#JALANJALANSABAH PART TWO DAN AKHIR

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..


Sabah Part Two dan Akhir. Seperti yang mek maklumkan sebelum ini, hari kedua mek di Sabah memang dah plan nak ke Kundasang. Cuma pada awal abang mek nak bertolak dari rumah dia pada jam 2 pagi. Mek macam ‘weih biar betul. 2 pagi kau nak jalan apa la kat Kundasang tu kabus lagi’. Tapi ulasan abang mek cantik, ‘time ni la nak tengok matahari terbit di Kundasang’. Tapi itu tidak berjaya menarik minat mek sebab beberapa alasan. Salah satunya soal anak yang pasti. Memang tidaklah untuk mek kejutkan diaorang dan mandikan untuk ke Kundasang jam 2 pagi. Seper-alasan lagi, memang tidak jugaklah spouse mek nak pandu kereta jam 2 pagi ke Kundasang. Sudahnya kami bertolak jam 8.00 pagi dari Papar.


Makan Pagi di Papar, Nasi Berlauk Kelantanese


Sabah Part Two dan Akhir


Sabah Part Two dan Akhir

Sebelum memulakan perjalanan jauh, lagi sekali mek singgah makan pagi di Belimbing Restaurant. Di sini ada hidangan nasi pagi sama seperti di Kelantan iaitu Nasi Gulai Ikan dan Nasi Gulai Ayam. Nasi Lemak juga ada tapi sememangnya mek akan memilih Nasi Gulai Ayam sebagai hidangan sarapan pagi. Belimbing Restaurant ni dah sediakan siap set RM5 untuk sarapan pagi iaitu sebungkus nasi berserta air sirap. Jadi senanglah untuk buat pilihan. Mek ada juga bertanyakan pemilik Belimbing Restaurant, ‘orang Sabah boleh menerima ke Nasi Gulai Ikan dan Nasi Gulai Ayam cara orang Kelantan masak?’. Katanya paling digemari oleh Sabahan adalah Nasi Gulai Kepala Ikan Tongkol. Itu memang laku keras. Biasanya orang akan tempah awal untuk makan Nasi Gulai Kepala Ikan Tongkol. Hebat juga sambutan kepada Nasi Gulai cara orang Kelantan ye. Berhenti makan lebih kurang setengah jam dan kami mulakan perjalanan kami ke Kundasang.

Perjalanan ke Kundasang melalui Tamparuli


Sabah Part Two dan Akhir

Dari Papar nak ke Kundasang lebih kurang 2 jam juga perjalanannya. Paling mek teruja bila melalui Jambatan Tamparuli. Satu significant kepada Marsha Milan yang mana kampungnya berasal dari situ. Di Tamparuli korang boleh berkunjung ke Rumah Terbalik. Mek hanya melalui sahaja. Memang tak berniat untuk singgah kerana memang nak ke Kundasang semata-mata. Dan ada pula agenda lain bila lepas Maghrib di bandar Kota Kinabalu. Maka Rumah Terbalik Tamparuli masuk dalam senarai lain kali pula. Bila dah masuk Tamparuli, maka bermulalah perjalanan sama seperti jalan Jeli - Grik. Jalan yang mendaki, jalan yang berputar-putar dan juga jalan yang sempit. Tapi pemandangan masyaAllah memang cantik yang amat ! Dari jauh nampak puncak Gunung Kinabalu. Ini bukan Sabahan je yang bangga, kami semenanjung pun bangga dengan Gunung Kinabalu ni. Antara gunung yang tertinggi di South East Asia.

