PELABURAN ASB MELALUI BSN, BERBALOI KE TIDAK

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Pelaburan ASB melalui BSN. Kita semua perlu ada simpanan. Tiada alasan sebenarnya untuk tidak menyimpan. Mungkin akan ada yang cakap ‘kita gaji tak menentu, mana nak menyimpan’. Dan mungkin juga ‘income yang masuk memang cukup-cukup untuk beri kepada komitmen yang ada sahaja’. Mek faham dan mek juga melalui benda yang sama. Mek juga ada komitmen yang perlu dibayar setiap bulan. Ada juga anak untuk dijaga, dibayar didikannya dan pelbagai lagi. Pendek kata, kita semua ada tanggungan untuk dilunaskan. Tapi, mestikah kita guna alasan itu untuk tidak melabur? Tak terasakah nanti jika berlaku kecemasan, saat kita memerlukan duit, di manakah tempat pergantungan kita? Takkan dengan jiran atau ahli keluarga.

Bagi mek, simpanan setiap bulan perlu kita cadangkan. Ikut kemampuan berapa pun yang kita mampu. RM20 juga tetap sebagai simpanan. Jika korang berkemampuan, boleh simpan minima sebulan sekurang-kurangnya RM100. Jika RM100 dilaburkan di dalam ASB, setahun RM1,200. Jika mengikut dividen pada 2018, dapat lah beberapa ratus sebagai pulangan kepada pelanggan. Beberapa ratus itu amat bermakna berbanding jika kita hanya menyimpan RM100 di dalam sampul yang diletakkan di rumah. Paling tidak dengan beberapa ratus yang kita dapat itu dapat juga membantu kita nanti bila kita dalam kesuntukan. Potensi untuk hilang juga tinggi bila kita hanya menyimpan di rumah. Hilang tu boleh dalam pelbagai cara, mungkin terguna atau diambil orang lain.


Pelaburan ASB melalui BSN

Pelaburan yang paling mek rasa cukup selamat, dapat pula pulangan yang besar tapi komitmen kita tetap sama setiap bulan adalah melalui pelaburan ASB melalui pembiayaan BSN. Ramai juga yang tidak berminat dengan pembiayaan dengan mengatakan ‘tak suka dengan komitmen bulanan’. Tapi cuba tanya diri kita balik, bukan ke kita memang dah ‘spare-kan’ duit kita setiap bulan untuk tujuan simpanan pelaburan? Mengapa gusar dengan ikatan komitmen itu? Sedangkan komitmen yang dianggap membebankan itu dapat membantu korang dalam banyak perkara serta dapat membantu korang dalam keadaan terdesak nanti. Malang tidak berbau dan keadaan yang menghimpit tidak endah dengan keadaan kewangan yang kita alami. Maka, siapkan payung sebelum hujan itu memang betul-betul perlu dipraktikkan.

Melalui BSN, sekarang korang dah boleh buat pembiayaan ASB. Kenapa melalui pembiayaan ASB lebih menguntungkan pelaburan? Jom kita buat kira-kira sikit supaya korang lebih jelas.

Simpanan sendiri sebanyak RM100 sebulan :

Setahun RM1,200 x 5% dividen kepada pelanggan (ini kita ambik pengiraan kasar ye)

Pulangan dalam masa setahun : RM60*

Simpanan melalui pembiayaan BSN, komitmen RM100 sebulan :

Setahun bayar pada bank RM1,200 x 5% dividen kepada pelanggan (juga pengiraan kasar)

Pulangan dalam masa setahun : RM500*

Mek, kenapa jadi RM500? Bila korang buat pembiayaan, secara auto ASB akan kirakan dividen dengan jumlah pembiayaan yang korang buat. Contoh kalau RM10,000, bayar RM100 sebulan tetap ASB akan bahagikan dividen mengikut RM10,000. Itu kalau jumlah pembiayaan, cuba bayang setiap tahun selama 10 tahun, korang tak usik dividen yang ada tu. Agak-agak at the end 10 tahun, berapakah jumlah yang ada dalam akaun korang? Serius dapat membantu korang untuk kegunaan luar jangka atau kegunaan yang memerlukan modal yang besar. Simpanan bulanan tetap sama iaitu RM100. Mungkin sekarang korang tak terasa, cuma cuba fikir 10 tahun lagi, di mana korang, di mana anak korang. Di mana situasi korang dan apakah keperluan utama ketika itu? Pendidikan anak-anak? Atau mungkin nak besarkan ruangan rumah sebab anak teruna atau dara dah besar. Tepuk dada tanya selera.

