Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
#jalanjalansabah part one. Merancang untuk ke Sabah ni
bukan lah baru sebenarnya. Memang daripada tahun lepas lagi mek merancang
dengan Sis Gee nak ke sana tapi perancangan asal adalah nak terbang pada bulan
Jun atau Julai. Ketika itu mek dapat tiket RM117 sehala. Memang murah sebab mek
sekeluarga tak sampai seribu campur dengan pembelian bagasi 15kg. Cuma ketika
itu duit pun kena laburkan dahulu maka kena lah korek Tabung Haji. Mek agak
keberatan sedikit untuk lakukan demikian sebab bila dah ambik susah nak
menggantikan balik. Tak disiplin sangat bab simpanan ni. Maka, tiket berharga
RM117 itu lebur.
#jalanjalansabah
Sehinggalah pada Januari 2019, mek dikhabarkan yang abang
mek dah selamat mendapat cahaya mata perempuan. Pada awalnya mek tak bersetuju
untuk ikut mummy mek bersama ke Sabah. Tapi bila ditanya berkali-kali, kesian
pulak kalau dia terbang bersama anak saudara sahaja. Maka mek cakap boleh lah
pergi tapi tak boleh lama sebab awal tahun kena juga jaga cuti. Habis cuti,
mana lagi nak cekik nanti. Jadi mummy bersetuju untuk ke Sabah hanya 3 hari 2
malam sahaja. Urusan pembelian tiket kapal terbang semuanya diatur oleh abang
mek. Mek tak ambil port pun. Tahu-tahu dia hantar nombor tempahan untuk daftar
masuk nanti. Maka, tercatatlah nama mek dan keluarga untuk terbang ke Sabah
pada 28 Februari dan pulang pada 02 Mac.
#jalanjalansabah
Penerbangan kali ni berbeza sebab mek tak pernah lagi
bawa Amani dan Amzar naik kapal terbang. Tak tahu bagaimana reaksi diaorang
bila dalam kapal terbang. Kalau melalak macam mana nak tenangkan diaorang.
Penerbangan kali ini juga berbeza kerana mek terbang jauh ke Sabah bersama
spouse. Sebelum ni mek terbang ke Sabah dengan keluarga sahaja. Spouse pula
kali pertama ke sana. Jadi, penerbangan kali ini agak menjadi keterujaan kami.
Pun begitu keterujaan ini dirasai ketika di lapangan terbang Kota Bharu.
Sebelum daripada itu, mek sendiri tak merasakan apa-apa. Mungkin sibuk dengan
kerja hakiki. Spouse pun sibuk dengan program vaksinasi penyakit Kuku dan Mulut
untuk lembu. Terasa nak pergi Sabah bila bangun pagi 28 Februari dan packing
baju dalam beg.
#jalanjalansabah
Perjalanan 2 jam 40 minit dari Kota Bharu ke Kota
Kinabalu, alhamdulillah anak-anak tak meragam dalam kapal terbang. Semuanya
tidur selepas 15 minit terbang. Mek pun tidur selama satu jam. Tersedar bila
kapten umum nak mendarat lagi 7 minit. Bila jenguk di luar tingkap, masih lagi
nampak lautan. Sepuluh tahun yang lalu, seingat mek lapangan terbang Kota
Kinabalu lebih kurang seperti lapangan terbang Kota Bharu sahaja. Lapangan
terbang Kota Kinabalu berada di tepi laut, masa nak mendarat memang akan nampak
laut di tepi sebelah kiri. Manakala sebelah kanan akan nampak pekan-pekan
kecil. Bila masuk lapangan terbang Kota Kinabalu, terkeluar daripada mulut mek
‘KKIA ni dah macam KLIA2’. Yass, cantik dan besar. Dah bertingkat-tingkat. Dah
banyak shop lot. Dah banyak kaunter daftar masuk mengikut jenis penerbangan
masing-masing. Paling penting dah ramai manusia yang ke hulu ke hilir dengan
bagasi masing-masing. Hebat KKIA.