Berhenti di Pekanabalu / pemandangan Gunung Kinabalu


Sabah Part Two dan Akhir


Sabah Part Two dan Akhir


Sabah Part Two dan Akhir


Sabah Part Two dan Akhir


Sabah Part Two dan Akhir


Sabah Part Two dan Akhir

Perjalanan mek juga menempuhi Kota Belud. Kota Belud ni mek tak tahu apa yang ada. Cuma tempat dia sama seperti Batu Melintang di Jeli, Kelantan. Teruskan lagi perjalanan tetiba nampak sign board yang ditulis atas kertas kotak menggunakan marker ‘mountain view’. Ada beberapa kereta yang berhenti untuk ambik gambar. Memang cantik sebab nampak betul-betul Gunung Kinabalu. Tapi cerun yang tiada penghadang. Kena berhati-hati bagi mereka yang bawa anak kecil. Di ‘mountain view’ ni pun ada juga ala-ala RNR. Ada tandas, ada kedai jualan runcit. Kedai makan kena kedepan sikit iaitu di Pekanabalu. Di sini pun tarikan juga bagi mek kerana di sini ada pelbagai hasil kraf tangan penduduk tempatan. Harga agak lebih kurang dengan Pasar Philipine. Di Pekanabalu korang boleh lah singgah beli baju ‘mountain view’. Macam-macam pilihan, yang menyala dalam gelap, yang biasa-biasa. Mek sempat beli untuk sekeluarga.

Desa Dairy Farm


Sabah Part Two dan Akhir


Sabah Part Two dan Akhir


Sabah Part Two dan Akhir


Sabah Part Two dan Akhir

Dari Pekanabalu dalam 15 - 20 minit sampai ke Desa Dairy Farm. Memang sejuk ! Macam Cameron Highland kalau di semenanjung. Pemandangan di sini memang buat mek rasa betul-betul tengok pemandangan dalam movie hindustan. Bajrani Baijan dan juga 3 Idiots. Tapi sebenarnya lebih kepada pemandangan cerita Bajrani Baijan. Scene menyelamatkan budak perempuan. Sempadan antara Kashmir dan Pakistan. Indah lawa sungguh ya Allah. Dengan Gunung Kinabalu, dengan rumput menghijau kerana udara yang segar. Ditambah pula dengan cuaca sejuk dingin tapi ada mentari. Memang berbaloi terbang dari semenanjung untuk lihat pemandangan ini. Sebelum masuk ke Desa Dairy Farm, ramai yang ambil peluang untuk bergambar dahulu di hadapan pintu masuk Desa Dairy Farm. Mungkin kerana Gunung Kinabalu menjadi latar belakang yang cantik di samping terhidang gambaran 60% Desa Dairy Farm. Mek pun tak lepaskan peluang ini juga.


Sabah Part Two dan Akhir


Sabah Part Two dan Akhir


Sabah Part Two dan Akhir


Sabah Part Two dan Akhir


Sabah Part Two dan Akhir


Sabah Part Two dan Akhir

Tempat Desa Dairy Farm memang cukup cantik. Mek memang terpegun, terasa melihat apa yang selama ini mek lihat di kaca TV. Macam berada di Ladang Lembu New Zealand sebab dengan ‘props’ lembu bertampung hitam dan putih. Untuk pengetahuan korang, lembu susu bertompok ini telah pun dikacukkan menjadi baka Malaysia supaya sesuai dengan suhu semasa Malaysia. Di Pasir Puteh, Kelantan juga terdapat lembu bertompok hitam putih ini bagi menjadi lembu tenusu. Selaian bergambar dengan lembu Desa Dairy Farm berlatarkan belakangkan Gunung Kinabalu, korang boleh mengisi perut dengan produk-produk makanan yang ada di sini. Tentunya susu segar dan berperisa menjadi satu kemestian untuk dicuba. Selain itu adalah aiskrim daripada susu segar. Memang cukup sedap dan ianya agak susah untuk cair, bukan kerana suhu tapi mungkin bahan campurannya itu. Mek juga ambil pizza untuk kenyangkan perut sebelum turun semula ke Kota Kinabalu. Harga di sini semuanya berbaloi. Mek tak rasa ianya mahal dan semua harga terhidang adalah harga mampu milik. Jangan lupa, sebelum check out dari Desa Dairy Farm boleh beli cenderahati sebagai kenangan.

