JUMPA DUYUNG DI SUNWAY LAGOON SEPANJANG MUSIM CUTI SEKOLAH

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger sekalian ..


Jom jumpa duyung di Sunway Lagoon sepanjang musim cuti sekolah ini. Apa dia mek? Duyung? Yes, Duyung. Ramai betul peminat duyung, kan? Mek dulu masa kecik-kecik selalu jugak minta dengan mummy mek nak tengok duyung. Kononnya duyung separa manusia dan ikan dan cantik. Tak boleh nak bayang macam mana dia punya kecantikan tu sebab yang mek kenal duyung hanya daripada cerita The Little Mermaid. Maka, pusing punya pusing (ketika itu mek dan keluarga bermaustatin di Hatyai Thailand untuk rawatan kanser arwah papa), mummy bawa mek ke satu pantai di Thailand yang ada tugu duyung. Jadi tengoklah duyung kejung depan mata sendiri di usia 7 tahun. Dah semakin dewasa dah makin faham, siapakah duyung yang sebenarnya.


Jom jumpa duyung di Sunway Lagoon sepanjang musim cuti sekolah ini

Memahami situasi sebegini, Sunway Lagoon bawakan secara khas para duyung-duyung di taman temanya untuk berjumpa dengan kanak-kanak sempena cuti sekolah ini. Bermula 23 hingga 31 Mac 2019, jom bawa anak-anak ke Sunway Lagoon untuk mereka mengenali bagaimanakah rupa duyung ‘yang sebenar’. Mesti mereka akan terpukau melihat kecantikan duyung. Rasanya bukan anak-anak je, ibu bapa pun mesti teruja sama untuk tengok para duyung yang ada. Tapi bukan itu sahaja, ada banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik yang ada di Sunway Lagoon sepanjang musim cuti sekolah ini. Pasti korang akan luangkan masa seharian di Sunway Lagoon untuk menikmati aktiviti yang ada.

Saksikan duyung secara ‘live’


Jom jumpa duyung di Sunway Lagoon sepanjang musim cuti sekolah ini


Jom jumpa duyung di Sunway Lagoon sepanjang musim cuti sekolah ini

Musim cuti sekolah kali ini Sunway Lagoon bawakan tema duyung secara ‘live’ untuk para pengunjung untuk berenang bersama duyung-duyung yang ada di sana. Bukan setakat berenang sahaja, duyung-duyung ini juga akan membuat pertunjukan (mengikut masa yang telah ditetapkan). Menarik bukan? Sambil meluangkan masa bersama keluarga, anak-anak juga boleh melihat pertunjukan yang mereka tidak akan dapat ditempat lain. Selain itu, anak-anak terutamanya yang perempuan boleh ke booth ‘make-over like mermaids’ untuk make-up ala-ala duyung. Ini pastinya akan menjadi booth kegemaran kanak-kanak perempuan. Siapa yang nak tolak bila ditawarkan make-up seperti duyung. Bila dah cantik, tangkap gambar OOTD sebanyak mungkin untuk dijadikan sebagai kenangan di hari dewasa nanti.

Aktiviti menarik untuk kanak-kanak 5 - 11 tahun

Selain daripada itu, ada juga aktiviti selain bersama duyung. Aktiviti-aktiviti ini juga dapat menggalakkan perkembangan kanak-kanak serta memberi peluang kepada mereka untuk tunjukkan bakat yang ada. Antara aktiviti lain yang kanak-kanak berumur 5 - 11 tahun boleh buat adalah, bermain golf, bermain bola tampar di dalam air dan tic tac toe ! Mesti kanak-kanak sekarang dah agak jarang bermain tic tac toe. Permainan yang popular semasa zaman persekolahan mek bagi menghilangkan rasa mengantuk bila cikgu mengajar. Dengan aktiviti sebegini, anak-anak tentunya dapat mencipta kenangan baru bersama ahli keluarga yang lain atau mungkin boleh membina hubungan baru ketika di Sunway Lagoon disamping memberi pembelajaran yang membantu dalam perkembangan minda mereka.

