WHAT TO DO AT KL TOWER SKY DECK

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

What to do at KL Tower Sky Deck. Kunjungan mek ke Kuala Lumpur pada Tahun Baru Cina 2019 benar-benar membawa mek ke KUALA LUMPUR. Selama ni cakap je nak pergi Kuala Lumpur, tapi sampainya di Putrajaya, Selangor. Paling tepat di Kuala Lumpur adalah KLCC. Bila maps ke KL Tower, tentunya mek akan melalui jalan-jalan yang begitu sinonim dengan KL seperti Dang Wangi, Bukit Bintang, Jalan P Ramlee. MasyaAllah terasa macam, oh ini ke Malaysia? Bersyukur sangat bila blogger Rodiah dan blogger Sis Gee masukkan acara ke KL Tower ni pada sesi lawatan mek ke KL. 26 tahun, baru kenal mana sebenarnya Kuala Lumpur.


What to do at KL Tower Sky Deck

Dari Putrajaya ke KL Tower mengambil masa lebih kurang 45 minit. Bagi mek satu jarak yang tidak begitu jauh kerana mek berulang-alik kerja pun dengan tempoh masa yang sama juga. Cuma, dengan kesesakan yang dialami (masa mek pergi tak sesak sebab awal pagi, waktu orang dah masuk pejabat) mek rasakan yang mek boleh stress dengan kehidupan di sana. Lebih kurang jam 10.00 pagi mek dah berada di kotak parkir KL Tower. Mereka yang lain dah sampai lebih awal daripada mek dan berada di cafeteria untuk sarapan pagi.


What to do at KL Tower Sky Deck

Sebelum mek dan mereka yang lain ke kaunter tiket KL Tower, kita orang ke 'port' untuk bergambar dahulu di pintu masuk KL Tower. Lagi senang perkarangan parkir bas. Di situ ada Rumah Terbalik dan juga port bergambar kenangan. Mek sengaja terjah ke situ sebelum naik KL Tower sebab mek dapat agak bila mek turun KL Tower nanti mesti dah penuh dengan umat manusia pelancong. Jadi kita ambik tindakan bijak untuk settle-kan awal-awal gambar kenangan di port bergambar KL Tower. Lagi pula, mood anak tengah okei lagi sebab mereka masih tidak menggunakan tenaga mereka sepenuhnya. Turun nanti mesti ada yang meragam nak tidur pula.

Di kaunter tiket KL Tower, masih agak lengang ketika mek sampai. KL Tower menggunakan dua jenis servis dalam memberi tiket masuk iaitu menggunakan perkhidmatan kaunter biasa atau menggunakan KIOSK E-Ticketing. Mek tak mencuba di KIOSK E-Ticketing tapi yang pasti ramai pelancong menggunakan perkhidmatan E-Ticketing. Harga untuk KL Tower bagi Sky Deck, dewasa RM71 dan kanak-kanak RM37 (bagi anak yang berumur 4 tahun sehingga 12 tahun). Setahu mek juga, tiket untuk masuk ke KL Tower ini boleh didapati di website yang menjual tiket contohnya Lazada atau Shoppe. Pun begitu kena berhati-hati kerana kena betul-betul baca description yang diberi. Nanti tersalah beli, tak boleh naik pula. Lebih elok kalau beli di website KL Tower secara terus. Lagi jelas dan tentunya lebih mudah untuk claim tiket di KL Tower nanti.  


What to do at KL Tower Sky Deck

Dah beli tiket, tak sabar nak tengok seluruh Kuala Lumpur ! In fact, bukan setakat Kuala Lumpur, Selangor pun nampak juga. Kalau mata korang hebat, boleh tengok sampai Negeri Sembilan, Eh ! Untuk naik ke KL Tower ni menggunakan perkhidmatan lif. Kalau tak guna lif, mungkin ramai orang tak sanggup nak berkunjung ke KL Tower sebab KL Tower ni tingginya adalah 421 meter dan menggunakan berapa ratus tangga mek tak pasti. Yang mek pasti korang mungkin akan turun 5kg setelah mendaki tangga KL Tower ni. Untuk menggunakan lif ni, korang kena beratur terlebih dahulu dan tunggu giliran untuk menggunakannya. Bukan somborono tunggu depan lif lepas tu berebut dengan sekalian manusia yang lain. Senang cerita, tunggu lif in a good manners.


What to do at KL Tower Sky Deck


What to do at KL Tower Sky Deck

Untuk sampai ke Sky Deck KL Tower mengambil masa dalam 3 - 5 minit juga dalam lif tu. Sesudah pintu lif terbuka, korang kena tunjuk tiket pada kakitangan KL Tower yang ada disitu. Then baru boleh tengok panorama Kuala Lumpur yang indah sayangku Malaysia. Mek memang terkesima dan amat rasa bersyukur sebab dapat peluang untuk naik ke Sky Deck KL Tower ni. Bukan semua juga yang berminat nak naik ke Sky Deck KL Tower dengan alasan, apa je yang ada di atas sana. Untuk pengetahuan korang, di Sky Deck ni ada tiga tempat yang korang mesti terjah dan mesti ambil peluang juga untuk bergambar dan nikmatinya sendiri. Apakah tiga tempat itu?