Mek tentunya disambut oleh abang mek yang dah sedia
menunggu. Tapi dia tak keseorangan, Abang Lan jirannya pun ada untuk tumpangkan
kami. Maklumlah, kereta abang mek muat 5 orang sahaja. Kami yang datang dari
Kelantan ni pun dah 6 orang, maka perlulah sewa kereta Abang Lan untuk ke
mana-mana. Abang Lan ni juga buat perkhidmatan Grab Car. Jadi mudahlah kita nak
minta dia bawa ke mana-mana. Cuma sekarang dah ada maps, jadi sewa kereta pun
dah okei. Tak mengikat masa orang lain. Yang ada anak kecil macam mek tentunya
satu-satu perjalanan akan banyak berhenti. Nak tukar lampin, nak buat susu.

#jalanjalansabah
#jalanjalansabah
Kami teruskan perjalanan ke Papar di mana abang mek
tinggal. Tapi sebelum tu berhenti dulu makan tengahari di kedai kawan abang mek
yang original daripada Kelantan. Nama kedai Belimbing Restaurant. Di sini ada
pelbagai pilihan menu. Nak western boleh datang sebelah malam. Masa mek datang,
waktu tengahari lauk pauknya seperti masakan panas lain. Untuk menu tengahari
mek pilih tomyam campur, kailan goreng ikan masin serta ayam kunyit. Paling
menarik di Sabah nama air mereka agak unik. Di sini mek minta untuk minum air
kicai ping. Segar tekak nokkkk. Untuk korang yang tak tahu, kicai ping ni
saling tak tumpah macam air perahan limau kasturi dan diletakkan asam boi.
Kalau di Kelantan kami menggelarkannya Singa Beng.
Lepas Isyak mek ajak semua keluar. Kalau ikutkan mummy mek memang dia tak nak keluar dah. Penat katanya. Nak rehat, nak pegang cucu. Tapi bila terfikirkan kalau tak keluar, rugi pula sebab malam besok tentunya dah penat nak #jalanjalansabah pada sebelah malam. Jadi gagahkan diri juga. Destinasi sebelah malam tentunya ke Pasar Philipine. Tempat jualan barangan hasil Sabah. Daripada makanan kering hinggalah ke barangan kraf untuk dijadikan tanda kenangan bila berkunjung ke Sabah. Pasar Philipine ni kalau nak diberi gambaran macam mana ‘rupanya’ sama seperti Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Banyak barangan baju-baju baru, pakaian bundle pun ada juga. Abang mek bawa lagi ke satu tempat yang mana 10 tahun lalu belum ada tempat ni iaitu Pasar Malam Ikan Todak.
#jalanjalansabah
#jalanjalansabah
#jalanjalansabah
#jalanjalansabah
#jalanjalansabah
#jalanjalansabah
Pasar Malam Ikan Todak ni memang buat mek dan spouse begitu teruja dengan ikan-ikan yang ada. Engkauu memang akan terpukau sebab kebanyakkan ikan tu tak ada di semenanjung gaiss. Serius ! Warna biru, warna merah, warna warni semuanya ada. Pada awalnya mek pelik, kenapa ikan-ikan ni tak ada kat semenanjung. Spouse mek cakap populasi ikan di antara laut-laut tak sama. Mungkin ikan biru tak bukan berpopulasi di semenanjung sebab tu nelayan semenanjung tak pernah jual ikan macam tu. Okei, jawapan yang masuk akal dan mungkin tepat sekali. Banyak juga hidupan laut lain yang seumur hidup mek tak pernah jumpa contohnya Siput Laut. Sangkaan mek adalah gamat sekali salah bha. Mek sangka Siput Laut ni lembik rupanya salah bha kauuu. Keras kejung ! Di Pasar Malam Ikan Todak ni pelbagai gerai makanan laut yang ada. Mereka akan berebut korang untuk menikmati di kedai mereka. Pilihan abang mek pada malam tu adalah gerai nombor 8. Hujung menghadap lautan. Di situ banyak pilihan masakan dan yang paling penting pemilikan gerai Melayu Sabah Islam. Minuman di sini pula mek order Teh Madras. Haa, teh Madras ni nampak nak sama dengan semenanjung, rasa pun hampir sama cuma cara pembuatan tu agak lain. Teh Madras ni sebenrnya teh tarik tapi Madras ditarik dulu susu bagi berbuih baru letak sedikit teh. Unik, kan? Kena cuba bila korang berkunjung ke Sabah.