Bergambar dengan kartun yang anak anda gemari


Jom jumpa duyung di Sunway Lagoon sepanjang musim cuti sekolah ini


Jom jumpa duyung di Sunway Lagoon sepanjang musim cuti sekolah ini


Jom jumpa duyung di Sunway Lagoon sepanjang musim cuti sekolah ini


Jom jumpa duyung di Sunway Lagoon sepanjang musim cuti sekolah ini

Tentunya sesuatu tempat yang kita kunjungi, bergambar adalah satu kemestian. Tujuannya tak lain dan tak bukan, hanya untuk tatapan di hari tua kelak. Sunway Lagoon menyediakan beberapa watak kartun yang menjadi kegemaran kebanyakkan kanak-kanak. Antaranya Clown, Captai Quack and Lady Quack, Spongebob and Patrick, Teenage Ninja Turtle dan Dora The Explorer. Paling popular yang mek kenal dalam banyak-banyak kartun di atas tentunya adalah Spongebob and Patrick. Untuk pengetahuan korang juga, ada antara watak kartun ini akan membuat persembahan kepada pengujung mengikut masa yang telah dijadualkan. Pasti anak-anak akan teruja untuk melihat watak kartun kegemaran mereka beraksi secara ‘live’ dihadapan mereka.

Dapatkan cenderahati sebagai kenangan di Sunway Lagoon


Jom jumpa duyung di Sunway Lagoon sepanjang musim cuti sekolah ini

Jangan lupa juga bawa balik kenangan duyung di Sunway Lagoon ini ke rumah anda. Mungkin satu keychain duyung daripada Sunway Lagoon memberi memori yang indah kepada anak-anak anda. Selain daripada keychain, terdapat juga t-shirt duyung untuk dijadikan kenangan lawatan korang ke Sunway Lagoon. Untuk anak-anak yang suka berenang, atau mungkin kawasan rumah korang ada kolam renang boleh juga beli tail pool float untuk mereka berenang seperti duyung. Sementara korang masih lagi di Sunway Lagoon, jangan lepaskan peluang untuk menikmati mermaid ice cream dan mermaid beverage yang dijual khas untuk musim cuti sekolah ini. Nanti dah habis musim duyung, dah tak dapat nak menikmati hidangan bertemakan duyung.


Jom jumpa duyung di Sunway Lagoon sepanjang musim cuti sekolah ini


Jom jumpa duyung di Sunway Lagoon sepanjang musim cuti sekolah ini

Banyakkan aktiviti dan tarikan yang ada di Sunway Lagoon sepanjang cuti sekolah ini? Memang berbaloi-baloi dengan harga yang korang bayar, berbaloi-baloi dengan pengalaman dan pengajaran yang korang berikan kepada anak-anak korang. Yang penting semua orang akan ‘enjoy’ dengan percutian kali ini. Mencipta kenangan bersama-sama keluarga adalah satu peluang yang korang perlu ambil kerana kita tak tahu sampai bila kita diberi peluang untuk bersama-sama. Tambah pula, percutian ini bagaikan memberi ganjaran kepada diri sendiri serta keluarga setelah berpenat dengan kerja harian. Anak-anak juga perlukan satu ‘ruangan baru’ sebelum kembali ke sekolah. Jadi, jom ke Sunway Lagoon.



Sekian ..


#WavesofFun
#SLMermaidsAlive
#BestDayEver
#SunwayLagoonMY

3 comments

  1. Sunway memang tiap kali cuti sekolah dia memang meriah..

    ReplyDelete
  2. Menarikk nya ni.. Teringin nak ke sini belum pernah sampai lagi

    ReplyDelete
  3. x pernah sampai ke Sunway Lagoon. Kita mandi di kolam murah2 je.

    ReplyDelete