Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
Tips travel antara OOTD dan keselesaan mana lebih
penting? Mek terilham soalan ini bila mek travel ke Sabah pada penghujungFebruari 2019. Seperti yang korang sedia maklum, mek punyai dua anak kecil dan
seorang suami yang di bawa bersama ke Sabah. Untuk kononnya nak jimat sebab tak
nak bayar dua bagasi, mek ambil satu sahaja untuk di masukkan dalam perut kapal
terbang. Tentunya segala pakaian mek letakkan dalam satu beg bagasi bersaiz
sederhana. Korang boleh bayangkan dengan pampers, telekung solat dan pakaian
untuk digunakan sepanjang dua hari di Sabah. Okei, ianya memang padat. Bila
ditimbang, berat bagasi mek 8.5kg. Dalam hati rasa agak menyesal tak bawa dua
bagasi. Sekurang-kurangnya dapatlah letak pampers dan telekung solat dalam beg
kain biasa. Cuma, siapa yang nak angkut beg tu?
Sambil tolak bagasi di KKIA mek terfikir, ini aku yang
simple, maknanya baju tudung hanya untuk sehelai sehari. Selipar yang hanya ada
di kaki. Handbag yang hanya ada dibahu. Aksesori lain dah terpakai pada diri.
Macam mana mereka yang fashionista bila travel ye? Travel dengan kapal terbang.
Kalau kereta tak kisah sebab boot tu kau sumbat je apa yang kau nak bawa. Yang
limited space ni seperti kapal terbang, berapa bagasi yang korang bawa dan
berapa kg untuk satu-satu bagasi korang? Itu yang mek terfikir. Sebab,
fashionista akan bawa outfit head to toe. Satu-satu outfit takkan sama. Takkan
mix and match dengan mudah. Kasut lain, handbag lain, cermin mata lain dan bla
bla bla. Seperkara lagi, satu-satu tempat mesti outfit yang lain sebab OOTD
ladies. Takkan baju sama weih nak upload dekat IG. Cuma, gigih betul usaha
mereka untuk angkut semua tu bila travel.
Tips travel antara OOTD dan keselesaan mana lebih penting?
Bila mek balik dari travel, perkara ini ada dibincangkan
bersama kawan mek dan dia seorang OOTD punya ladies. Selaku OOTD punya ladies
memang dia akan menyokong untuk berOOTD la bila travel. Dan dia juga memang kaki travel. Perbincangan kami itu termasuklah cara dia packing baju dalam
bagasi, bagaimana pilihan kasut untuk di bawa, pakaian yang sesuai dengan
tempat yang kita pergi. Bagi mek yang simple dimple ni memang agak terasa
MasyaAllah, banyaknya barang nak kena bawa dan kena packing. Balik nanti kena
basuh semua pula ! Tapi kerana minat maka kawan mek sanggup untuk lakukan
perkara itu. Oleh itu, mek teringin nak tanya di IG pula mengenai perihal ini,
bagaimana pula pendapat mereka. Jadi ini jawapannya ;
Jumlah undian memihak kepada keselesaan. Pun begitu, mek
tak pasti adakah mereka memahami sepenuhnya persoalan mek itu kerana pertanyaan
mek hanya soalan yang pendek, tanpa mereka mengetahui cerita asal kenapa mek
bertanyakan begitu. Kalau mek selaku pertama kali tengok soalan itu pun mek
akan memilih untuk keselesaan. Semua tempat kita pergi, kita nakkan keselesaan.
Contohnya ke pejabat, mesti menyarung pakaian yang dapat menselesakan kita
sepanjang hari di pejabat, betul tak? Tapi tak mengapalah. Mek ambil juga
jawapan ini sebagai jawapan ‘genuien’ bagi persoalan mek.
Kesimpulannya, jangan kecam mereka yang memilih OOTD
ketika travel kerana usaha disebalik itu memang gigih. Itu pilihan mereka dan
itu kepuasan mereka, kenapa kita nak pertikaikan. Sama juga dengan mereka yang
memilih untuk simple ketika travel. Senang dengan jeans dan tshirt, senang
dengan selipar flippers. Senang dengan beg silang tanpa jenama. Mengapa kita
perlu mengutuk dia ‘pergi travel, tapi macam tu je dia pakai?’. Itu keselesaan
dia. Mungkin dia travel untuk lepaskan segala rasa yang dia perlu lalui
hari-hari. Contohnya mereka yang terikat dengan etika pakaian di pejabat. Apa
yang lebih penting adalah kita semua having fun ketika travel itu. Gambar nak
OOTD ke atau gambar nak sekadar kenangan dengan selipar monobo ke, itu tidak
sepatutnya dijadikan isu. Well, citarasa masing-masing, kan?
Sekian ..
kalau Sis travel, memang pack baju yang perlu pakai. Takde masuk list OOTD ke sebab dengan baju yang di pack tu lee akan OOTDnya hahaha..
ReplyDeleteSebab bagi Sis nak travel kena keselesaan juga, tgk cuaca dan tempat yang kita nak pergi..
Orang lain Sis tak taulah hehehhe
kalau ejulz mmg keselesaan.. :)
ReplyDeletenak travel ke nak berfesyen..asal selesa on jer..:)
ReplyDeleteasal selesa dan sesuai...
ReplyDeleteAsal selesa jerk mek.. Nak ootd lain kali jerk.. hahaha.. Kecuali tersangkut dgn job la.. ahakz..
ReplyDeleteOOTD aje dengan apa yang ada.
ReplyDeleteItulah kalau boleh elakkan guna baju yang sama serupa.
Mixs and match pun boleh aje heheheeee.
Tapi kalau Mrs.A pun sama dengan Mek handbag akan bawa satu je, kasut pun satu jugak lainlah kalu pi travel atas sebab bersukan haruslah bawa kasut sukan gittew...
Husniey vote selesa.. Tak fikir mana ootd yang penting selesa pakai sebab nak pakai lama. Hahaaa lawa ke tidak biasanya fikir warna yang sesuai je..
ReplyDeleteSelalunya pilih yang selesa dan baju yg tak tebal..
ReplyDeleteikut keselesaan lagi best walaupun nak ber-ootd :D
ReplyDeletededua !! tapi usually keselesaan dulu baru OOTD. yang penting tudung xleh sama colour hehehe..
ReplyDeleteKalau travel, niat dihati nak OOTD, tapi selalu bawa comfort wear je. Haha
ReplyDelete