#jalanjalansabah
#jalanjalansabah
#jalanjalansabah
#jalanjalansabah
#jalanjalansabah
#jalanjalansabah
#jalanjalansabah
Malam pertama di Sabah memang cukup kenyang dan terasa betul berada di Sabah sebab dah lengkap satu misi iaitu merasa makanan laut segar daripada Pasar Malam Ikan Todak dan juga merasa air yang bernama pelik di Sabah. Selain daripada tempat makan tu korang boleh juga lepak di Waterfront Ikan Todak. Bersebelahan sahaja dengan Pasar Malam Ikan Todak. Mek tak ke sana sebab satu tak cantik untuk bergambar dan satu lagi sebab waktu tidur, masa untuk rehatkan badan sebab esoknya nak #jalanjalansabah jauh lagi ke puncak sana. Mestilah kena dapatkan rehat yang cukup. Tambah lagi ada anak kecil lagiii lah kena dapatkan rehat yang cukup. Walaupun mereka teruja untuk #jalanjalansabah tapi bila mereka penat, pujuk la pakai apa pun memang tak jalan dah. Jadi, prevention is better than cure. Tunggu episod kedua mek #jalanjalansabah ❤
Sekian ..
Best tu mek abang belanja tiket ke Sabah.. 😍
ReplyDeleteGeram tengok seafood kat sabah tu.. Grrr bila nak sampai sana tahu ni
Lama dah tak naik kapal terbang.. rindu nak berjalan
ReplyDeleteAllah..seronoknya tengok hidupan laut yg pelbagai...harga makanan yg korang makan mahal ke murah? rasa nak pi jugak ni...
ReplyDeleteseksinye seafood sana!!!!
ReplyDeleteSabah adalah tempat yang paling best untuk dikunjungi..
ReplyDeleteseronok untuk makan-makan
Ala sayangnya terpaksa lebur nasib ada rezeki lain ke Sabah. Tapi mmg Sabah bahagian KK tu sap sap maju sungguh! Modern besar semua upgrade.
ReplyDeleteAnd kalau tak makan seafood tak sah! Kena makan seafood yg murah and fresh ituuuu. Hahaha.
Tang yg pasar phillipines tu, ada orang Sabah tak suka pasar tu digelar macam tu. Dorang nak direfer nama sebenar Pasar Kraftangan Kota Kinabalu. Sebab depa kata pasar tu bukan orang filipina punya hahaha.
syoknya gi Sabah..seafood kat Sabah tu memang menggiurkan..Sabah jer negeri yang sy masih belum dapat jejak...memang dah dalam buckettlist cuma tak tahu bila..
ReplyDeleteLama tak ke Sabah. Kat sana memang syuga makanan laut so bila tengok gambar-gambar ni terliur pulak. bila ke sabah jangan lupa beli sotong kering kecil2 tu..sedap buat sambal nasi lemak
ReplyDeleteSejujur Naim tidak pernah jejaki bumi Sabah lagi. Melihat di gambar-gambar di atas nampak macam menarik sahaja. mEREKA Kaya dengan makanan...
ReplyDeleteWah.bestnya dapat pergi sabah.sy Belum sempat Turun sana lagi.lagi2 dekat kundasang yang femes Tu.sTu.sabah memang terkenal dengan makanan seafood Kan.kena survey betul2 destinasi sebelum pergi
ReplyDeleteErmmm kenapa nama pasar Philippine ya? Haha kurang ilmu disitu. Saje bertanya. Btw, geram sungguh tengok Seafood dy. Fresh nyaaa. Warna warni pulak tu. Mesti manis je rasa sbb masih fresh...
ReplyDeletedatang Sabah emmang best part makanan dorg. ya Allah sedap betul seafood di sana. harga murah2 pulak tu. teringat moment2 gi Sabah dua tahun lepas. nanti nak eprgi lagilah
ReplyDeleteWow so many food in this post! Cant believe you tries out so many nice food there, I planing trip to Sabah one day as well.
ReplyDeleteThis is one of the place i wanna visit. Yet been there and heard that they have nice undersea to dive in too...
ReplyDeletesabah dengan seafood segar memang x boleh dipisah kan. saya pun beberapa kali dah ke sabah. hope dapat ke sana lagi. memang tak puas
ReplyDelete