Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam ada kambing bakar padu !
Siapa peminat kambing kat sini? Ramai juga kan? Tapi ramai juga yang tak suka
kambing. Antaranya Sis Gee. Ya Allah, mek spouse dan husband Sis Gee semuanya
menggemari menu kambing. Mek dapat tahu yang Sis Gee tak makan kambing ketika
kami bercuti di Cameron Highland tahun lalu. Ingatkan dia okei sahaja dengan
menu kambing, sekali ‘mek ni daging apa?’ ‘Ni kambing Gee. Sedap gilos !’ ‘Oh,
aku tak makan kambing’ . Hilang satu nikmat dunia. Kehkeh. Tapi ye la,
throwback dulu, mek juga bukan suka dengan isi kambing. Mummy mek selalu cakap
yang daging kambing ni berbau. Tak sedap. Bila dah kahwin, cuba makan lamb
chop, walaweh terus jatuh cinta dengan daging kambing.
Lepas tour kita orang di Farm in the City di Sri Kembangan,
waktu dah tengahari tentunya mencari hidangan nasi yang boleh mengenyangkan
perut kami semua. Kebetulan pada malam tu mek dah kena tidur di rumah adik
spouse mek yang nombor tiga di Puchong, maka husband Sis Gee cadangkan untuk
kami ke Shah Alam sebab ada menu special yang menanti mek di sana. Mek dan
spouse terus setuju sebab mek tahu kalau mereka cadangkan mesti tak
mengecewakan mek. Dari Sri Kembangan ke Seksyen 6 Shah Alam mengambil masa lebih
kurang 45 minit sahaja. Dan kali ini juga mek rasa mek betul-betul berada di
Selangor kerana nampak masjid negeri dan juga BSN Selangor ! Jakun teruk nauu.
Tiba je di Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam, rupa-rupanya
kedai ni berhadapan sahaja dengan Pasar Besar Seksyen 6 Shah Alam. Mudah la
kalau mek nak petakan kepada korang. Jadi, tak susah la nak makan soto asli
Pasir Penambang dan kambing bakar padu di Shah Alam. Selain daripada mudah
untuk korang ke sana, kemudahan seperti stesen minyak serta surau juga
berdekatan. Elok kalau makan tengahari di situ lepas tu boleh segarkan diri di
surau berdekatan tu. Untuk mereka yang dekat mungkin tiada masalah untuk
segarkan diri tapi still kalau nak sembahyang, boleh guna kemudahan yang ada.
Kalau korang ke Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam pada hari Jumaat, korang juga
berpeluang untuk membeli-belah di pasar malam Seksyen 6 Shah Alam.
Masuk je ke Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam, mek
sekeluarga serta keluarga Sis Gee disambut baik oleh kakitangan Warong Soto
Pasir Penambang cawangan kedua ni. Alhamdulillah. Yelah, bila disambut baik ni
rasa dihargai. Tambah pula kami ramai, pertolongan untuk aturkan meja yang muat
dengan ‘anggota’ kami ni penting. Lepas semua dah dapat kerusi masing-masing,
terus dia tanyakan minuman dan makanan yang kami nak pekenakan. Dalam
banyak-banyak air mek dan Sis Gee berkenan dengan Bandung Soda. Mereka yang
lain ambil air regular sahaja. Bila dapat rasa Bandung Soda, memang tak
menyesal minta yang ini. Sungguh nyaman anak tekak kami. Pilihan air di Warong
Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam ada pelbagai. Jemput tengok dan pilih.
Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam ada kambing bakar padu !
Bagi mencuba sempena nama kedai Warong Soto Pasir
Penambang, semua sepakat nak mencuba soto asli yang digemari ramai ni. Kecuali
mek. Hehe. Mek setia nak tunggu kambing bakar jugak. Pada masa kami sampai,
kambing bakar masih lagi tiada (stok dalam peti ais dah habis jadi kena tunggu
yang fresh). Tambah pula hari Jumaat maka kena tunggu kaum adam balik dari
solat Jumaat pula. Spouse ambik Soto Special. Ada extra lauk ayam, extra
meatball, extra bihun dan juga extra nasi impit. Sedap? Semestinya sedap sebab
sup yang dibuat memang asli turun-temurun daripada Pasir Penambang Kuala
Selangor. Patut lah ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mencuba Soto
Pasir Penambang. Jadi, kalau korang tak nak ke Kuala Selangor, boleh sahaja
singgah di Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam.
Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam ada kambing bakar padu !
Beberapa ketika mek menunggu kambing bakar, akhirnya tiba
jua ! Nasi kambing bakar satu set berharga RM14. Macam mana mek ungkapkan yang
kambing bakar di Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam. Antaranya kambing bakar
yang diperap dengan sos buatan sendiri. Lada hitam yang banyak dapat
menghilangkan bau kambing tapi masih lagi mengekalkan rasa kambing itu sendiri.