Untuk pengiraan kelayakan, atau sebarang kira-kira lain korang boleh je whatsapp mek di 01117850280 untuk keterangan lanjut. Sementara rate BSN masih lagi bagus untuk beri pembiayaan ni, sementara umur masih lagi muda untuk melabur, sementara masih lagi ada kesedaran untuk melabur, adalah lebih baik kalau korang ambik inisiatif untuk buat pembiayaan ASB melalui BSN sekarang. Syarat cukup mudah, yang jauh pun jangan risau. Mek boleh minta officer di seluruh Malaysia untuk proses pembiayaan ASB korang di BSN. Yang penting, kita kira dulu yang mana sesuai dengan kita, okeih? Mek tunggu korang whatsapp mek ❤

Sekian ..

#asb
#bsn
#asbdibsn
#pembiayaanasbdibsn

SAMBUTAN HARI WANITA BSN KELANTAN 2019

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..


Sambutan Hari Wanita BSN 2019. 8 Mac setiap tahun, umum mengetahui bahawa pada tarikh tersebut seluruh dunia meraikan wanita-wanita yang mereka kenali. Di sesetengah negara memang Hari Wanita disambut penuh meriah tapi kita di Malaysia cukuplah sekadar dengan ucapan dan penghargaan oleh mereka yang terdekat sahaja. Bukan apa, unjuran sambutan Hari Wanita ini bukanlah galakan dalam Islam. Ye Islam mengangkat darjat dan martabat wanita namun bukanlah untuk diraikan pada setiap 8 Mac sahaja. Kita perlu menghormati antara satu sama lain setiap hari, bukan hanya pada tarikh tersebut sahaja. Pun begitu, alang-alang ada tarikh untuk menghargai, sambutlah dengan kesederhanaan.


Sambutan Hari Wanita BSN 2019



BSN pada kali ini juga ingin meraikan para kakitangan wanita dengan beberapa alasan yang mek sebagai perempuan menyokong penuh. Pertama kerana kami wanita, kami pekerja, kami ibu dan juga isteri. Jika dibandingkan dengan tugasan seorang lelaki, perempuan lagi banyak perkara yang perlu difikirkan pada waktu pejabat, selepas waktu pejabat dan ianya berterusan setiap hari. Para kakitangan wanita juga diberi mandat dan memikul misi dan visi yang sama dengan kakitangan lelaki untuk bangunkan organisasi. Jadi, mental seorang wanita lebih banyak digunakan untuk ‘multi tasking’ supaya kerja di pejabat dan di rumah selesai dengan sempurna. But of course man, we will lost without you. Jadi, apa salahnya jika meraikan kami wanita yang punya banyak emosi ini.


Sambutan Hari Wanita BSN 2019

Ini antara yang dirakam pada Hari Wanita BSN Kelantan 13 Mac 2019.




