlu risau untuk iftar bersama-sama.

Harga bilik penginapan juga ‘mark down’ sempena Ramadhan

Untuk mereka yang berkunjung ke Kelantan pada Ramadhan ini, berita baik untuk korang. Harga bilik pada hari biasa tanpa promo adalah RM235 bagi Deluxe Room. Tapi pada Ramadhan kali ini, harga bilik Deluxe Room berserta sahur hanya RM198 sahaja. Manakala jika korang nak sertakan sekali dengan Sajian Buffet Ramadhan The Grand Renai Kota Bharu, hanya perlu bayar RM268 bagi dua tetamu. Jimat berganda-ganda, kan? Sambil datang Kelantan atas urusan kerja ataupun urusan peribadi, hanya bayar RM268 dan korang tak perlu lagi fikir di mana korang nak bersahur dan berbuka puasa. Peace of mind gitu. Sambil tu boleh cuba rasa masakan tradisi Kelantan yang dimasak khas oleh chef di hotel yang terkemuka di negeri Kelantan.

Pada keseluruhan, mek memang suka dengan The Grand Renai Hotel Kota Bharu sebab ciri-ciri ‘hotel mewah’ yang dibina dari dahulu lagi. Pun begitu, dalam soal promo masih lagi seperti harga yang mampu milik untuk golongan pertengahan seperti mek. Maksudnya kita semua mampu untuk menikmati ‘layanan’ hotel mewah yang selalu kita tengok dalam drama atau video iklan. Tambah pula pada Ramadhan, jika dapat berehat di bilik yang sejuk, katil yang empuk dan selesa, menikmati wifi yang ada - memang betul-betul menikmati percutian pada Ramadhan. Nak teruskan niat untuk khatam al-quran pun tenang sahaja. Untuk pengetahuan korang juga, The Grand Renai Hotel Kota Bharu hanya 5 minit untuk ke KB Mall dan hanya 10 minit untuk ke AEON Mall Kota Bharu. Jimat masa, sempat rehat banyak sikit.


Sajian Buffet Ramadhan di The Grand Renai Hotel, Kota Bharu

Untuk info lanjut, korang boleh usha

Frontline : 09-7462233

Sekian ..

#thegrandrenaikb
#buffetramadhankb
#iftardimana
#menuberbuka2019
#nahcadangan

SAFI DERMASAFE SET PENJAGAAN KULIT WAJAH SENSITIF

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..


Safi Dermasafe Set untuk mereka yang berkulit sensitif. Tapi mek bukanlah jenis kulit sensitif. Kulit mek adalah normal skin, agak tidak bermasalah kecuali seperti yang korang sedia maklum iaitu freckles. Muka mek akan berjerawat juga jika tidak dijaga dengan baik contohnya seharian dialas make up atau balik dari mana-mana tak cuci muka dengan bersih, esok elok lah jerawat mula menapak di wajah. Tentunya masalah seperti ini sedikit sebanyak mengganggu keyakinan diri mek untuk berhadapan dengan orang ramai. Walaupun skop kerja mek hanya untuk ‘internal customer’ sahaja, pun begitu sebagai seorang wanita tentunya masalah macam ni boleh menyebabkan mood menjadi ‘swing’ tiap kali melihat cermin. Geram bukan?


Safi Dermasafe Set untuk mereka yang berkulit sensitif

Safi Malaysia kali ini tampilkan Safi Dermasafe untuk mereka yang berkulit sensitif. Memahami ramai yang mengalami kulit muka yang ‘breakout’ akibat daripada salah guna produk penjagaan wajah, Safi Dermasafe diuji secara klinikal terbukti berkesan untuk memulihkan kembali kulit wajah yang terkesan teruk. Penggunaan secara berterusan selama sebulan amatlah digalakkan untuk membantu kulit wajah pulih seperti biasa. Jangan salahkan Safi Dermasafe jika korang hanya pakai untuk beberapa ketika dan beberapa produk Safi Dermasafe sahaja. Safi Dermasafe didatangkan dengan lima botol untuk langkah perawatan dan penjagaan kulit wajah supaya menjadi lebih sihat dan mulus. Antaranya :