What to do at KL Tower Sky Deck


What to do at KL Tower Sky Deck


What to do at KL Tower Sky Deck


What to do at KL Tower Sky Deck

Yang pertama adalah Sky Box Pink. Ini Sky Box paling glam di Sky Deck KL Tower. Kenapa? Sebab berlatar belakang KLCC, memang teramat cantik untuk bergambar kenangan di sini. Sky Box ni juga adalah tempat yang semuanya cermin yang boleh nampak diluar. Maka, di bawah sana pun korang boleh nampak juga. Gayat? Jangan risau, jangan tengok bawah. Mek sendiri pun gayat juga namun gagahkan diri untuk bergambar. Mana mungkin lepaskan peluang yang hanya ada di Sky Box Pink di Sky Deck KL Tower. Untuk bergambar di Sky Box, korang perlu mengambil nombor giliran. Nombor giliran korang akan dipanggil dan ketika itu baru korang boleh ambil gambar bersama kawan dan keluarga. Cuma peringatan, hanya 4 orang sahaja yang dibenarkan untuk setiap sesi bergambar di Sky Box.


What to do at KL Tower Sky Deck


What to do at KL Tower Sky Deck

Yang kedua adalah Sky Box Biru. Yang ini sama juga dengan Sky Box Pink namun latar belakangnya adalah Masjid Negara. Maka Masjid Negara tidak begitu jelas kelihatan. Tapi, untuk kenangan, lebih baik korang ambil juga peluang untuk bergambar di sini. Dapat la posing banyak sikit, kan? Di Sky Box Pink mungkin 10 shoot. Di Sky Box Biru 10 shoot, kumpul semua dapat pilih yang cantik-cantik untuk di-frame-kan nanti. Kedua-dua Sky Box ini korang hanya dibenarkan untuk mengambil gambar selama 2 minit sahaja. Seorang photographer memang ada di sana dan dia juga akan bantu korang untuk tangkap gambar korang dengan handphone korang, asalkan tak lebih 2 minit yang diberikan. Gambar yang photographer ambil dijual dengan harga RM180 sebanyak 3 keping. Terpulang kepada korang untuk membelinya ataupun tidak. Kalau tak nak, upload je la yang dia ambik pakai phone.


What to do at KL Tower Sky Deck


What to do at KL Tower Sky Deck

Yang ketiga, Sky Cafe. Ini tempat untuk korang hilangkan haus dan alas perut dengan apa-apa makanan yang dijual kat atas 300 meter ni. Mahal? Tentunya ! Akan tetapi mek sanggup membeli air di Sky Cafe untuk hilangkan haus kami empat beranak dengan segelas Manggo Blend (guna kordial) RM20 semata-mata untuk mengambil gambar kenangan di Sky Cafe. Korang tak boleh bergambar di dalam Sky Cafe kalau korang tak membeli di sini. Tapi view di Sky Cafe memang cantik tambah pula tempatnya berhawa dingin maka lagi seronok nak bergambar kenangan di sini. 


What to do at KL Tower Sky Deck


What to do at KL Tower Sky Deck

Tentunya di sekitar Sky Deck juga menjadi tempat korang bergambar. Boleh tengok panorama Kuala Lumpur. Mungkin kalau malam dilimpahi dengan cahaya agak cantik juga. Mek lebih suka kalau pergi pada waktu siang sebab boleh nampak dengan lebih jelas. Mek habiskan masa di KL Tower selama hampir tiga jam. Seronok juga dengar spouse cerita tempat-tempat yang dia nampak contohnya tempat belajar dia iaitu UTM Jalan Semarak, Masjid Negara, Wisma BSN dan banyak lagi. Jelas, pengalaman ke KL Tower bukan sekadar memberi keseronokan kepada anak-anak, namun memberi kenangan yang cukup indah buat kami yang dewasa.

Selamat berkunjung ke Sky Deck KL Tower ❤




Buka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 10 malam


Sekian ..


#KLTOWER
#SKYDECK
#KLPANAROMA

4 comments

  1. SA x pernah lagi naik ke Skydeck KL Tower tu..kena naik ggak ni..asyik pi bawah tu je .pas tu pi taman ekorimba bawah tu...kena tunggu kakak dania habis PT3 la..baru bleh pi

    ReplyDelete
  2. Mouse mommy belum lagi sampai ke SkyTrack KL Tower, nampak pemandangan yg lawa dgn KL view! Takut ke? Bila tengok kat bawah tu! Nnt nak bawa ank2 skali KL Tower tour jugak!

    ReplyDelete
  3. Woow!! Thanks for this lovely sharing, yet to been personally to experrience ths KLTower deck, wanna try it :D cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. Tak pernah sampai lagi bila nak sampai sana hahaha

    ReplyDelete