Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
Jeruk mangga asam boi. Selamat berhujung minggu. Jadi,
apakah ‘rancangan’ pada hari ini? Cuti sekolah macam ni ada yang dah plan nak
ke mana-mana. Dan ada juga yang plan nak duduk luangkan masa dirumah terlebih
dahulu sebelum bercuti situ dan sini. Memandangkan anak-anak tengah bercuti
sekolah, mama semua mesti ada pembantu di dapur, kan? Atau kalau yang umurnya
masih kecil, mesti mama-mama sekalian nak buat sesuatu yang anak suka makan,
kan? Mek ada satu resepi untuk dikongsikan, ianya resepi lama dan sudah ramai
yang buat. Cuma mek sendiri baru mencuba dan nak mengajak mama sekalian untuk
buat sama Jeruk Mangga Asam Boi ini. Mana tahu, mungkin entry mek ini dapat
memberi idea kepada mereka yang buntu.
Bahan-bahan yang diperlukan dan cara pembuatan
Jeruk mangga asam boi
Jeruk mangga asam boi
Bahan pembuatan hanya dalam 3 hingga 4 barang sahaja
iaitu Mangga, Asam Boi, Gula, Serbuk Asam dan kalau suka pedas boleh letak
cili. Kalau tak suka pedas boleh guna 4 perkara asas sahaja. Pertama sekali
korang perlu basuh dan kupas kulit mangga, potong ikut cara korang suka makan.
Lepas tu letak dalam mangkuk. Taburkan gula (mek buat satu sudu gula untuk satu
biji mangga). Letak asam boi dan serbuk asam tadi. Asam boi boleh guna yang
merah atau yang putih. Letak dalam 5 - 10 biji pun dah okei. Banyak sangat
nanti masin pula. Serbuk asam tu pun mek letak ikut suka. Taburkan sahaja di
dalam mangkuk yang berisi potongan mangga tadi. Gaulkan semua bahan tadi dan
letak dalam satu bekas tertutup. Tinggalkan bekas tersebut dalam peti ais
selama 2 jam untuk dinikmati dengan rasa sebenar. Bila rasa gula, mangga dan
asam boi itu dah bergabung, memang sedap sangat. Modal hanya dalam RM15,
mungkin dapat satu balang besar.
Mudah dan cepat sebenarnya untuk buat Jeruk Mangga Asam
Boi ni. Sedap pun sedap bila musim panas macam ni makan jeruk mangga asam boi
yang telah disejukkan. Paling best bila agak-agak buah mangga dah nak habis,
akan tinggal air mangga yang dah bercampur dengan asam boi serta gula. Bila
dihirup masyaAllah sedap sangat ! Teringat macam aiskrim asam boi dulu-dulu
yang dikeraskan dalam plastik panjang. Korang yang ada buah mangga boleh la
cuba untuk buat jeruk mangga asam boi ini. Boleh dijadikan kudapan sambil
menonton tv. Dan juga boleh dijadikan sebagai entigen untuk pembuangan air
besar dengan lebih lancar. Opps ! Jangan ambil hati please. Selamat mencuba
korang ❤
Sekian ..
#jerukmanggaasamboi
#jerukmangga
#manggalemak
#spendingweekend
Akak pun suka buat sendiri...dari beli kat kedai banyak campur bahan-bahan lain kan...better buat sendiri
ReplyDeletemek buat ngn pauh ringan la sedap..masam gtu..haha
ReplyDeleteLama x buat jeruk mangga hahaha nak kena buat la nanti
ReplyDelete