Pembersih muka Mousse Gentle Care


Safi Dermasafe Set untuk mereka yang berkulit sensitif

Safi Dermasafe Mousse Gentle Care adalah sabun muka yang boleh membantu kulit wajah korang untuk lebih lembut bagi memulakan hari atau aktiviti korang. Untuk Safi Dermasafe Mousse Gentle Care, mek gunakannya ketika mandi waktu pagi. Ianya lebih sesuai digunakan pada waktu tersebut kerana membantu untuk menyingkirkan lebihan minyak pada kulit wajah ketika tidur. Ianya juga sesuai digunakan pada waktu malam sebelum mek sapukan krim malam pada wajah. Pendek kata, Safi Dermasafe Mousse Gentle Care sesuai dipakai ketika kulit muka tiada make up. Ianya akan buatkan kulit wajah menjadi lebih lembut dan bersih sebelum sapuan moisturiser siang ataupun malam dilengkapkan untuk rawatan kulit wajah.

Pembersih muka Gel Mild & Gentle


Safi Dermasafe Set untuk mereka yang berkulit sensitif

Safi Dermasafe Gel Mild & Gentle ini pula berperanan untuk membersihkan kulit muka juga. Pun begitu, sedikit perbezaan dengan Safi Dermasafe Mousse Gentle Care adalah Safi Dermasafe Gel Mild & Gentle mampu untuk menanggalkan make up yang ada pada wajah kita. Mek selalu gunakan Safi Dermasafe Gel Mild & Gentle ini ketika nak tanggalkan make up untuk solat. Memang bersih sangat muka tanpa menggunakan make up remover atau tisu basah. Pada awalnya mek macam meragui juga Safi Dermasafe Gel Mild & Gentle ni sebab rata-rata pencuci muka tak tanggalkan make up di wajah secara 100%. Namun, bila mek guna setelah separuh hari mek dengan make up, Safi Dermasafe Gel Mild & Gentle mampu memberi kesegaran dan bersih secara total pada wajah mek. Barulah best nak tepek moisturiser dan apply make up baru !

Semburan Booster Hydrate & Refresh


Safi Dermasafe Set untuk mereka yang berkulit sensitif

Safi Dermasafe Booster Hydrate & Refresh pula untuk kegunaan selepas korang make up. Semburan ini bertujuan untuk kekalkan kulit wajah dengan kelembapan yang optimum dan kekalkan make up korang dengan kesegaran. Safi Dermasafe Booster Hydrate & Refresh ini juga boleh korang gunakan bila berada di rumah, tidak terhad kepada penggunaan dengan make up sahaja. Pada hujung minggu mek akan semburkan Safi Dermasafe Booster Hydrate & Refresh ini pada wajah untuk kekal segar dan lembabkan kulit. Biasanya lepas sembahyang zohor dan asar mek akan semburkan Safi Dermasafe Booster Hydrate & Refresh. Takadalah nanti bila hujung minggu, bila duduk di rumah sahaja, kulit wajah tak terjaga. Sekurang-kurangnya bekalkan mereka dengan lembapan yang optimum.

Pelembab Siang Soothe & Hydrate


Safi Dermasafe Set untuk mereka yang berkulit sensitif

Safi Dermasafe Day Moisturiser Soothe & Hydrate direka khas untuk kegunaan sebelah siang, di mana ketika kulit wajah kita terdedah kepada sinaran UV. Korang pun tahu kan yang sinaran matahari memancarkan UV boleh menggelapkan kulit, buatkan kulit hilang kelembapan dan mengkusamkan kulit. Kulit bila kusam mesti nampak lesu dan make up pun tidak begitu ‘blend’ dengan kulit wajah. Pendek kata semuanya akan merendahkan keyakinan diri. Safi Dermasafe Day Moisturiser Soothe & Hydrate membantu untuk kekalkan kelembapan kulit serta melindungi kulit daripada bahang sinaran UV yang memeritkan kulit wajah bila kita melakukan aktiviti di luar rumah atau pejabat. Mek sapukan Safi Dermasafe Day Moisturiser Soothe & Hydrate ini setiap pagi sebelum mek pakai make up, supaya kulit mek terlindung dengan krim pelembap yang membantu dalam naikkan seri wajah mek walaupun dengan solekan yang nipis.

