Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Pelaburan ASB melalui BSN. Kita semua perlu ada simpanan.
Tiada alasan sebenarnya untuk tidak menyimpan. Mungkin akan ada yang cakap
‘kita gaji tak menentu, mana nak menyimpan’. Dan mungkin juga ‘income yang
masuk memang cukup-cukup untuk beri kepada komitmen yang ada sahaja’. Mek faham
dan mek juga melalui benda yang sama. Mek juga ada komitmen yang perlu dibayar
setiap bulan. Ada juga anak untuk dijaga, dibayar didikannya dan pelbagai lagi.
Pendek kata, kita semua ada tanggungan untuk dilunaskan. Tapi, mestikah kita
guna alasan itu untuk tidak melabur? Tak terasakah nanti jika berlaku
kecemasan, saat kita memerlukan duit, di manakah tempat pergantungan kita?
Takkan dengan jiran atau ahli keluarga.
Bagi mek, simpanan setiap bulan perlu kita cadangkan. Ikut
kemampuan berapa pun yang kita mampu. RM20 juga tetap sebagai simpanan. Jika
korang berkemampuan, boleh simpan minima sebulan sekurang-kurangnya RM100. Jika
RM100 dilaburkan di dalam ASB, setahun RM1,200. Jika mengikut dividen pada
2018, dapat lah beberapa ratus sebagai pulangan kepada pelanggan. Beberapa
ratus itu amat bermakna berbanding jika kita hanya menyimpan RM100 di dalam
sampul yang diletakkan di rumah. Paling tidak dengan beberapa ratus yang kita
dapat itu dapat juga membantu kita nanti bila kita dalam kesuntukan. Potensi
untuk hilang juga tinggi bila kita hanya menyimpan di rumah. Hilang tu boleh
dalam pelbagai cara, mungkin terguna atau diambil orang lain.
Pelaburan yang paling mek rasa cukup selamat, dapat pula
pulangan yang besar tapi komitmen kita tetap sama setiap bulan adalah melalui
pelaburan ASB melalui pembiayaan BSN. Ramai juga yang tidak berminat dengan
pembiayaan dengan mengatakan ‘tak suka dengan komitmen bulanan’. Tapi cuba tanya
diri kita balik, bukan ke kita memang dah ‘spare-kan’ duit kita setiap bulan
untuk tujuan simpanan pelaburan? Mengapa gusar dengan ikatan komitmen itu?
Sedangkan komitmen yang dianggap membebankan itu dapat membantu korang dalam
banyak perkara serta dapat membantu korang dalam keadaan terdesak nanti. Malang
tidak berbau dan keadaan yang menghimpit tidak endah dengan keadaan kewangan
yang kita alami. Maka, siapkan payung sebelum hujan itu memang betul-betul
perlu dipraktikkan.
Melalui BSN, sekarang korang dah boleh buat pembiayaan ASB.
Kenapa melalui pembiayaan ASB lebih menguntungkan pelaburan? Jom kita buat
kira-kira sikit supaya korang lebih jelas.
Simpanan sendiri sebanyak RM100 sebulan :
Setahun RM1,200 x 5% dividen kepada pelanggan (ini kita ambik
pengiraan kasar ye)
Pulangan dalam masa setahun : RM60*
Simpanan melalui pembiayaan BSN, komitmen RM100 sebulan :
Setahun bayar pada bank RM1,200 x 5% dividen kepada
pelanggan (juga pengiraan kasar)
Pulangan dalam masa setahun : RM500*
Mek, kenapa jadi RM500? Bila korang buat pembiayaan, secara
auto ASB akan kirakan dividen dengan jumlah pembiayaan yang korang buat. Contoh
kalau RM10,000, bayar RM100 sebulan tetap ASB akan bahagikan dividen mengikut
RM10,000. Itu kalau jumlah pembiayaan, cuba bayang setiap tahun selama 10
tahun, korang tak usik dividen yang ada tu. Agak-agak at the end 10 tahun,
berapakah jumlah yang ada dalam akaun korang? Serius dapat membantu korang
untuk kegunaan luar jangka atau kegunaan yang memerlukan modal yang besar.
Simpanan bulanan tetap sama iaitu RM100. Mungkin sekarang korang tak terasa,
cuma cuba fikir 10 tahun lagi, di mana korang, di mana anak korang. Di mana
situasi korang dan apakah keperluan utama ketika itu? Pendidikan anak-anak?
Atau mungkin nak besarkan ruangan rumah sebab anak teruna atau dara dah besar.
Tepuk dada tanya selera.
Untuk pengiraan kelayakan, atau sebarang kira-kira lain
korang boleh je whatsapp mek di 01117850280 untuk keterangan lanjut. Sementara
rate BSN masih lagi bagus untuk beri pembiayaan ni, sementara umur masih lagi
muda untuk melabur, sementara masih lagi ada kesedaran untuk melabur, adalah
lebih baik kalau korang ambik inisiatif untuk buat pembiayaan ASB melalui BSN
sekarang. Syarat cukup mudah, yang jauh pun jangan risau. Mek boleh minta
officer di seluruh Malaysia untuk proses pembiayaan ASB korang di BSN. Yang
penting, kita kira dulu yang mana sesuai dengan kita, okeih? Mek tunggu korang
whatsapp mek ❤
#asb
#bsn
#asbdibsn
#pembiayaanasbdibsn
salam kenalan dari oohsenyum.com
ReplyDeletemaaf tak comment pasal entri awak.
sebenarnya saya datang sini nak ajak awak....jom tukar suka sama suka link,blog saya tak lah hebat mana pun, pageview 1500 sehari je pun. kalau sudi sila comment di blog saya ye di
https://www.oohsenyum.com/2015/03/tukar-suka-sama-suka-blogist.html
Nanti saya add ke bloglist oohsenyum.com secepat mungkin!
Pernah pohon loan tp x lps. Sdgkan loan kereta dah abis.
ReplyDeletePernah buat loan ASN/ASB masa awal pelancarannya dulu.
ReplyDeleteDulu2 dividennya tinggi.
Bagusnya maklumat ni. Dulu cx ada bsn tapi sekarang takde dah. Nanti kalau nak buat loan atau tnya aniything relate asn/asb , blh tnya mekyunie je.
ReplyDeleteAkk dulu keje bank juga, memang bagus ASBF ni sebenarnya, free free je hujung tahun dapat dividen kan
ReplyDeleteinfo yang bagus...kena fikirkan jugak untuk simpanan yang berbaloi macam ni mek...thanks sharing mek
ReplyDeletebagus info macam ni..setengah orang tak faham macam mana perlaburan ni berfungsi
ReplyDeleteBagus bila ada simpanan, asb pun ok , komitmen boleh ja pilih nak yg low ke high depends dgn kemampuan..
ReplyDeleteGut info mek.. Yang mana tak tahu elok la baca ni..
ReplyDeleteBSN punya rate memang yang paling rendah ke?
ReplyDeleteInfo mek bagus ni..
ReplyDelete