Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Tebus kekesalan, sambut birthday Amzar di taska. Jarang
nak dapat peluang kedua untuk tebus kekesalan. Tapi Allah itu maha adil maha
mengetahui apa yang setiap hambanya rasakan dan lalui. Mek teramat bersyukur
bila pihak taska memberitahu yang diaorang akan anjurkan majlis sambutan hari
jadi bagi anak-anak yang dilahirkan pada Januari hingga Mac. Bila mek tawarkan
untuk turut serta dalam majlis tersebut, mereka amat mengalukan kedatangan ibu
bapa. Untuk itu, pada kali ini mek takkan ulang kesilapan yang mek dah buat
pada 08 Mac 2019. Kali ni mek rancang baik punya (yelah, sebaik mungkin bagi
mek) untuk sambut birthday Amzar di taska. Pencarian untuk persiapan terus
dimulakan.
Tebus kekesalan, sambut birthday Amzar di taska
Goodies
Ini memang mek nak sangat-sangat walaupun pada awal
spouse tidak begitu menyokong atas sebab costing dan perlu ke ibu bapa bagi
goodies pada kanak-kanak lain, buat di taska bukan rumah sendiri. Well, setelah
beberapa justifikasi seperti, beli goodies bukan nak bagi satu taska, bagi pada
budak kelas Amzar cukup la, costing apalah sangat takat beli kek apollo je pun.
Tetiba spouse approved. Alhamdulillah. Dalam kepala mek dah bayang dalam satu
plastik jernih mek nak letak satu mainan dan satu makanan. Pilihan mainan itu
kerana budak dua tahun masih lagi memilih mainan berbanding buku. Maka, pilihan
mainan mek adalah yang macam lori, kereta atau motor yang besarnya seperti
mainan McDonalds itu. Untuk cari mainan sebegitu bukanlah mudah juga. Dua kedai
juga mek survey dan akhirnya tepi office mek ni juga tempat bertemu. Tak
apalah, asalkan ada.
Kek
Kek memang tak fikir nak yang grand atau yang kartun atau
yang macam-macam sebab mek rasa kek di kedai Muhibbah Kota Bharu ni dah cukup
sesuai untuk birthday Amzar. Maka, pilihan kek buah itu mek utamakan sebab
Amzar sukakan buah. Tambah pula nak bagi anak-anak makan, cukuplah dengan kek
buah itu. Kalau umur Amani, dia dah pandai minta kek jenis mana yang dia nak.
Maksudnya dia dah pandai nak yang ada kartun, ada hiasan, ada macam-macam lah.
Bukanlah tak boleh beli yang sebegitu, harga mereka lebih kurang je tapi mek
tak rasa kek kartun tu cantik. Simple is nice. Itu dalam fikiran mek. Tung tang
tung tang, sebelum ke taska Amzar, mek singgah beli terlebih dahulu di kedai
kek Muhibbah.
Tebus kekesalan, sambut birthday Amzar di taska
Tebus kekesalan, sambut birthday Amzar di taska
Bila mek sampai di taska Amzar, cari dia dan Amani, mereka
dah pun berkumpul di tempat sambutan hari jadi. Cantik juga hiasan untuk
sambutan birthday anak-anak taska dan tadika ini. Di buat pada laman dan agak
selesa di bawah rimbunan pokok-pokok yang ada. Ketika mek sampai, Amzar nampak
gembira menikmati majlis sambutan birthday bersama rakan-rakan. Lain pula
dengan Amani yang nampak tidak gembira lansung dengan majlis yang diadakan.
Pakej menangis lagi bila mek sampai. Mungkin sebak sebab tengok mummy datang.
Emosi budak perempuan memang bercelaru. Mek akui kerana mek juga perempuan.
Kadang tak tahu kenapa tetiba boleh swing. Apa-apa pun kena juga kawal emosi
dan kena juga latih anak untuk tidak begitu beremosi. Hidup perlu kental untuk
hadapi cabaran dan liku-liku yang ada.
Tebus kekesalan, sambut birthday Amzar di taska
Dan alhamdulillah selesai majlis dengan sempurna dan mek
dapat laksanakan semuanya sekaligus dapat hilangkan rasa bersalah pada Amzar
kerana tak sambut birthday dia pada 08 Mac 2019 dengan sempurna.
Sekurang-kurangnya pada kali ini mek dapat sediakan apa yang mek bayangkan
untuk satu-satu majlis birthday. Ianya tak susah tapi perlu luangkan masa.
Silap mek pada hari birthday Amzar kerana sebelum itu tidak luang masa untuk
fikirkan apa yang perlu mek sediakan. Terlampau ambik mudah dan akhirnya dapat
la gambar birthday yang macam hmmmmm. Dan sekurang-kurangnya pada kali ini mek
dapat satu gambar kenangan yang manis walaupun Amani tidak begitu gembira dan
ketiadaan papa Amzar disisi. Allahu, terima kasih untuk peluang kedua ini.
#celebratingamzarsbirthday
#amzarturnstwo
#celebratingwithfriends
#mummyissatisfied
hepi bestday amzar:)
ReplyDeleteMeriahnya..banyok kek tuu..
ReplyDeletehappy birthday, boboi....mesti byk dpt hadiah kan?
ReplyDeleteWah meriahnya sambutan harijadi kat sekolah amzar. Seronok lah semua ye. Siap dapat goodies lagi.
ReplyDeletehappy bday ..mesti dia happy sambut birthday dengan kawan² dia kan
ReplyDeleteSuka dia sambut ramai-ramai ye. meriah majlis banyak kek
ReplyDeleteMeriahnya happy besday amzar
ReplyDelete