PERDANA STREET FOOD 2019 ACARA MAKAN-MAKAN SAMBIL ERATKAN HUBUNGAN

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..


Perdana Street Food 2019 @ Hotel Perdana Kota Bharu. Setiap tahun acara Perdana Street Food ini ditunggu-tunggu oleh mereka-mereka yang sukakan makanan biasa-biasa, harga pun lebih kurang tapi makan di tempat 5 bintang. Perghh ! Memang satu acara yang korang semua tak boleh lepaskan. Sepanjang cuti sekolah penggal pertama ini, yet dilanjutkan sehingga 15 April 2019, dari jam 6 petang hingga 10.30 malam, ini adalah cadangan mek untuk korang makan malam bersama keluarga, sahabat atau siapa sahaja kerana di sini terdapat pelbagai makanan untuk korang sendiri cuba. Tak percaya? Jom mek tunjukkan kepada korang apa yang ada dan apa yang mek telah cuba pada fasa satu kunjungan mek ke Perdana Street Food 2019.


Perdana Street Food 2019 @ Hotel Perdana Kota Bharu


16 gerai, aneka makanan dan minuman


Perdana Street Food 2019 @ Hotel Perdana Kota Bharu


Perdana Street Food 2019 @ Hotel Perdana Kota Bharu


Perdana Street Food 2019 @ Hotel Perdana Kota Bharu


Perdana Street Food 2019 @ Hotel Perdana Kota Bharu


Perdana Street Food 2019 @ Hotel Perdana Kota Bharu


Perdana Street Food 2019 @ Hotel Perdana Kota Bharu


Perdana Street Food 2019 @ Hotel Perdana Kota Bharu


Perdana Street Food 2019 @ Hotel Perdana Kota Bharu


Perdana Street Food 2019 @ Hotel Perdana Kota Bharu


Perdana Street Food 2019 @ Hotel Perdana Kota Bharu


Perdana Street Food 2019 @ Hotel Perdana Kota Bharu


Perdana Street Food 2019 @ Hotel Perdana Kota Bharu


Perdana Street Food 2019 @ Hotel Perdana Kota Bharu


Perdana Street Food 2019 @ Hotel Perdana Kota Bharu

Yes, di Perdana Street Food memang banyak gerai yang menghidangkan makanan. Bak kata netizen, rambang mata weih nak pilih apa. Bila tengok makanan, semunya rasa nak cuba. Tapi perlu tilik diri yang kita tak mampu nak makan semua sekaligus. Maka, perlulah datang pula untuk mencuba yang lain. Jangan risau, Perdana Street Food ini diadakan selama sebulan sehingga 15 April 2019. Hidangan yang ada di Perdana Street Food ini pelbagai rasa, bukanlah masakan Kelantan semata-mata tapi dihidangkan juga makanan barat seperti Tenpayaki, Shawarma, Korean Delights dan beberapa lagi. Tak lupa masakan melayu pun ada juga beberapa pilihan seperti ikan bakar dengan 4 perasa yang berlainan, nasi lemak dengan 3 pilihan sambal, char kuey teow sotong bakar dan beberapa lagi menu tempatan.

Santai di tepi kolam atau makan di ruangan ekslusif


Perdana Street Food 2019 @ Hotel Perdana Kota Bharu


Perdana Street Food 2019 @ Hotel Perdana Kota Bharu

Syoknya di Perdana Street Food ini korang boleh pilih di mana korang nak menikmati makanan korang. Pada setiap kunjungan mek ke sini, memang plihan orang ramai adalah untuk makan di tepi kolam. Ianya open-air, ditiup santai angin petang. Pun begitu merokok adalah dilarang keras. View di tepi kolam pada waktu petang dan juga malam memang cukup cantik. Pun begitu jika korang mempunyai anak kecil yang baya lebih kurang Amzar, perhatian penuh perlu diberikan kerana takut mereka terjun kolam. Pada kunjungan mek tempoh hari, Amzar dua kali ‘sneakout’ untuk terjun kolam. Nasib baik ada kakak-kakak yang tolong halang dia. Kalau tidak, lencun habis. Jadi mek lebih selesa untuk memilih ruangan dalam restaurant bagi menikmati makanan mek. Tidak begitu gundah bila Amzar tiada di sisi kerana tahu dia hanya akan berlegar dalam ruangan restaurant sahaja.

