Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Happy Birthday Ammar Amzar ! Jadi sekarang dah dua tahun
awak berada di dunia ciptaan Allah. Mengimbau kenangan waktu mula-mula tahu
kewujudan Amzar dalam perut, semasa ‘tiny dot’ atau lebih senang ‘double line’,
memang menangis sangat-sangat sebab tak bersedia. Boleh baca kisah ni di ENTRY INI untuk jalan cerita sepanjang mengandungkan Amzar sehingga melahirkan dia.
Rindu untuk beranak lagi? Soalan ni selalu diaju oleh orang sekeliling. Jawapan
mek tentulah tidak. Memikirkan dengan waktu yang mek ada seharian, rasanya tak
mampu nak tambah anak ketika ini. Tapi dalam banyak jawapan yang mek berikan
adalah ‘cukup dengan dua orang ini’. Tapi soal anak, itu semuanya dah ditulis
oleh Allah kerana anak juga tergolong dalam soal rezeki. Siapalah kita nak
tolak jika Allah berikan lagi ‘tiny dot’ di dalam perut mek.
Happy Birthday Ammar Amzar !
Entry kali ni ringkas sahaja, sekadar kenangan di hari
tua Amzar nanti. Ulang tahun kedua Amzar memang mek tak ‘well prepared’
sebenarnya. Tak tempah kek, tak tahu nak sambut di mana. Hal ini bukan
disengajakan. Minggu untuk sambutan hari lahir Amzar yang kedua, mek dan spouse
sibuk dengan tugasan hakiki masing-masing. Bunyi macam alasan, kan? Bila dah
sepakat untuk sambut hari lahir Amzar di rumah mummy mek, ingatkan dah macam
okei. Rupanya kedai kek pulak tutup. Maka, terbelilah kek secret recipe. Kalau
diikutkan memang tak puas hati sebab kek yang mek nak, tuan empunya diri balik
ke kampung. Sambut juga lah dengan kek secret recipe. Bila nak sambut, bapak
Amzar pula keletihan setelah penat menjaga gerai jualan pejabatnya seharian.
Tambah pula bapak Amzar demam. Maka, terjadilah potret keluarga yang macam
hmmmmmmmm entah apa-apa.
Happy Birthday Ammar Amzar !
Kalau Amzar baca entry ni, mungkin adik akan kecewa
kerana sambutan hari lahir adik, mummy tak sediakan seperti kakak. Maafkan
mummy ye adik. Menyesal, amat menyesal kerana terlalu fikirkan kerja sehingga
lupa nak rangka sambutan hari jadi anak. Menyesal memang menyesal kerana 08 Mac
2019 takkan berulang pada tahun hadapan. Mummy harap tahun hadapan mummy tak
alpa seperti tahun ini. Semoga setiap hari lahir anak mummy terhasil satu
potret yang boleh dikenang sampai bila-bila. Yang dengan tanpa segan silu boleh
tunjuk pada umum (bukanlah niat menunjuk tapi lebih kepada kenangan hari tua
anak-anak). InsyaAllah tahun hadapan sambutan hari lahir Amzar, mummy buat
kesyukuran ye. Doakan mummy dapat rezeki lebih.
Happy Birthday Ammar Amzar !
Korang pernah ke rasa menyesal sebab sambut hari lahir
anak atau kesayangan korang sekadar ala kadar? Sambut birthday tapi tak well
prepared. Sambut macam kena paksa. Ada tak? Kalau ada, cuba kongsikan dengan
mek, apa tindakan korang untuk tebus rasa menyesal itu? Terima kasih kerana
sudi baca ye ❤
Sekian ..
Happy belated birthday hensem boy
ReplyDeletehappy belated birthday Amzar! be a good boy okay? ;)
ReplyDelete