Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
Pesta Orkid Flora dan Herba 2019, RTC Tunjong. Pada setiap
tahun mek tak lepaskan peluang untuk berkunjung ke Pesta Orkid Flora dan Herba
ini. Kalau tak silap mek sejak 2012 mek berkunjung ke pesta ini. Pesta Orkid
Flora dan Herba ini memang acara tahunan bagi negeri Kelantan. Mek tak pasti
untuk negeri lain. Mungkin dijadikan sebagai acara tahunan juga namun tidak
begitu diwar-warkan. Pada kebanyakkan tahun yang mek datang tentunya setiap
daripadanya ada penambaikan menjadikan mek dan spouse tidak begitu asing dengan
Pesta Orkid Flora dan Herba ini. Tujuan ke sini sememangnya untuk
‘sight-seeing’ sahaja namun ada sahaja yang akan di bawa pulang bersama bagi
tujuan kenangan.
Penjualan terus dari ladang
Hasil usaha daripada FAMA, para peniaga yang berdaftar
dengan mereka diberi peluang untuk menjualkan hasil daripada kebun atau dusun
buah-buahan mereka di Pesta Orkid Flora dan Herba. Harga yang dijual tidak lah
begitu murah namun tidak begitu mahal. Harga yang ditawarkan adalah harga yang
telah diselaraskan oleh pihak FAMA. Bagi mek itu pun dah memadai memandangkan
mereka berniaga hasil tanaman mereka dan itulah punca pendapatan mereka. Yang
mana berkunjung boleh lah membantu mereka dengan membeli barang jualan yang
ada. Untuk buah-buahan ini, spouse membeli mangga yang dijual dengan harga RM10
sebanyak 3kg. Dan juga tembikai yang dijual dengan harga RM1.50 per kg. Musim
panas macam ni elok sangat kalau ambil buah-buahan sebagai snek.
Pameran bonzai daripada seluruh negeri
Pesta Orkid Flora dan Herba 2019, RTC Tunjong
Pameran Bonzai ini juga menjadi tumpuan kepada mek setiap
tahun walaupun mek bukanlah minat pada pokok apatah lagi bonzai. Cuma bila
tengok nampak macam ‘wow, bonzai ni macam miniture kawasan pergunungan, bukit,
dan pokok-pokok besar yang berlumut dalam hutan.’ Memang lawa dan bonzai-bonzai
ini adalah yang terbaik dalam Malaysia di bawa ke Pesta Orkid Flora dan Herba
untuk dijadikan sebagai pameran. Penjagaan bonzai memang rapi, pengunjung tidak
dibenarkan untuk sentuh dan perlu berada di luar kawasan pagar yang telah
mereka rantaikan. Bila mek tengok bonzai-bonzai yang ada ini, ianya juga boleh
dijadikan sebagai terapi minda. Rasa tenang dan juga kagum dengan mereka yang
bersusah-payah dalam menjaga bonzai-bonzai ini.
Penjualan anak pokok
Untuk mereka yang suka pada tanaman pokok-pokok besar, yang
gemar pada mini dusun di laman belakang rumah, Pesta Orkid Flora dan Herba
adalah tempat terbaik untuk korang terjah kerana pelbagai jenis anak pokok
untuk korang pilih dan tanam. Beberapa gerai yang mek lawati memang penuh juga
orang mencari anak pokok buah-buahan seperti Musang King, Durian Kunyit dan
lain-lain pokok lagi. Ada yang membeli dengan borong untuk tanam di dusun
mereka. Seronok melihat telatah pelanggan yang bertanyakan tentang anak pokok
masing-masing. Mek yang mendengar ni seolah-olah mendapat ilmu baru tentang
cara tanaman, penjagaan serta berapa lama untuk menikmati hasil daripada pokok
tersebut.
Penjualan bunga-bungaan bagi menghiasi laman
Pesta Orkid Flora dan Herba 2019, RTC Tunjong
Pesta Orkid Flora dan Herba 2019, RTC Tunjong
Pesta Orkid Flora dan Herba 2019, RTC Tunjong
Pesta Orkid Flora dan Herba 2019, RTC Tunjong
Pesta Orkid Flora dan Herba 2019, RTC Tunjong
Di tempat penjualan orkid dan bunga-bungaan lain juga
mendapat sambutan daripada pengunjung. Mana taknya, memang segar, cantik
pokok-pokok bunga yang ada. In english we call the flowers bloom so well.
Dengan warna yang menarik, dengan pelbagai kacukan bunga, pelbagai nama memang
mek sendiri pun teruja untuk bertanyakan penjual. Nasib baik penjual tak lokek
ilmu walaupun mek tak membeli bunga yang dia jual. Bunga yang mek suka hanyalah
ros. Suka pun yang bertangkai macam tu je la. Kalau nak bela sepasu bunga ros
rasanya tak mampu dengan rutin harian mek. Alamatnya mati kekeringan bunga ros.
Terbalik pula dengan spouse mek, dia lebih mengetahui dalam penjagaan pokok
bunga. Kalau mereka yang berkunjung ke rumah mek, memang mereka terkejut bila
mek bagitahu yang spouse mek menanam dan menjaga bunga yang ada di laman.