Lain, kambing bakar yang dibakar tidak rentung menyebabkan daging kambing tadi
menjadi juicy, tidak keras, budak yang baru-baru nak ada gigi pun boleh kunyah
dan telan. Kambing bakar di Warong Soto 2 ni memang dah cukup rasa, tak perlu
tambah sambal untuk kepedasan. Pedas lada hitam itu sudah memadai untuk dimakan
bersama nasi putih panas serta kuah sup kosong. Yummyhhh ! Dan kejutan juga buat
mek kerana Sis Gee boleh makan kambing bakar di Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah
Alam. Sedap la tu.
Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam ada kambing bakar padu !
Tidak cukup dengan menu makan tengahari yang menambat
hati, sambil berborak, mek dengan Sis Gee minta lempeng nyior pula. Katanya
teringat pada Terengganu. Mek pula nak cuba sebab tak pernah cuba lempeng
nyior. Lempeng kosong biasa pernah la makan, cicah dengan susu di rumah. Di
Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam, lempeng dihidangkan bersama pencicah sardin.
Sedap sangat ! Sardin yang dimasak tentunya akan sedap, ye tak? Lempeng nyior
tu sebab dia parutkan kelapa sekali dalam doh lempeng kemudian dibakar garing.
Jadilah lempeng nyior. Ada juga lempeng pisang tapi perut kami dah kenyang
untuk mencubanya. Satu lempeng nyior itu sesuai untuk korang minum petang dan
juga buat sebagai pencuci mulut selepas makan.
Secara keseluruhan, mek dan Sis Gee memang berpuas hati
dapat mencuba soto, kambing bakar dan juga lempeng nyior di Warong Soto 2
Seksyen 6 Shah Alam. Dengan harga yang diberikan serta perkhidmatan yang
disajikan, memang mek suka dan mencadangkan kepada korang untuk mencuba setiap
makanan yang ada di Warong Soto 2 ni. Spouse mek pun cakap benda yang sama
memandangkan hidangan kambing bakar ini nampak mudah di mata kasar tapi hanya
lidah yang dapat merasakan ianya sedap ataupun tidak. Lidah mek cakap sedap,
apa kata korang pulak cuba, tengok lidah korang cakap apa pula ❤
Waktu operasi 10.00 pagi hingga 10 malam
0162665019
Sekian ..
#NAHCADANGAN
#LUNCHDIMANA
#MENULUNCH
adudu..sdapnya kambing bakar tu..:)
ReplyDeletenampak sedap kambing bakar tu..akak x minat sangat bihun soto tapi lebih suka mee soto..boleh cuba nanti ni
ReplyDeleteSedapnya..nak cuba lah nanti!
ReplyDeletewww.thisisreef.com .
soto tu memang mengancam habis lah mek..aduii...terus rasa teringin nak makan soto
ReplyDeleteNext gi kl nak try kambing bakar tu. Dapnya
ReplyDeleterugi woo tak makan kambing. hehe. nak try lah bila ke shah alam nanti. nampak sedap sgt tu.
ReplyDeleteAduh favourite taw kambing bakar. Lama x singgah shah alam. Kat sana mmg syurga makanan. Ada 1tmpt tu ena suka kat syeksyen 7 rasanya nasi kukus die sedap beratur panjang..
ReplyDeletenampak sedap sangat! dekat pulak dengan tempat saya. Yum!
ReplyDeleterugi sape x makan kambing kan.. hehe
ReplyDeletekambing bakar mmg my fevret..klo junpa mmg dh xmkn yg lain dh..😅😅
ReplyDeletemurah je pun satu set nasi kambing bakar tu..
ReplyDeletesy kalau jumpa makanla jugak sikit sikit kambing. :D
Sedapnya siap ada kambing bakar lagi.. Mavelesss
ReplyDeletelamanya tak mmkan soto. sedap tengoknya.. ya ampun daging kambing tu nampak nyum sangat.. lempeng dia pun sedap uiii.. haishh kene singgah ni
ReplyDeletesedap yer tengok kambing bakar tu.. next time ke shah alam nak singgah makan sini lah
ReplyDeletegeram pulak tengok semua makanan tu. nampak sedap sangat!
ReplyDeleteNampak sedap jah kambing bakar tu tapi cik ash x makan hihihi
ReplyDeletetunjuk kambing gokk..cikma neleh air liur laluh
ReplyDeletewei nanti gi KL wojib repeat kambing bakor tuh!!! #lateblogwalking hahahahhaaha
ReplyDelete