HARI BERSAMA PELANGGAN BSN, RAIKAN WANITA 2019

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Sambutan Hari Pelanggan di BSN, sempena Hari Wanita 2019. Happy Women Day untuk semua wanita-wanita yang berada di luar sana. Tempoh hari BSN telah pun meraikan kakitangan wanita BSN yang berada di seluruh negeri. Terasa dihargai walaupun hanya ucapan yang ringkas ‘selamat hari wanita’, tapi dia punya perasaan bila dapat penghargaan macam tu buat kita semua terasa dihargai dan dilindungi. Jadi, untuk lebih menghargai, pihak pengurusan BSN bersetuju untuk panjangkan lagi ucapan-ucapan ini kepada para pelanggan wanita pula. Mereka antara yang menyokong penuh institusi perbankan kami. Mek selalu lihat di cawangan, bila tiba saat anak-anak perlu membuka akaun bagi bantuan persekolahan, kaum ibulah yang akan menemani anak-anak. Terima kasih para pelanggan wanita kami.

Sambutan Hari Pelanggan di BSN, sempena Hari Wanita 2019

Jadi, ini adalah beberapa detik yang mek sempat rakam di mana saat pihak pengurasan BSN Kelantan menyambut kedatangan pelanggan wanita kami ke BSN pada 17 Mac 2019 jam 9.00 pagi. Mereka seakan terkejut diberi cenderahati dengan ucapan ‘Selamat Hari Wanita’. Nasib baik mek tak rangka ayat ‘Selamat Hari Wanita, because you are so beautiful.’ Kalau tidak lagi terkejut agaknya mereka. Tapi yes, because we are so beautiful, inner and outer side. Both balance insyaAllah.

Sambutan Hari Pelanggan di BSN, sempena Hari Wanita 2019

Sambutan Hari Pelanggan di BSN, sempena Hari Wanita 2019

Sambutan Hari Pelanggan di BSN, sempena Hari Wanita 2019

Terima kasih kepada para pelanggan kami yang terus setia dalam susah senang BSN sepanjang ianya ditubuhkan. Terima kasih kerana terus bersabar dan terus menyokong setiap perkara yang kami lakukan. Kami sedar, tanpa pelanggan yang setia kami tidak akan ke mana-mana. Teruslah memberi peluang kepada kami untuk terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada diluar sana. Dan untuk pelanggan wanita, semoga berjaya dalam apa jua yang kamu sedang ceburi. Samada kerjaya dirumah ataupun dipejabat, women powers is beyond the limit. Gunakan lah kuasa seorang wanita sebaik mungkin. Semoga kita semua diberkati dunia dan akhirat. Tiada daya yang mampu kita lakukan selain diizinkan oleh Allah swt.

Sambutan Hari Pelanggan di BSN, sempena Hari Wanita 2019

Sekian ..

#happywomenday
#haribersamapelangganbsn
#bsnraikanwanita
#preciouscustomer
#givingthebestservices

2 comments

  1. aku lama dah xguna acc bsn mek..hihi

    ReplyDelete
  2. Cik Ash lama x guna acc bsn last masa kerja dulu 10 tahun berlalu dah..

    ReplyDelete