Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
You Are The Reason - Calum Scott. Dalam pesawat kebiasaannya
sebelum kita terbang, masa penumpang tengah isikan ruangan dalam kapal, sambil
letak beg di ruang atas, kita dihidangkan dengan lagu-lagu yang pilot mainkan.
Maksudnya dengar lagu dalam pesawat sebelum terbang itu tidak asing dan
bukanlah sesuatu yang baharu. Jadi pada penerbangan mek ke Sabah tempoh hari,
pun dihidangkan sebuah lagu. Dan lagu ini dimainkan pada penerbangan pergi dan
juga balik. Dalam hati mek ‘trending sangat ke lagu ni? Btw, lagu ni best
dengar sebab melody yang lembut.’ Masa ni tak tak memahami pun apakah kisah
disebalik lagu ini. Yang faham part chorus sahaja. Jadi dibiarkan begitu
sahaja.
Tetiba balik rumah, buka Youtube untuk dengar lagu. Youtube
pula autoplay, tak pilih pun dia tolong pilihkan. Tetiba keluar lagu You Are
The Reason. Mengimbau lah kenangan dalam kapal terbang. Sekali pegi layan pula
dia punya klip video. Teramat bahaya kalau yang remaja tengok. Kalau dulu masa
umur remaja, mek segan nak buka klip video lagu barat kerana ada adegan
kissing. Tapi sekarang lebih daripada itu. Siap yang gay, yang lesbian -
dianggap sebagai pasangan juga. Ibu bapa yang ada anak umur remaja kena pantau
lebih sikit bila anak-anak melayan Youtube. Kalau sekadar tengok takapa,
runsing bila itu yang melekat dalam kepala mereka. Bahaya wouh ! Serius mek
sendiri gerun.
Apa-apa pun, jom layan cerita disebalik lagu ini.
There goes my heart beating
'Cause you are the reason
I'm losing my sleep
Please come back now
There goes my mind racing
And you are the reason
That I'm still breathing
I'm hopeless now
I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
Oh, 'cause I need you to see
That you are the reason
There goes my hand shaking
And you are the reason
My heart keeps bleeding
I need you now
If I could turn back the clock
I'd make sure the light defeated the dark
I'd spend every hour, of every day
Keeping you safe
And I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
Oh, 'cause I need you to see
That you are the reason, oh
(I don't wanna fight no more)
(I don't wanna hurt no more)
(I don't wanna cry no more)
(Come back, I need you to hold me closer now)
You are the reason, oh
(Just a little closer now)
(Come a little closer now)
(I need you to hold me tonight)
I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
'Cause I need you to see
That you are the reason
Apa yang mek faham dengan lagu ni adalah berkenaan orang
yang menyesal dengan kesilapan yang dia buat, dia nak ubah balik dan semoga
pasangannya menerimanya kembali. Tak tahu la apa kesilapannya tapi dia nak
berubah untuk jadi yang lebih baik. Bila difikirkan balik, manusia jarang fikir
sebelum bertindak. Manusia sering kali buat dahulu, menyesal kemudian. Kalau
nak bangga pun kemudian juga. Kalau menyesal barulah timbul daya pemikiran yang
inovatif untuk tidak melakukan kesilapan itu. Bagi mek, ada dua kemungkinan
yang akan buat kita menyesal dikemudian hari. Satu sebab kita yakin dengan
rancangan kita akan berjaya. Tapi mungkin keadaan tidak mengizinkan maka
terjadi sebaliknya. Kedua, memang kita dah tahu benda tu takkan mungkin terjadi
dengan elok tapi kita acah-acah benda tu memang akan berjaya. Maka bila gagal,
selamat menyesal.
Apa-apa pun yang kita lakukan, walaupun merangka strategi
sebaik mungkin, Allah itu sebaik-baik perancang. Bila kita ikut apa yang dia
suruh maka dia akan tolong kita untuk buat perkara yang InsyaAllah takkan
menyesal dikemudian hari. Kalau menyesal juga, cubalah perbaiki di masa
hadapan. Setiap hari Allah bagi peluang pada kita untuk menjadi yang lebih baik
daripada semalam. Gunakan lah sebaik mungkin apa yang Allah berikan kepada kita
ini. Semoga kita dapat bahagia dunia dan juga akhirat. Hati yang tenang,
kehidupan yang senang itu tidak mampu dibeli dengan nilai wang ringgit tapi
mampu didapati bila kita betul-betul meminta pada yang Esa.
#calumscott
#youarethereason
#deeplyrics
#positivevibes
#songtopeoplewhoisregret
Memang sedap lagu nii
ReplyDeletelagu ni bestttt, fav song ni :D
ReplyDelete