Sambutan Hari Wanita BSN 2019


Sambutan Hari Wanita BSN 2019


Sambutan Hari Wanita BSN 2019


Sambutan Hari Wanita BSN 2019


Sambutan Hari Wanita BSN 2019


Sambutan Hari Wanita BSN 2019


Sambutan Hari Wanita BSN 2019


Sambutan Hari Wanita BSN 2019


Sambutan Hari Wanita BSN 2019

Sambutan Hari Wanita BSN 2019


Sambutan Hari Wanita BSN 2019


Sambutan Hari Wanita BSN 2019


Sambutan Hari Wanita BSN 2019


Sambutan Hari Wanita BSN 2019


Sambutan Hari Wanita BSN 2019


Sambutan Hari Wanita BSN 2019


Sambutan Hari Wanita BSN 2019


Sambutan Hari Wanita BSN 2019


Sambutan Hari Wanita BSN 2019


Sambutan Hari Wanita BSN 2019


Sambutan Hari Wanita BSN 2019


Sambutan Hari Wanita BSN 2019


Sambutan Hari Wanita BSN 2019


Sambutan Hari Wanita BSN 2019


Sambutan Hari Wanita BSN 2019


Sambutan Hari Wanita BSN 2019

Kali ni mek agak berpuas hati kerana mek berjaya ‘surprise-kan’ kakitangan cawangan meskipun di cawangan utama negeri mek agak diperkatakan kerana sambutan ini dijadikan sebagai kejutan. Tapi golongan 20% is a minoriti part. Stay focus on the good. Kalau siapa dapat teka dari mana mek dapat ayat ni, confirm korang pun layan Youtube to build up motivation. Bila mek diberi peluang untuk uruskan perkara ini daripada A sampai ke Z, ianya banyak mengajar mek untuk lebih tajam dalam banyak soal. Hati mek terubat bila ucapan ‘terima kasih yunie sebab buat kejutan untuk kami’ - buatkan mek rasa, ye ini betul dan ini akan diteruskan pada masa akan datang (jika mek masih diberi peluang). Seperkara lagi yang mek rasa tak sia-sia apa yang mek buat selama ini dengan blog iaitu menggunakan balik review-review yang pernah mek ambik dulu dan menggunakan juga teknik-teknik untuk jayakan program ini. Alhamdulillah.

Ucapan mek untuk kakitangan wanita yang menjadi rakan seperjuangan mek di BSN, walaupun mungkin kita tidak mampu untuk kenal semua kakitangan BSN yang bergelar wanita atas faktor jarak, perbezaan negeri namun ingatlah yang kita membawa misi dan visi yang sama di setiap negeri yang punyai cawangan BSN. Kita tetap memakai uniform yang sama, memakai kad kakitangan yang sama, menggunakan logo organisasi yang sama, menerima dan melaksanakan amanah yang sama. Teruskan untuk menjadi tulang belakang kepada BSN kerana kuasa wanita mampu mengubah segalanya. We are the iron lady ! ❤


Sekian ..

TIPS BILA TRAVEL : PAKAIAN YANG DI BAWA LEBIH KEPADA OOTD ATAU KESELESAAN?

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..


Tips travel antara OOTD dan keselesaan mana lebih penting? Mek terilham soalan ini bila mek travel ke Sabah pada penghujungFebruari 2019. Seperti yang korang sedia maklum, mek punyai dua anak kecil dan seorang suami yang di bawa bersama ke Sabah. Untuk kononnya nak jimat sebab tak nak bayar dua bagasi, mek ambil satu sahaja untuk di masukkan dalam perut kapal terbang. Tentunya segala pakaian mek letakkan dalam satu beg bagasi bersaiz sederhana. Korang boleh bayangkan dengan pampers, telekung solat dan pakaian untuk digunakan sepanjang dua hari di Sabah. Okei, ianya memang padat. Bila ditimbang, berat bagasi mek 8.5kg. Dalam hati rasa agak menyesal tak bawa dua bagasi. Sekurang-kurangnya dapatlah letak pampers dan telekung solat dalam beg kain biasa. Cuma, siapa yang nak angkut beg tu?


Tips travel antara OOTD dan keselesaan mana lebih penting?

Sambil tolak bagasi di KKIA mek terfikir, ini aku yang simple, maknanya baju tudung hanya untuk sehelai sehari. Selipar yang hanya ada di kaki. Handbag yang hanya ada dibahu. Aksesori lain dah terpakai pada diri. Macam mana mereka yang fashionista bila travel ye? Travel dengan kapal terbang. Kalau kereta tak kisah sebab boot tu kau sumbat je apa yang kau nak bawa. Yang limited space ni seperti kapal terbang, berapa bagasi yang korang bawa dan berapa kg untuk satu-satu bagasi korang? Itu yang mek terfikir. Sebab, fashionista akan bawa outfit head to toe. Satu-satu outfit takkan sama. Takkan mix and match dengan mudah. Kasut lain, handbag lain, cermin mata lain dan bla bla bla. Seperkara lagi, satu-satu tempat mesti outfit yang lain sebab OOTD ladies. Takkan baju sama weih nak upload dekat IG. Cuma, gigih betul usaha mereka untuk angkut semua tu bila travel.