Penjualan ikan akuarium, mewujudkan suasana alam semulajadi
di laman atau dalam rumah
Pesta Orkid Flora dan Herba 2019, RTC Tunjong
Pesta Orkid Floral dan Herba juga ada gerai untuk menjual
ikan perhiasan atau lebih senang ikan akuarium. Di gerai ini memang Amani dan
Amzar teruja melihat pelbagai jenis ikan yang ada. Ada ikan Koi, ikan Laga dan
beberapa lagi yang mek sendiri tak tahu namanya. Di rumah memang ada sudut mini
akuarium bagi menghasilkan bunyi alam semulajadi. Sekurang-kurangnya bila balik
kerja dengar deruan air dan lihat ikan berenang dapat memulihkan kembali mood
seharian bekerja. Di gerai penjualan ikan perhiasaan ini juga menjadi tumpuan
para pengunjung untuk tambah koleksi atau baru nak buat sudut ikan peliharaan.
Sempena Pesta Orkid Floral dan Herba 2019 spouse membeli ikan Sepat Lily untuk
tambah koleksi di dalam mini akuarium kami. Untuk pengetahuan korang, ini
adalah kali pertama mek melihat ikan Sepat Lily. Ianya berwarna-warni menjadikan
ianya cantik di letak dalam akuarium.
Taman permainan untuk kanak-kanak
Pesta Orkid Flora dan Herba 2019, RTC Tunjong
Dah pusing Pesta Orkid Floral dan Herba, bawa pula Amani dan
Amzar ke taman permainan untuk hiburkan mereka. Memang meriah dengan
kanak-kanak dan penjagaan rapi daripada ibu bapa. Risau bila terlampau ramai
kejadian tolak menolak akan berlaku. Alhamdulillah pada kunjungan mek di taman
permainan ni, semua ibu bapa seolah-olah memerhatikan setiap pergerakan anak
masing-masing. Tempat permainan ini juga sesuai untuk para ibu bapa untuk
berehat seketika setelah membeli barangan di Pesta Orkid Floral dan Herba.
Sesuai juga dijadikan tempat untuk photoshoot gambar anak-anak. Bila mereka
dapat apa yang mereka nak, tak perlu suruh senyum, hanya minta untuk pandang
kamera sahaja, kan?
Gerai makan untuk sesi makan-makan
Pesta Orkid Flora dan Herba 2019, RTC Tunjong
Sebelum pulang ke rumah, mek kenyangkan perut seisi rumah
terlebih dahulu kerana tak perlu masak atau tapau lauk untuk makan malam di
rumah. Pesta Orkid Floral dan Herba menyediakan gerai jualan makanan. Pelbagai
hidangan yang ada seperti Nasi Ayam, Nasi Sup, Rojak Buah, Rojak Perut Lembu,
Pizza, Keropok Lekor, Air buah-buahan dan pelbagai lagi. Pendek kata hampir
semuanya ada. Mek dan anak-anak memesan untuk makan nasi putih bersama sup
ayam. Manakala spouse memilih untuk makan bihun sup. Makanan di sini agak sedap
juga. Cuma bagi spouse ianya agak mahal. Dua pesanan tadi berharga RM13.
Sedangkan bihun sup hanya mangkuk kecil sahaja. Namun apa-apa pun, korang boleh
sahaja makan di sini. Terpulang samada nak bertanyakan harga terlebih dahulu
atau nak makan terus sahaja. Niat untuk membantu para peniaga yang mencari
rezeki di sini.
Keseluruhan masa mek luangkan di sini adalah selama 2 jam.
Bagi mek ianya berbaloi bukan untuk mek sahaja namun untuk anak-anak dan juga
spouse. Pendek kata seisi keluarga akan dapat menikmati masa yang baik di Pesta
Orkid Floral dan Herba 2019. Daripada suka-suka untuk ‘sight-seeing’ ianya juga
boleh memberi ilmu pengetahuan yang baru kepada ibu bapa serta anak-anak.
Selain daripada membantu untuk memulihkan emosi supaya kekal positif dan bagus,
ahli keluarga juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan pada musim cuti
sekolah ini. Jadi jangan lupa untuk singgah ke Pesta Orkid Floral dan Herba
2019 di RTC Tunjong, Kota Bharu. Pasti takkan menyesal.
Sekian ..
#pestaorkidfloradanherba2019
#pestaorkid2019
#pestaorkidkelantan
#speendingschoolholiday
#nahcadangan
Uihh seronok gile.. byk bunga... X borong ke mek..
ReplyDeleteCantik cantik bunga orkud yang dijual. Macam macam ada. Bonzai pun sama kan .
ReplyDeleteCantik2 bunganya
ReplyDeleteProgram ni sama dgn program dulu2 yg dibuat kat taman orkid tengku anis ko?
ReplyDeleteOOO... Mati² ku ingatkan dia buat malam hehe. Thanks for info mek
ReplyDeletemu dok ajok doh aku g mek..hihi
ReplyDeletecantiknyaaa bunga2 tu.. rasa nak beli semua!
ReplyDeleteDulu2 pesta orkid buat kat pade tembak sokmo g denuh.. Siap ore kawasan pade tembak pokok bunga ore pesta orkid ambik nak buat pameran siap menang hadiah lumayan gak la.. Loni jauh doh buat kat rtc tunjong doh
ReplyDeleteBest ni salah satu terapi jugak ni
ReplyDeleteLawanya bunga bunga tu.. Geram tengok..
ReplyDelete