Pelembab malam Rehydrate & Recover


Safi Dermasafe Set untuk mereka yang berkulit sensitif

Safi Dermasafe Night Cream Rehydrate & Recover, dirumus bagi kegunaan sebelah malam. Tujuan utama adalah untuk membaiki kulit. Mek pasti ramai perempuan dah peka dengan krim sebelah malam ini iaitu krim paling utama untuk baiki kulit sebab pada waktu malam, kulit lebih berehat dan merawat. Disebabkan itu, jika korang tak guna krim malam, kulit korang akan mudah untuk ada masalah kulit wajah seperti jerawat. Safi Dermasafe Night Cream Rehydrate & Recover mampu untuk gantikan lapisan kulit muka dengan sel kulit yang lebih sihat supaya bila bangun pada waktu pagi, korang bersedia untuk menghadapi aktiviti harian korang. Rawatan untuk membaiki kulit wajah yang ‘breakout’ juga perlu disiplin dalam penggunaan krim malam. Kalau tak disiplin, alamatnya kulit wajah mulus yang menjadi idaman korang kelihatan jauh untuk tercapai.

Setelah dua minggu mek mencuba Safi Dermasafe, secara keseluruhan mek suka setiap botol yang ada. Setiap daripadanya berfungsi dengan baik, memberi kesan yang optimum kepada kulit wajah mek. Impian untuk dapat kulit sihat tanpa jerawat dan masalah lain (kecuali freckles) mampu diatasi dengan penggunaan Safi Dermasafe. Untuk seorang wanita, lagi-lagi kalau setiap hari berhadapan dengan pelanggan ataupun perlu keluar untuk berjumpa dengan orang ramai, kulit wajah perlu sihat untuk disolek dengan makeup supaya tampak lebih yakin dalam setiap urusan. Bukanlah mek nak bagitahu yang mereka berjerawat perlu rendah diri dan ‘not to bold’ tapi Safi Dermasafe kan ada, maka jomlah cuba untuk dapatkan kulit wajah yang lebih sihat.


Safi Dermasafe Set untuk mereka yang berkulit sensitif

Sekian ..

#safimalaysia
#safidermasafe
#safi
#nahcadangan
#kulitsensitif
#skincare

5 KESALAHAN SEMASA MENGHADIRI TEMUDUGA

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..


5 kesalahan semasa menghadiri temuduga


5 kesalahan bila menghadiri temuduga. Baru-baru ini mek sekali lagi terlibat secara sipi-sipi dalam satu temuduga yang diadakan di BSN Kota Bharu. Disebabkan bos mek adalah salah seorang panel untuk sesi temuduga ini, maka semasa persiapan akhir sebelum pintu bilik temuduga dibuka, mek perlulah (kononnya) buat last checking untuk memastikan yang semua calon hadir dan dokumentasi mereka mencukupi untuk teruskan temuduga. Tapi bila mek ter-handle secara sipi-sipi, mek terperasan dua tiga perkara yang calon membuat kesilapan dalam menghadiri temuduga ini. Kesilapan yang boleh mengheret calon untuk gagal dalam mendapatkan jawatan tersebut walaupun pada saringan awal, kelayakan akademik dan pengalaman yang disenaraikan adalah mencukupi bagi jawatan tersebut. Beberapa perkara yang mek senaraikan ini mungkin lebih kepada sikap peribadi calon. Jadi, apakah ia?

Datang lewat, tak tepati masa


5 kesalahan semasa menghadiri temuduga

Dalam soal kejayaan, menepati masa adalah tonggak utama. Kalau korang jarang menepati masa maka korang salah seorang yang gagal dalam merancang penjadualan seharian. Bila sesi temuduga, pada kebiasaannya akan bermula pada jam 8.30 - 9.00 pagi (bergantung kepada organisasi). Apakah maksud ‘masa’ yang ditetapkan dalam emel pemberitahuan tersebut? Maksudnya 8.30 pagi korang dah berada di organisasi tersebut. Biar korang tunggu panel, bukan panel yang tunggu korang. Cuba amalkan sikap untuk berada 10 - 15 minit awal daripada apa yang telah ditetapkan. Mek pasti korang akan lebih berjaya dan akan terserlah ‘work smart’ korang. Dalam Quran pun ada sebutkan, Demi Masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan mereka yang beramal soleh. Maka, jagalah masa korang dengan betul.

