WARONG SOTO 2 SEKSYEN 6 SHAH ALAM KAMBING BAKAR PADU !

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam ada kambing bakar padu ! Siapa peminat kambing kat sini? Ramai juga kan? Tapi ramai juga yang tak suka kambing. Antaranya Sis Gee. Ya Allah, mek spouse dan husband Sis Gee semuanya menggemari menu kambing. Mek dapat tahu yang Sis Gee tak makan kambing ketika kami bercuti di Cameron Highland tahun lalu. Ingatkan dia okei sahaja dengan menu kambing, sekali ‘mek ni daging apa?’ ‘Ni kambing Gee. Sedap gilos !’ ‘Oh, aku tak makan kambing’ . Hilang satu nikmat dunia. Kehkeh. Tapi ye la, throwback dulu, mek juga bukan suka dengan isi kambing. Mummy mek selalu cakap yang daging kambing ni berbau. Tak sedap. Bila dah kahwin, cuba makan lamb chop, walaweh terus jatuh cinta dengan daging kambing.


Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam ada kambing bakar padu !

Lepas tour kita orang di Farm in the City di Sri Kembangan, waktu dah tengahari tentunya mencari hidangan nasi yang boleh mengenyangkan perut kami semua. Kebetulan pada malam tu mek dah kena tidur di rumah adik spouse mek yang nombor tiga di Puchong, maka husband Sis Gee cadangkan untuk kami ke Shah Alam sebab ada menu special yang menanti mek di sana. Mek dan spouse terus setuju sebab mek tahu kalau mereka cadangkan mesti tak mengecewakan mek. Dari Sri Kembangan ke Seksyen 6 Shah Alam mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja. Dan kali ini juga mek rasa mek betul-betul berada di Selangor kerana nampak masjid negeri dan juga BSN Selangor ! Jakun teruk nauu.
Tiba je di Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam, rupa-rupanya kedai ni berhadapan sahaja dengan Pasar Besar Seksyen 6 Shah Alam. Mudah la kalau mek nak petakan kepada korang. Jadi, tak susah la nak makan soto asli Pasir Penambang dan kambing bakar padu di Shah Alam. Selain daripada mudah untuk korang ke sana, kemudahan seperti stesen minyak serta surau juga berdekatan. Elok kalau makan tengahari di situ lepas tu boleh segarkan diri di surau berdekatan tu. Untuk mereka yang dekat mungkin tiada masalah untuk segarkan diri tapi still kalau nak sembahyang, boleh guna kemudahan yang ada. Kalau korang ke Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam pada hari Jumaat, korang juga berpeluang untuk membeli-belah di pasar malam Seksyen 6 Shah Alam.

Masuk je ke Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam, mek sekeluarga serta keluarga Sis Gee disambut baik oleh kakitangan Warong Soto Pasir Penambang cawangan kedua ni. Alhamdulillah. Yelah, bila disambut baik ni rasa dihargai. Tambah pula kami ramai, pertolongan untuk aturkan meja yang muat dengan ‘anggota’ kami ni penting. Lepas semua dah dapat kerusi masing-masing, terus dia tanyakan minuman dan makanan yang kami nak pekenakan. Dalam banyak-banyak air mek dan Sis Gee berkenan dengan Bandung Soda. Mereka yang lain ambil air regular sahaja. Bila dapat rasa Bandung Soda, memang tak menyesal minta yang ini. Sungguh nyaman anak tekak kami. Pilihan air di Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam ada pelbagai. Jemput tengok dan pilih.


Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam ada kambing bakar padu !


Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam ada kambing bakar padu !

Bagi mencuba sempena nama kedai Warong Soto Pasir Penambang, semua sepakat nak mencuba soto asli yang digemari ramai ni. Kecuali mek. Hehe. Mek setia nak tunggu kambing bakar jugak. Pada masa kami sampai, kambing bakar masih lagi tiada (stok dalam peti ais dah habis jadi kena tunggu yang fresh). Tambah pula hari Jumaat maka kena tunggu kaum adam balik dari solat Jumaat pula. Spouse ambik Soto Special. Ada extra lauk ayam, extra meatball, extra bihun dan juga extra nasi impit. Sedap? Semestinya sedap sebab sup yang dibuat memang asli turun-temurun daripada Pasir Penambang Kuala Selangor. Patut lah ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mencuba Soto Pasir Penambang. Jadi, kalau korang tak nak ke Kuala Selangor, boleh sahaja singgah di Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam.


Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam ada kambing bakar padu !