Pekan Kundasang


Sabah Part Two dan Akhir


Sabah Part Two dan Akhir


Sabah Part Two dan Akhir


Sabah Part Two dan Akhir


Sabah Part Two dan Akhir


Sabah Part Two dan Akhir


Sabah Part Two dan Akhir

Ada satu lagi tempat yang mek berhenti sebelum turun ke Kota Kinabalu. Berhenti di Pekan Kundasang ini bukanlah dirancang pun tapi bila tertengok kulit kayu manis yang panjang-panjang macam rotan buluh, memang menarik perhatian untuk kita meronda Pekan Kundasang. Selain daripada hasil hutan, buah-buahan juga turut dijual namun harganya MasyaAllah boleh tahan juga la mahalnya. Mek lebih menghargai hasil pertanian di Kelantan bila tengok harga mereka. Mungkin hasil buah-buahan mereka terhad maka harga jadi tinggi. Bayangkan strawberry RM1 sebiji. Mahu tak menangis, kalau di Cameron Highland mahu jual satu box besar tu RM30 sahaja. Untuk tidak mengecewakan penjual, spouse beli buah yang dipotong dan mummy mek beli buah mata kucing 1kg. Harga tak perlu disebut. Cuma kalau di Pekan Kundasang ni korang boleh tengok sosio ekonomi mereka. Banyak sudut yang boleh ditambah baik.

Imago Mall

Tiba di Kota Kinabalu, terus terjah Imago Mall yang katanya mall paling terbaru di Sabah. Bila mek masuk terasa macam di KL sebab mall besar, banyak outlet yang branded. Jujurnya mek bukan suka barangan branded. Mek hanya beli jika mek suka dengan sesuatu. Tak kisah ianya dari mana, dari mall atau shoppee, it shouldnt be matter (tapi lately ni macam nak ada koleksi Duck pulak). Apa-apa pun belanja ikut kemampuan. Mek sebenarnya ada tujuan yang lebih besar untuk datang ke Imago Mall ni iaitu sesi meet and greet blogger Sabahan Jun Zi. Alang-alang jumpa teruskan juga dengan sesi QNA bersama Blogger. Baca juga QNA bersama Blogger Jun Zi. Di sini mek bawa balik juga satu cenderahati sebagai kenangan datang ke Imago Mall. Banyak outlet di Imago Mall yang mek nak terjah (tentunya outlet makanan) cuma kesuntukan masa menyebabkan hanya pandang sepi. Yang mek terlepas peluang adalah untuk merasai aiskrim yang di semenanjung (setahu mek) outletnya di Pavillion. Aiskrim Goldiva ke apa namanya tu. Terasa rugi? Teramat rugi sebenarnya sebab dah ada depan mata tapi tak beli. Peluang kedua tak selalunya ada.


Sabah Part Two dan Akhir.

Keseluruhan, mek memang enjoy dengan trip ke Sabah walaupun hanya sempat melawat Kundasang dan bandar Kota Kinabalu sahaja (tu pun banyak juga kedai famous mek tak terjah). Walaupun hanya dapat berjumpa dengan Jun Zi sahaja, tak sempat jumpa Mrs Pip, Unnie Anje dan blogger sabahan yang lain. Nak cakap lain kali datang tu entah bila pula sampainya ke Sabah. Tapi dengan adanya penerbangan terus daripada Kota Bharu mungkin boleh rancang pula ke Sabah tahun depan bila Air Asia buat promo. Mungkin kali ini boleh rancang untuk blogger trip. Pakat jumpa di Sabah. Wow! Menariknya kalau betul-betul menjadi. Dan Alhamdulillah juga sepanjang percutian mek ke Sabah, anak-anak tak demam, tak tantrum secara berlebihan walaupun ini kali pertama mereka terbang di awangan. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk kita. InsyaAllah

Sekian ..

1 comment