Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin
Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin ! 9 Mac 2019 telah
berlansungnya satu roadtour oleh Dutch Lady bersama-sama dengan Upin dan Ipin
di KB Mall, Kelantan. Mek dijemput untuk memeriahkan lagi program yang diadakan
selama tiga hari semenjak 7 Mac 2019 lagi. Pun begitu, hujung minggu menjadi
pilihan mek untuk ke program ini atas faktor untuk bawa anak sekali. Pada hari
Khamis mek masih lagi berkerja dan anak masih lagi di tadika dan taska. Nak
pergi malam memang agak keberatan kerana seharian dah bekerja. Maka hari Sabtu,
hari terakhir program mek ke sana untuk bawa anak-anak ‘mengembara’. Kenapa mek
cakap ‘mengembara’? Bukan ke buat dalam mall? Bunyi macam nak masuk hutan je.
Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin
Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin
Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin
Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin
Pada mulanya mek baca emel yang dihantar memang ada
perkataan mengembara tertera di situ tapi tak sangka la pula ‘mengembara’ yang
dimaksudkan itu betul-betul buat Amzar teruja pada setiap sudut Central Autrium
KB Mall. Bila mek tiba di lokasi, Amzar dah menjerit teruja nak masuk, mulakan
‘pengembaraan’ bersama Upin dan Ipin. Tapi sebelum tu, ibu bapa diminta untuk
daftarkan anak yang nak menyertai terlebih dahulu. Ketika pendaftaran ini, anak
akan diberi sekeping kad yang mana mereka perlu selesaikan setiap ‘quest’ yang
diminta dalam kad tersebut. Jika anak kita penuhi ‘quest’ tersebut dengan baik,
mereka akan dapat satu cop menandakan mereka lulus untuk ‘quest’ itu. Bunyi
macam susah je mek. Kalau anak pemalu macam mana pula? Jangan risau, ibu bapa
boleh teman anak-anak untuk siapkan ‘quest’ mereka.
Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin
Dah siap semua ‘quest’, anak kita akan dianugerahkan satu
sijil penghargaan kerana berjaya dalam ‘pengembaraan’ tadi. Boleh la bergambar
kenangan. Very first sijil yang anak kita dapat (kalau anak korang sebaya
dengan mek, mungkin ini sijil pertama mereka). Seterusnya ibu bapa boleh bawa
anak ke kiosk semakan BMI, untuk ketahui BMI semasa mereka. Di sini juga ada
penasihat kesihatan yang akan melihat graf pertumbuhan anak-anak kita yang mana
dengan umur anak kita sesuai ke tidak dengan ketinggian dan berat badan mereka.
Jika kurang berat badan, ibu bapa boleh bertanya apa cadangan dietry yang
sesuai untuk tambah berat badan anak. Sama juga dengan ketinggian. Pendek kata,
kita boleh tengok perkembangan BMI anak samada normal ataupun tidak dengan usia
mereka. Penting tau BMI ni, sebab ianya akan dibawa sehingga ke hari tua
mereka. Kita sendiri pun kena jaga BMI, kan?
Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin
Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin
Dah timbang, dah ukur tinggi, anak pun dah penat bermain,
jom serbu kiosk air Dutch Lady ! Yang ini ibu bapa pun boleh minum. Air yang
dihidangkan adalah susu tepung Dutch Lady berperisa asli dan juga coklat. Amzar
memang bergelas-gelas dia ambik. Dahaga agaknya. Walaupun dibenarkan untuk
ambik beberapa gelas namun adab dan tatasusila mestilah dijaga. Jangan pula
yang dewasa ambil sampai sepuluh gelas. Mengalahkan mereka yang kanak-kanak.
Dahulukan mereka serta ajar lah anak untuk beratur dan tidak berebut ketika
mengambil minuman. Hal ini dapat mengelakkan daripada terjadinya insiden tumpah
air, baju menjadi kotor serta bergaduh sesama kanak-kanak. Jadi ibu bapa,
sentiasa awasi pergerakan anak-anak anda.
Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin
Keseluruhan, mek menghabiskan sesi ‘pengembaraan’ bersama
Amzar di Roadtour Dutch Lady bersama Upin dan Ipin selama satu setengah jam.
Sempat juga mek beli dua pack susu Dutch Lady untuk Amzar dan Amani.
Alang-alang murah dan paling budak-budak ni gembira adalah dapat percuma botol
Upin dan Ipin. Boleh la buat koleksi Upin dan Ipin. Tapi anak mek memang
gunakan botol air tersebut. Dapat menggalakkan mereka untuk minum air putih
dengan banyak. Kalau tidak, jenuh nak pujuk minum air putih setiap hari. Selain
daripada botol, ada juga pinggan Upin dan Ipin. Korang boleh minta dengan
petugas Dutch Lady untuk dapatkan botol ataupun pinggan Upin dan Ipin.
Roadtour Dutch Lady bersama Upin dan Ipin ini akan
menjelajah ke 3 buah negeri lagi sehingga April 2019. Boleh rujuk jadual yang
mek dah sediakan. Harap korang juga berpeluang untuk ‘mengembara’ bersama
anak-anak korang di Roadtour Dutch Lady bersama Upin dan Ipin. Jangan lupa
kongsi gambar dilaman sosial korang. Untung-untung gambar korang terpilih untuk
diberikan hadiah misteri. Siapa tahu kan? Jadi, bulatkan tarikh berkenaan di
kalendar korang. Roadshow Dutch Lady bersama Upin dan Ipin satu program yang
tak patut dilepaskan.
Info lanjut di :
Sekian ..
#dutchlady
#susudutchlady
#upinipin
#upinipinkerissiamangtunggal
#roadtourdutchladybersamaupinipin
#roadtourdutchlady
wow..best tu..:)
ReplyDeleteBest ada upin ipin
ReplyDeletehappy betul Amzar eh dapat join dutch lady
ReplyDelete