Konsep yang di bawa oleh Perdana Street Food

Ini paling mek nak highlight pada penulisan mek kali ini. Bila sebut Perdana Street Food, orang akan terbayang pada Hotel Perdana di Jalan Mahmood Kota Bharu. Bangunan tinggi dan gah, memang sinonim dengan hotel terkemuka di Kota Bharu. Gerunnya nak masuk kalau duit hanya ada RM50. Pendek kata, RM50 mungkin hanya dapat segelas air dan sepinggan makanan. Tapi salah tanggapan korang terhadap Perdana Street Food. Rata-rata yang mek tanya, semua faham Perdana Street Food ini adalah berkonsep buffet. Sebenarnya tidak para sahabat. Perdana Street Food ini pada sebelum korang be seated, korang perlu tick kertas pesanan, apa yang korang nak makan. Kemudian bayar jumlah pesanan korang dan korang pilihlah tempat yang korang nak duduk. Jika korang nak tambah pesanan, boleh lakukan demikian dengan memanggil kakitangan Hotel Perdana yang sedia untuk membantu korang.

Terselit sokongan untuk pelihara bumi


Perdana Street Food 2019 @ Hotel Perdana Kota Bharu

Menarik perhatian mek pada Perdana Street Food kali ini adalah kempen strawless, jom pelihara bumi. Kempen ni ada yang tak menyokong, ada yang sokong penuh. Bagi mek benda baik apa salahnya kalau kita sokong. Tanpa penggunaan straw juga kita dapat menikmati minuman kita dengan baik, kan? Kalau persoalkan tentang lipstick di bibir, makan dengan sudu, minum dengan straw, tetap kena tambah lipstick lepas makan. Sedikit sebanyak usaha-usaha para peniaga dalam menyokong strawless ini dapat membantu bumi lebih hijau serta haiwan yang hampir pupus terpelihara. Strawless juga membantu dalam mengurangkan jumlah berat pembuangan sampah setiap hari. Begitu banyak impak positif yang kita dapat dengan hanya langkah kecil untuk memilih strawless.

Jom makan sambil beramal


Perdana Street Food 2019 @ Hotel Perdana Kota Bharu

Seperkara lagi yang menarik perhatian mek adalah sebelah kaunter pembayaran terdapat satu board besar ada di situ. Pada mulanya mek ingatkan tetamu boleh lekatkan wish kepada team Hotel Perdana. Contohnya ‘Dear Team Hotel Perdana, Perdana Street Food is the best place for hang out with family and friends. Thanks for these event and hope it will be more success.’ Atau apa-apa la yang seangkatan dengan pujian serta maklumbalas tetamu mengenai Perdana Street Food. Rupanya board besar ini lebih bermakna berbanding apa yang mek sangkakan. Board ni mampu menambah saham akhirat tetamu dan boleh meringankan mereka yang memerlukan di dunia ini. Dengan sumbangan korang, satu pelekat akan diberikan untuk ditampal pada board besar itu. Sumbangan korang akan disalurkan kepada rumah-rumah kebajikan yang berdaftar dan menjadi rumah kebajikan angkat Hotel Perdana.


Perdana Street Food 2019 @ Hotel Perdana Kota Bharu


Perdana Street Food 2019 @ Hotel Perdana Kota Bharu

Perdana Street Food 2019 penuh dengan warna-warna ‘budaya’ yang ditonjolkan melaluinya. Sambil makan boleh mengeratkan hubungan dengan keluarga atau kawan. Boleh juga merasai pelbagai ‘perisa’ makanan melalui beberapa hidangan yang ada. Boleh juga menjadi salah seorang yang sentiasa menyokong idea saranan untuk bumi kekal hijau dan paling penting, sambil makan dapat menyumbang kepada mereka yang memerlukan. Menarik, kan? Maka, bagi mereka yang dah berada di Kelantan boleh datang ke Hotel Perdana untuk menikmati juadah yang ada. Bagi mereka yang jauh, boleh plan untuk bercuti ke Kelantan dan menginap terus di Hotel Perdana. Berdekatan dengan pusat bandar dan beberapa tempat yang popular di Kelantan. Yang penting jangan lepaskan peluang untuk menikmati Perdana Street Food 2019.




097458888

Sekian ..


Perdana Street Food 2019 @ Hotel Perdana Kota Bharu

#perdanastreetfood2019
#hotelperdanakotabharu
#makanhotelhargabiasabiasa
#makanansedap
#anjungterrace
#nahcadangan
#dinnerkatmana
#minumpetangkatmana
#cadanganminumpetang
#cadanganmakanmalam

6 comments

  1. Tuu diaa meriah gok makanan.. Banyak tak sempat rasa.. Perut dah kenyang dulu. Dok ingat nok mintok gambar bersama last sekali tuu lawo pulok 😂

    ReplyDelete
  2. sdap2kan makan dia mek...thanks sbb slit jgk muka cik nor..hihi

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaaa. banyak betul pilihan makanan!

    ReplyDelete
  4. Menu2 dia mengacam la.. Dugaan berbuka puasa lambat lgi hahaha

    ReplyDelete