Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Baharu Safi Expert Solution mampu untuk pudarkan Freckles
dan Pigmentations serta melembabkan kulit dalam masa 2 minggu ! Mek memang ada
freckles di wajah. Kalau korang pernah jumpa mek, memang tahu ‘bintik Lindsay
Lohan’ ini terang jelas di wajah mek. Dulu mek agak malu dengan freckels ni.
Yelah, dikala orang mengejar flawless, selfie situ sini, gambar close up muka -
tapi mek masih lagi ber-freckles yang mana tutup dengan tiga lapisan foundation
pun masih lagi kelihatan. Pernah juga mek ke kaunter skin care yang mahal lagi
terkenal dengan keberkesanannya, tapi ditolak mentah bukan kerana masih lagi
umur belasan tahun tapi sebab freckles. ‘Awak pakai la apa pun freckles ni
takkan hilang, dia hanya akan pudar sahaja.’ Dan mek terus blah.
Baharu Safi Expert Solution mampu untuk pudarkan Freckles dan Pigmentations serta melembabkan kulit dalam masa 2 minggu
Semenjak kejadian ditolak mentah, mek macam dah malas nak
peduli tentang freckles ni. Dah sampai tahap ‘ikut suka la freckles mana kau
nak bertapak kat muka aku.’ Malu? Tentulah tidak cuma keyakinan diri itu rendah
nak berhadapan dengan orang ramai. Rasa nak ‘selfie’ tu amat nipis dalam diri
sebab bila ‘selfie’ akan nampak secara terang-terangan, walaupun dah tepek make
up. Pun begitu lama-kelamaan perasaan rendah diri itu hilang dengan bantuan
krim muka yang mampu untuk memudarkan freckles di wajah mek. Diperingatkan
sekali lagi, hanya memudarkan sahaja, bukan hilangkan terus. Bagi mek, dapat
pudarkan pun dah kira bersyukur sebab tak ada lah nanti muka tampak terlampau
berbintik bila berhadapan dengan orang ramai. Jadi ini lah langkah penjagaan
kulit wajah mek untuk memudarkan freckles :
Anti hyper pigmentation
Baharu Safi Expert Solution mampu untuk pudarkan Freckles dan Pigmentations serta melembabkan kulit dalam masa 2 minggu
Baharu Safi Expert Solution mampu untuk pudarkan Freckles dan Pigmentations serta melembabkan kulit dalam masa 2 minggu
Dua botol yang berperanan untuk memudarkan freckles pada
kulit wajah mek diberi nama Anti Hyper Pigmentation. Sebenarnya, ianya juga
memberi manfaat kepada mereka yang berjeragat. Untuk tujuan ini, dua botol yang
berbeza diberikan dalam set Safi Expert Solution. Kedua-dua botol ini amat
membantu dalam pembaharuan kulit wajah (menanggalkan sel kulit mati),
meneganggkan kulit wajah serta membantu kulit wajah menjadi tona sekata.
Selalunya mek sapukan Anti Hyper Pigmentation ini pada sebelah malam sebelum
tidur. Ini dapat memberi ruang kepada molekul-molekul Anti Hyper Pigmentation
untuk merawat kulit muka mek. Bila bangun pagi, kulit wajah mek akan terasa
lebih sihat dan bersedia untuk menempuh cabaran kerjaya.
Anti dehydrated skin
Baharu Safi Expert Solution mampu untuk pudarkan Freckles dan Pigmentations serta melembabkan kulit dalam masa 2 minggu
Dalam soal penjagaan kulit wajah, moisturiser adalah krim
yang wajib ada dan wajib dipakai setiap hari tanpa skip. Anti Dehydrated Skin
ini berperanan untuk lembabkan kulit muka selama 72 jam lamanya. Korang pun
tahu kan kepentingan untuk kekalkan kelembapan kulit wajah terutama bila
seorang wanita atau gadis yang sering ‘terikat’ dengan make up. Anti Dehydrated
Skin telah terbukti secara klinikal dapat membantu dalam menegangkan kulit
wajah serta memberi kecerahan pada tona kulit wajah dalam tempoh sebulan. Mek
wajib sapukan Anti Dehydrated Skin ini pada wajah mek sebelum mek sapukan
foundation. Ini adalah untuk pastikan kulit mek dapat kelembapan yang
sepatutnya selain menambahkan ‘glowing’ pada kulit wajah.
Testimoni diri sendiri
Baharu Safi Expert Solution mampu untuk pudarkan Freckles dan Pigmentations serta melembabkan kulit dalam masa 2 minggu
Setelah hampir dua bulan mek mengaplikasikan Safi Expert
Solution ni mek memang dapat rasakan yang kulit mek bila disapu foundation,
menjadi makin senang untuk diratakan, malah si freckles seolah-olah tipis di
wajah. Bila sesi bergambar, mek makin yakin dengan kulit wajah mek. Freckles
mek tidak sehitam dulu. Secara keseluruhan, kulit wajah perlukan krim rawatan
yang sesuai dengan masalah yang kita alami. Jika tersalah cuba, akan mendapat
masalah baru. Jika tidak dirawat secara terus masalah kulit wajah akan makin
berlarutan. Mek yakin, dengan masa kini tiada masalah kulit yang tidak boleh
dirawat untuk menjadi lebih baik. Contohnya, freckles ini, gunakan sahaja Safi
Expert Solution. Tampil yakin dengan setiap pergerakan korang.
Baharu Safi Expert Solution mampu untuk pudarkan Freckles dan Pigmentations serta melembabkan kulit dalam masa 2 minggu
Sekian ..
#safiexpertsolution
#safimalaysia
#guardian
#frecklessolution
#mekyunie
#blogger
#vlogger
Nak tnya sya sya ada jeragat tapi klu sya pakai yg 6ber 2 tu muka jadi panas
ReplyDelete