Tips travel antara OOTD dan keselesaan mana lebih penting?

Bila mek balik dari travel, perkara ini ada dibincangkan bersama kawan mek dan dia seorang OOTD punya ladies. Selaku OOTD punya ladies memang dia akan menyokong untuk berOOTD la bila travel. Dan dia juga memang kaki travel. Perbincangan kami itu termasuklah cara dia packing baju dalam bagasi, bagaimana pilihan kasut untuk di bawa, pakaian yang sesuai dengan tempat yang kita pergi. Bagi mek yang simple dimple ni memang agak terasa MasyaAllah, banyaknya barang nak kena bawa dan kena packing. Balik nanti kena basuh semua pula ! Tapi kerana minat maka kawan mek sanggup untuk lakukan perkara itu. Oleh itu, mek teringin nak tanya di IG pula mengenai perihal ini, bagaimana pula pendapat mereka. Jadi ini jawapannya ;


Tips travel antara OOTD dan keselesaan mana lebih penting?

Jumlah undian memihak kepada keselesaan. Pun begitu, mek tak pasti adakah mereka memahami sepenuhnya persoalan mek itu kerana pertanyaan mek hanya soalan yang pendek, tanpa mereka mengetahui cerita asal kenapa mek bertanyakan begitu. Kalau mek selaku pertama kali tengok soalan itu pun mek akan memilih untuk keselesaan. Semua tempat kita pergi, kita nakkan keselesaan. Contohnya ke pejabat, mesti menyarung pakaian yang dapat menselesakan kita sepanjang hari di pejabat, betul tak? Tapi tak mengapalah. Mek ambil juga jawapan ini sebagai jawapan ‘genuien’ bagi persoalan mek.

Kesimpulannya, jangan kecam mereka yang memilih OOTD ketika travel kerana usaha disebalik itu memang gigih. Itu pilihan mereka dan itu kepuasan mereka, kenapa kita nak pertikaikan. Sama juga dengan mereka yang memilih untuk simple ketika travel. Senang dengan jeans dan tshirt, senang dengan selipar flippers. Senang dengan beg silang tanpa jenama. Mengapa kita perlu mengutuk dia ‘pergi travel, tapi macam tu je dia pakai?’. Itu keselesaan dia. Mungkin dia travel untuk lepaskan segala rasa yang dia perlu lalui hari-hari. Contohnya mereka yang terikat dengan etika pakaian di pejabat. Apa yang lebih penting adalah kita semua having fun ketika travel itu. Gambar nak OOTD ke atau gambar nak sekadar kenangan dengan selipar monobo ke, itu tidak sepatutnya dijadikan isu. Well, citarasa masing-masing, kan?

Sekian ..

PENGEMBARAAN AMZAR BERSAMA DUTCH LADY DAN UPIN IPIN

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..


Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin


Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin ! 9 Mac 2019 telah berlansungnya satu roadtour oleh Dutch Lady bersama-sama dengan Upin dan Ipin di KB Mall, Kelantan. Mek dijemput untuk memeriahkan lagi program yang diadakan selama tiga hari semenjak 7 Mac 2019 lagi. Pun begitu, hujung minggu menjadi pilihan mek untuk ke program ini atas faktor untuk bawa anak sekali. Pada hari Khamis mek masih lagi berkerja dan anak masih lagi di tadika dan taska. Nak pergi malam memang agak keberatan kerana seharian dah bekerja. Maka hari Sabtu, hari terakhir program mek ke sana untuk bawa anak-anak ‘mengembara’. Kenapa mek cakap ‘mengembara’? Bukan ke buat dalam mall? Bunyi macam nak masuk hutan je.


Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin


Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin


Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin


Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin


Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin


Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin


Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin

Pada mulanya mek baca emel yang dihantar memang ada perkataan mengembara tertera di situ tapi tak sangka la pula ‘mengembara’ yang dimaksudkan itu betul-betul buat Amzar teruja pada setiap sudut Central Autrium KB Mall. Bila mek tiba di lokasi, Amzar dah menjerit teruja nak masuk, mulakan ‘pengembaraan’ bersama Upin dan Ipin. Tapi sebelum tu, ibu bapa diminta untuk daftarkan anak yang nak menyertai terlebih dahulu. Ketika pendaftaran ini, anak akan diberi sekeping kad yang mana mereka perlu selesaikan setiap ‘quest’ yang diminta dalam kad tersebut. Jika anak kita penuhi ‘quest’ tersebut dengan baik, mereka akan dapat satu cop menandakan mereka lulus untuk ‘quest’ itu. Bunyi macam susah je mek. Kalau anak pemalu macam mana pula? Jangan risau, ibu bapa boleh teman anak-anak untuk siapkan ‘quest’ mereka.


Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin


Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin

Dah siap semua ‘quest’, anak kita akan dianugerahkan satu sijil penghargaan kerana berjaya dalam ‘pengembaraan’ tadi. Boleh la bergambar kenangan. Very first sijil yang anak kita dapat (kalau anak korang sebaya dengan mek, mungkin ini sijil pertama mereka). Seterusnya ibu bapa boleh bawa anak ke kiosk semakan BMI, untuk ketahui BMI semasa mereka. Di sini juga ada penasihat kesihatan yang akan melihat graf pertumbuhan anak-anak kita yang mana dengan umur anak kita sesuai ke tidak dengan ketinggian dan berat badan mereka. Jika kurang berat badan, ibu bapa boleh bertanya apa cadangan dietry yang sesuai untuk tambah berat badan anak. Sama juga dengan ketinggian. Pendek kata, kita boleh tengok perkembangan BMI anak samada normal ataupun tidak dengan usia mereka. Penting tau BMI ni, sebab ianya akan dibawa sehingga ke hari tua mereka. Kita sendiri pun kena jaga BMI, kan?


Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin


Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin


Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin

Dah timbang, dah ukur tinggi, anak pun dah penat bermain, jom serbu kiosk air Dutch Lady ! Yang ini ibu bapa pun boleh minum. Air yang dihidangkan adalah susu tepung Dutch Lady berperisa asli dan juga coklat. Amzar memang bergelas-gelas dia ambik. Dahaga agaknya. Walaupun dibenarkan untuk ambik beberapa gelas namun adab dan tatasusila mestilah dijaga. Jangan pula yang dewasa ambil sampai sepuluh gelas. Mengalahkan mereka yang kanak-kanak. Dahulukan mereka serta ajar lah anak untuk beratur dan tidak berebut ketika mengambil minuman. Hal ini dapat mengelakkan daripada terjadinya insiden tumpah air, baju menjadi kotor serta bergaduh sesama kanak-kanak. Jadi ibu bapa, sentiasa awasi pergerakan anak-anak anda.


Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin


Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin

Keseluruhan, mek menghabiskan sesi ‘pengembaraan’ bersama Amzar di Roadtour Dutch Lady bersama Upin dan Ipin selama satu setengah jam. Sempat juga mek beli dua pack susu Dutch Lady untuk Amzar dan Amani. Alang-alang murah dan paling budak-budak ni gembira adalah dapat percuma botol Upin dan Ipin. Boleh la buat koleksi Upin dan Ipin. Tapi anak mek memang gunakan botol air tersebut. Dapat menggalakkan mereka untuk minum air putih dengan banyak. Kalau tidak, jenuh nak pujuk minum air putih setiap hari. Selain daripada botol, ada juga pinggan Upin dan Ipin. Korang boleh minta dengan petugas Dutch Lady untuk dapatkan botol ataupun pinggan Upin dan Ipin.


Dutch Lady roadtour bersama Upin dan Ipin

Roadtour Dutch Lady bersama Upin dan Ipin ini akan menjelajah ke 3 buah negeri lagi sehingga April 2019. Boleh rujuk jadual yang mek dah sediakan. Harap korang juga berpeluang untuk ‘mengembara’ bersama anak-anak korang di Roadtour Dutch Lady bersama Upin dan Ipin. Jangan lupa kongsi gambar dilaman sosial korang. Untung-untung gambar korang terpilih untuk diberikan hadiah misteri. Siapa tahu kan? Jadi, bulatkan tarikh berkenaan di kalendar korang. Roadshow Dutch Lady bersama Upin dan Ipin satu program yang tak patut dilepaskan.

