Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Episod 4 : QNA bersama Blogger Jun Zi. Alhamdulillah. Mek
ingat mek dah kena berhenti di episod 3 sebab perasaan takut untuk meminang
blogger tetiba datang menyelubungi. Tetiba rasa ‘diaorang minat ke nak buat
talkshow dengan aku. Yelah, aku ni siapa sangat. Pinang blogger yang dah
dikenali. Macam nak menumpang populariti pulak’. Haaa, tetiba dapat perasaan
tu. Mek takada la jadi murung memikirkan benda ni. Kebetulan mek pula sibuk
dengan tugasan hakiki, maka kisah episod baru QNA bersama blogger ni mek lupakan
seketika. Sehinggalah tarikh untuk terbang ke Kota Kinabalu tinggal dalam 5
hari lagi. Bila lepaskan peluang ni, mungkin mek akan menyesal seumur hidup mek
sebab mek dah mulakan, tapi mek tak siapkan. Dan paling sedih, mek tak pinang
pun lagi tapi dah menyerah kalah. Buang perasaan buruk tu jauh-jauh, mek DM Jun
Zi di IG.
Episod 4 : QNA bersama Blogger Jun Zi
Perkenalan mek dengan Jun Zi memang atas dasar kau
blogger aku blogger dan kita saling menyokong antara satu sama lain. Kau ada
posting, aku like. Aku ada posting, kau pula tolong like. Mek juga ada perasan
dalam group besar blogger ada nama Jun Zi keluar kadang-kadang tapi tak pernah
nak save nombor telefon dia. Bila nak ke negeri Sabah di bawah bayu, mestilah
akan teringat pada Jun Zi, Mrs Pip dan Unnie Anje sebab itu antara blogger
Sabahan yang mek kenal (kenal melalui penulisan). Yang lain memang pernah
dengar nama tapi mungkin tak pernah berkunjung ke blog mereka. Berbalik kepada
meminang Jun Zi, nasib baik juga dia tak menolak mek. Alhamdulillah dia terus
setuju je nak jumpa di Imago Mall pada hari kedua mek di Sabah. Lega weih !
Episod 4 : QNA bersama Blogger Jun Zi
Soalan yang Jun Zi dapat
Edit gambar guna apps apa.
Berikan tiga fakta tentang diri kamu.
Ukur kekayaan seseorang melalui keretanya atau lifestyle
nya?
Cita-cita yang tak tercapai.
Pekerjaan yang pertama dilakukan.
Soalan yang mek dapat
Movie yang menjadi inspirasi
Bila masuk mall, tempat favorite yang akan dituju.
Berat badan sekarang.
Kelulusan pengajian yang paling tinggi.
Anak keberapa dalam keluarga?
Mek amat berterima kasih kepada Jun Zi sebab sudi luang
masa untuk ke ‘talkshow’ mek. Dia pun tak segan buat rakaman tengah orang
ramai. Siap tolong bawa tripod lagi untuk bantu mek buat rakaman. Agaknya dia
tahu lah mek tak ada tripod ye. Okei, nanti mek beli satu untuk mudahkan
‘tetamu’ nanti. Dikesempatan ini juga mek amat berharap walaupun kita jarang
berjumpa, yelah sorang di Sabah, sorang di Kelantan. Mungkin program tak sama,
tapi kita tetap pilih jalan yang sama iaitu menjadi blogger untuk sampaikan
info kepada orang ramai. Semoga ukhwah sesama blogger ni terus erat, tidak
punya perasaan iri hati yang membawa ke perkara negatif. Jom saling menyokong
antara satu sama lain gaiss ❤
Sekian ..
Hahaha kan. Mmg besar hati bawa tripod tiap2 ari sebab sntiasa ready utk situation mcm ni 😘 btw thnk u so muchhh Mek !!
ReplyDeleteTeruskn QNA ni, seriess best ❤
Kalau dekat kat KL nak jugak join...hehehe...jauhnya ke Pantai Timur ha...
ReplyDeletemula kenal jun zi ni pun masa awal blogging jugak.teringin pulak nak berjumpa sabahan blogger ni
ReplyDeleteSuka tegok sesi QnA mek.
ReplyDeleteteruskan taw prgm ni,:)
chaiyok mek yunie!! u can do this!! btw pasni buat bantal special eh..hahahahahahhahaha #donemerapu
ReplyDeleteSoalan berat badan tu mmg win nasib baik mek comel molek je
ReplyDeleteKagum aku wei korang slumber je record depan org. Aku ni sejenis pemalu depan2 orang. Thumbs up to both of u 😍
ReplyDeleteseronoklah kalau dapat jumpa sesama blogger..
ReplyDeletesebab sama passion dan berborak pasti lancar juga la hahahaha
Jangan putus asa..elok dah mulakan tuu..teruskan...
ReplyDeleteCantiknya blogger Jun Zie ni.. 😍
ReplyDeleteBtw jangan berhenti kalau dah mulakan, kalau takde alasan kukuh. Lagi pun perkara baik kan..
wah meriah sesi Q&A Mek..teruskan lagi good effort
ReplyDeleteGreat idea like this! Teringin nak buat video dengan blogger juga! Let's support each other~
ReplyDeleteBuat lagi Mek sesi QA ni..seronok tengok
ReplyDelete