Tak bersedia dalam dokumentasi


5 kesalahan semasa menghadiri temuduga

Yang ini memang ramai juga yang buat, mungkin tanpa mereka sedar juga sebenarnya. Mek memang terasa ‘annoyed’ bila mereka datang dan minta kita untuk tampalkan gambar mereka pada borang. Ada juga yang tak bawa pocket file untuk letakkan sijil-sijil. Ada juga yang baru nak isi borang permohonan. Paling tak boleh diterima, bawa resume semata-mata tanpa bawa sijil original untuk panel tengok. Ini juga salah satu kenapa korang dilabelkan gagal dalam temuduga. Dokumentasi korang untuk temuduga semestinya kena kemas dan lengkap. Bersedia dari rumah bukannya pada hari temuduga. Semak segala dokumen yang diminta supaya korang tak di ‘disqualified’ pada peringkat awal. Sekurang-kurangnya bila panel minta sijil, ianya telah tersusun rapi dalam pocket file, bermula dengan resume dan selepas itu pencapaian paling tinggi sehinggalah pencapaian paling rendah. Borang permohonan isi dengan kemas supaya senang panel nak baca. Gambar passport tetapkan sebagaikan gambar passport, bukan gambar selfie berukuran passport.

Pakaian yang tidak bersesuaian


5 kesalahan semasa menghadiri temuduga

Ini pun kadang tidak diambil berat oleh calon atas alasan ‘oh, ada etika pemakaian eyh untuk interview?’ - jawapannya adalah YA adik-adik sekalian. General info tentang pemakaian semasa menghadiri temuduga adalah ‘office wear’ yakni kalau lelaki berbaju kemeja, seluar slack. Perempuan pula samada baju kurung atau baju kemeja berseluar slack. Dan kedua-duanya adalah berkasut hitam serta bertutup. Tapi ada juga yang datang temuduga pakai kemeja warna shocking pink, baby blue, dark blue even yellow diraja. Wahhh ! So stunning la you alls. Tapi yang sedihnya bila pakai warna begini ianya akan memberi persepsi kepada panel. Baju yang sesuai untuk temuduga adalah putih. Ianya tampak natural dan tidak begitu mengganggu mata panel untuk memandang dalam memberi markah personaliti kepada korang. Untuk wanita pula, pakai pakaian yang mematuhi syariah, jangan menjolok mata. Takut nanti tak dapat tawaran kerja, tapi dapat tawaran lain pula.

Zero Knowledge


5 kesalahan semasa menghadiri temuduga

Bila korang menghadiri temuduga, tak kisah apa pun jawatan yang ditawarkan, korang mesti juga buat research mengenai organisasi yang korang mohon bekerja itu. Sebagai contoh, jika memohon bekerja di BSN sebagai Sales Advisor, korang juga perlu tahu apa lagi produk yang BSN tawarkan. Apa tugasan sebagai Sales Advisor kena buat. Interviewer memang takkan jangka korang tahu info yang paling tepat namun sekurang-kurangnya tahu juga asasnya. Bila interviewer tanyakan apa kelebihan BSN atau mungkin apa yang awak tahu tentang BSN, kalau korang tak buat research, memang gagal lah dalam soalan itu. Paling senang nak tahu tentang organisasi yang korang mohon kerja adalah dengan layari website mereka, atau mungkin korang boleh jumpa dengan salah seorang kakitangan di organisasi tersebut untuk dapatkan info.

Percakapan kurang meyakinkan


5 kesalahan semasa menghadiri temuduga

Mek memahami yang tak semua orang dilahirkan ada kredibiliti untuk berkomunikasi dua hala dengan baik. Kadang ada juga yang dilahirkan terlebih kredibiliti sehingga pandai memanipulasi bila bercerita. Tapi untuk sesi temuduga korang memang perlu mencuba untuk memberi info tentang diri korang dengan penuh yakin. Bukan setakat info diri korang malah segala pengetahuan am perlu disampaikan dengan penuh jelas dan yakin. Nada perlu jelas, jangan seolah-olah berbisik pula. Jangan nanti panel bertanyakan soalan yang sama dua kali kepada korang. Itu adalah petanda yang kurang sihat. Seeloknya korang latih diri bercakap dihadapan cermin terlebih dahulu. Kalau nak yang lebih canggih, latih diri untuk rekod video bercakap depan kamera. Cara ini amat membantu. Mek juga mencuba cara ini bagi meningkatkan lagi keyakinan diri bila berhadapan dengan pihak pengurusan atau pihak pengurusan bagi organisasi luar.