Info lanjut di :



Sekian ..

#dutchlady
#susudutchlady
#upinipin
#upinipinkerissiamangtunggal
#roadtourdutchladybersamaupinipin
#roadtourdutchlady

HAPPY BIRTHDAY AMZAR, YOU ARE NOW TWO YEARS OLD

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Happy Birthday Ammar Amzar ! Jadi sekarang dah dua tahun awak berada di dunia ciptaan Allah. Mengimbau kenangan waktu mula-mula tahu kewujudan Amzar dalam perut, semasa ‘tiny dot’ atau lebih senang ‘double line’, memang menangis sangat-sangat sebab tak bersedia. Boleh baca kisah ni di ENTRY INI untuk jalan cerita sepanjang mengandungkan Amzar sehingga melahirkan dia. Rindu untuk beranak lagi? Soalan ni selalu diaju oleh orang sekeliling. Jawapan mek tentulah tidak. Memikirkan dengan waktu yang mek ada seharian, rasanya tak mampu nak tambah anak ketika ini. Tapi dalam banyak jawapan yang mek berikan adalah ‘cukup dengan dua orang ini’. Tapi soal anak, itu semuanya dah ditulis oleh Allah kerana anak juga tergolong dalam soal rezeki. Siapalah kita nak tolak jika Allah berikan lagi ‘tiny dot’ di dalam perut mek.




Happy Birthday Ammar Amzar ! 

Entry kali ni ringkas sahaja, sekadar kenangan di hari tua Amzar nanti. Ulang tahun kedua Amzar memang mek tak ‘well prepared’ sebenarnya. Tak tempah kek, tak tahu nak sambut di mana. Hal ini bukan disengajakan. Minggu untuk sambutan hari lahir Amzar yang kedua, mek dan spouse sibuk dengan tugasan hakiki masing-masing. Bunyi macam alasan, kan? Bila dah sepakat untuk sambut hari lahir Amzar di rumah mummy mek, ingatkan dah macam okei. Rupanya kedai kek pulak tutup. Maka, terbelilah kek secret recipe. Kalau diikutkan memang tak puas hati sebab kek yang mek nak, tuan empunya diri balik ke kampung. Sambut juga lah dengan kek secret recipe. Bila nak sambut, bapak Amzar pula keletihan setelah penat menjaga gerai jualan pejabatnya seharian. Tambah pula bapak Amzar demam. Maka, terjadilah potret keluarga yang macam hmmmmmmmm entah apa-apa.




Happy Birthday Ammar Amzar ! 

Kalau Amzar baca entry ni, mungkin adik akan kecewa kerana sambutan hari lahir adik, mummy tak sediakan seperti kakak. Maafkan mummy ye adik. Menyesal, amat menyesal kerana terlalu fikirkan kerja sehingga lupa nak rangka sambutan hari jadi anak. Menyesal memang menyesal kerana 08 Mac 2019 takkan berulang pada tahun hadapan. Mummy harap tahun hadapan mummy tak alpa seperti tahun ini. Semoga setiap hari lahir anak mummy terhasil satu potret yang boleh dikenang sampai bila-bila. Yang dengan tanpa segan silu boleh tunjuk pada umum (bukanlah niat menunjuk tapi lebih kepada kenangan hari tua anak-anak). InsyaAllah tahun hadapan sambutan hari lahir Amzar, mummy buat kesyukuran ye. Doakan mummy dapat rezeki lebih.




Happy Birthday Ammar Amzar ! 

Korang pernah ke rasa menyesal sebab sambut hari lahir anak atau kesayangan korang sekadar ala kadar? Sambut birthday tapi tak well prepared. Sambut macam kena paksa. Ada tak? Kalau ada, cuba kongsikan dengan mek, apa tindakan korang untuk tebus rasa menyesal itu? Terima kasih kerana sudi baca ye ❤





Sekian ..