Beberapa ketika mek menunggu kambing bakar, akhirnya tiba jua ! Nasi kambing bakar satu set berharga RM14. Macam mana mek ungkapkan yang kambing bakar di Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam. Antaranya kambing bakar yang diperap dengan sos buatan sendiri. Lada hitam yang banyak dapat menghilangkan bau kambing tapi masih lagi mengekalkan rasa kambing itu sendiri. Lain, kambing bakar yang dibakar tidak rentung menyebabkan daging kambing tadi menjadi juicy, tidak keras, budak yang baru-baru nak ada gigi pun boleh kunyah dan telan. Kambing bakar di Warong Soto 2 ni memang dah cukup rasa, tak perlu tambah sambal untuk kepedasan. Pedas lada hitam itu sudah memadai untuk dimakan bersama nasi putih panas serta kuah sup kosong. Yummyhhh ! Dan kejutan juga buat mek kerana Sis Gee boleh makan kambing bakar di Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam. Sedap la tu.


Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam ada kambing bakar padu !

Tidak cukup dengan menu makan tengahari yang menambat hati, sambil berborak, mek dengan Sis Gee minta lempeng nyior pula. Katanya teringat pada Terengganu. Mek pula nak cuba sebab tak pernah cuba lempeng nyior. Lempeng kosong biasa pernah la makan, cicah dengan susu di rumah. Di Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam, lempeng dihidangkan bersama pencicah sardin. Sedap sangat ! Sardin yang dimasak tentunya akan sedap, ye tak? Lempeng nyior tu sebab dia parutkan kelapa sekali dalam doh lempeng kemudian dibakar garing. Jadilah lempeng nyior. Ada juga lempeng pisang tapi perut kami dah kenyang untuk mencubanya. Satu lempeng nyior itu sesuai untuk korang minum petang dan juga buat sebagai pencuci mulut selepas makan.


Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam ada kambing bakar padu !

Secara keseluruhan, mek dan Sis Gee memang berpuas hati dapat mencuba soto, kambing bakar dan juga lempeng nyior di Warong Soto 2 Seksyen 6 Shah Alam. Dengan harga yang diberikan serta perkhidmatan yang disajikan, memang mek suka dan mencadangkan kepada korang untuk mencuba setiap makanan yang ada di Warong Soto 2 ni. Spouse mek pun cakap benda yang sama memandangkan hidangan kambing bakar ini nampak mudah di mata kasar tapi hanya lidah yang dapat merasakan ianya sedap ataupun tidak. Lidah mek cakap sedap, apa kata korang pulak cuba, tengok lidah korang cakap apa pula ❤



Waktu operasi 10.00 pagi hingga 10 malam

0162665019


Sekian ..


#NAHCADANGAN
#LUNCHDIMANA
#MENULUNCH

18 comments

  1. adudu..sdapnya kambing bakar tu..:)

    ReplyDelete
  2. nampak sedap kambing bakar tu..akak x minat sangat bihun soto tapi lebih suka mee soto..boleh cuba nanti ni

    ReplyDelete
  3. Sedapnya..nak cuba lah nanti!
    www.thisisreef.com .

    ReplyDelete
  4. soto tu memang mengancam habis lah mek..aduii...terus rasa teringin nak makan soto

    ReplyDelete
  5. Next gi kl nak try kambing bakar tu. Dapnya

    ReplyDelete
  6. rugi woo tak makan kambing. hehe. nak try lah bila ke shah alam nanti. nampak sedap sgt tu.

    ReplyDelete
  7. Aduh favourite taw kambing bakar. Lama x singgah shah alam. Kat sana mmg syurga makanan. Ada 1tmpt tu ena suka kat syeksyen 7 rasanya nasi kukus die sedap beratur panjang..

    ReplyDelete
  8. nampak sedap sangat! dekat pulak dengan tempat saya. Yum!

    ReplyDelete
  9. rugi sape x makan kambing kan.. hehe

    ReplyDelete
  10. kambing bakar mmg my fevret..klo junpa mmg dh xmkn yg lain dh..😅😅

    ReplyDelete
  11. murah je pun satu set nasi kambing bakar tu..
    sy kalau jumpa makanla jugak sikit sikit kambing. :D

    ReplyDelete
  12. Sedapnya siap ada kambing bakar lagi.. Mavelesss

    ReplyDelete
  13. lamanya tak mmkan soto. sedap tengoknya.. ya ampun daging kambing tu nampak nyum sangat.. lempeng dia pun sedap uiii.. haishh kene singgah ni

    ReplyDelete
  14. sedap yer tengok kambing bakar tu.. next time ke shah alam nak singgah makan sini lah

    ReplyDelete
  15. geram pulak tengok semua makanan tu. nampak sedap sangat!

    ReplyDelete
  16. Nampak sedap jah kambing bakar tu tapi cik ash x makan hihihi

    ReplyDelete
  17. tunjuk kambing gokk..cikma neleh air liur laluh

    ReplyDelete
  18. wei nanti gi KL wojib repeat kambing bakor tuh!!! #lateblogwalking hahahahhaaha

    ReplyDelete