Korang rasa, semasa hadir temuduga, ada tak buat perkara-perkara yang mek senaraikan di atas? Kalau ada dan jika korang gagal untuk temuduga itu maka benarlah ‘ramalanku benar belaka’. Untuk temuduga seterusnya, sila bersedia sepenuhnya. Nampak remeh tapi impaknya besar. Buka youtube untuk tengok video-video simulasi temuduga macam mana. Ada banyak di sana. Google juga satu tempat pencarian yang boleh membantu korang untuk dapatkan maklumat supaya lebih bersedia dalam menghadiri temuduga. Jika semasa korang buat research mengenai latar belakang jawatan yang ditawarkan kepada korang, dan korang rasa bukan minat atau jiwa korang untuk lakukan tugasan tersebut maka jangan terima dengan memaksa diri, kelak binasa. Lainlah kalau korang cuba untuk menyesuaikan diri dengan jawatan tersebut nanti. Moga entry mek kali ini dapat memberi manfaat kepada korang. Good luck !

Sekian ..

#interviewtips
#tiptemuduga
#apanakbuatbilainterview
#kesalahaninterview

D' COCONUT CAFE PANTAI TELUK KETAPANG TERENGGANU CELUP TEPUNG SEDAP

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..


D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang, Terengganu. Bila ke tepian pantai semestinya hidangan celup tepung menjadi hidangan yang ‘wajib’ masuk dalam senarai untuk dinikmati. Lagi-lagi jika berkunjung ke Terengganu, lagilah celup tepung makanan laut ini menjadi bualan penduduk setempat, memberi cadangan untuk cuba yang mana paling sedap di negeri mereka. Kunjungan mek ke Terengganu pada April 2019 bersama-sama Sis Gee, telah membawa kami ke D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang bagi mencuba satu lagi kedai celup tepung yang ‘recommended’ oleh penduduk setempat. Jadi sebelum mek pulang ke Kelantan, mek dan Sis Gee berkesempatan untuk singgah dan mencuba hidangan D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang.


D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang, Terengganu

Hidangan celup tepung yang sedap

Hidangan celup tepung ni kalau nak klasifikasikan sedap ada beberapa kriteria yang diambil kira antaranya perasa tepung salutan kepada makanan laut tersebut samada sedap atau tidak. Kadang ada yang tawar maka terus rasa tidak begitu sedap untuk dinikmati. D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang ini dari salutan tepung, kuah coleknya sudah sedia sedap semuanya. Kepingan pada makanan laut mereka memang krup krap krup krap habis. Colek yang dihidangkan juga manis pedas elok sahaja. Budak pun boleh makan. Paling sedap bila ada juga kekacang dalam colek tersebut. Sedar tak sedar habis dah sepinggan sambil berborak. Harga yang dikenakan D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang juga tidak semahal yang mek pernah mencuba. Harga mampu milik dengan rasa yang begitu sedap !


D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang, Terengganu

Lokasi yang strategik

D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang kalau korang guna maps google atau waze memang ada sahaja penunjuk arahnya. Kedai yang tidak tersorok dan juga ruang parkir yang luas dapat memuatkan banyak kereta sememangnya memudahkan para pelanggan D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang untuk menikmati hidangan mereka. Walaupun ianya tidak betul-betul berada di tepian Pantai Teluk Ketapang, namun angin yang menderu serta bunyi pecahan ombak mendampar pantai sememangnya ‘feel’ untuk makan celup tepung di tepian pantai tercapai. Paling penting dapat menikmati makanan yang sedap sambil berborak dengan keluarga atau dengan rakan-rakan. Bonding time yang berkualiti.


D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang, Terengganu


D’ Coconut Cafe Pantai Teluk Ketapang, Terengganu

Info lanjut :


Sekian ..

#dcoconutcafe
#pantaitelukketapang
#celuptepungterengganu
#celuptepungsedapterengganu
#rewardanakanak
#mummypapanaktravel
#bondingtime
#nahcadangan