SERUM DR BEAU MAMPU NYAH JERAWAT DAN HILANGKAN JERAGAT

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Rutin skincare setiap malam untuk seorang wanita. Perempuan dengan kecantikan mana boleh berpisah. Simple lah macam mana sekalipun perempuan itu, mesti kulit muka akan terjaga juga walaupun hanya dengan sapuan krim pelembab. Mana taknya, kalau tak dijaga, masalah kulit kusam, berjerawat akan menapak di muka. Tentunya seorang perempuan tak suka kulit wajah mereka dibiarkan dengan dua perkara itu. Jadi, waktu paling sesuai untuk rawat kulit wajah tentunya pada waktu malam sebab pada waktu itu kulit muka hanya terdedah dengan udara dalam rumah sahaja, tidak terdedah dengan udara pencemaran di luar. Seperkara lagi, ketika kita tidur itulah kulit wajah kita nak berehat sepenuhnya.


Rutin skincare setiap malam untuk seorang wanita

Sekarang di pasaran memang banyak sangat pilihan produk penjagaan wajah. Kalau nak disenaraikan memang panjang dan mungkin tak terjangkau dalam pengetahuan mek sendiri. Cuma bila sebut skincare, mek memang berhati-hati dalam memilih dan memakai sesuatu produk. Iklan boleh buat kita terpengaruh tapi maklum balas jujur daripada pelanggan boleh meyakinkan lagi untuk kita cuba produk tersebut. Tersalah guna produk, nak kulit wajah kembali pada asal memang mengambil masa yang lama ! Jadi, jangan perjudikan kulit wajah korang dengan produk yang tidak diyakini. Alhamdulillah, mek tak pernah ada pengalaman muka break out akibat tersalah pilih produk. Mungkin sebab mek suka untuk tengok maklum balas terlebih dahulu sebelum membelinya.


Rutin skincare setiap malam untuk seorang wanita

Kulit mek memang agak tidak bermasalah. Jerawat muncul ketika muka dibiarkan tidur tanpa sapuan manja krim atau serum untuk baiki kulit. Yang pasal bintik-bintik yang diberi nama freckle atau mek lebih suka menggelarkannya sebagai Bintik Lindsay Lohan. Mek dapat ni daripada keturunan nenek moyang mek yang terdahulu. Freckle tak sama macam jeragat. Jeragat setepek dikulit dan ianya dapat dipulihkan dengan skincare yang sesuai. Untuk freckle dia akan memudarkan diri sahaja jika skincare itu dapat membantu. Jadi, selain daripada elak muka breakout, semestinya mek akan cari produk skincare yang dapat memudarkan freckle. Tentunya vitamin-vitamin sapuan yang dapat membaiki kulit menjadi buruan mek.


Rutin skincare setiap malam untuk seorang wanita

Serum Dr Beau keluaran Teja Herbs dinampak begitu menepati apa yang mek cari untuk kulit mek. Diformulasikan daripada enam minyak semulajadi iaitu Rosehip, Argan, Almond, Apricot Kernel, Wheatgerm dan juga Evening Primrose. Mek tahu kalau diterang begini, mungkin tidak begitu dikenali. Mek sendiri pun tidak begitu tahu sebab kita bukan pakar dalam bidang ni. Cuma, yang vitamin asas untuk penjagaan kulit iaitu Vitamin E begitu dititik beratkan. Serum Dr Beau dikeluarkan untuk mereka yang inginkan kulit yang sihat, yang bebas daripada masalah kusam dan juga masalah kulit wajah seperti jerawat dan jeragat.

Jom mek suluhkan kepada korang apa yang menarik dalam kandungan Serum Dr Beau.

Vitamin E :
untuk merawat kulit wajah. Memberi vitamin untuk terus menjadi sihat seperti kulit wajah sebenar.

Rosehip Oil
untuk melembutkan kulit wajah, melembabkan kulit untuk kulit wajah tidak menjadi kusam.

Argan Oil :
Membantu dalam mengawal pengeluaran minyak pada kulit wajah. Sesuai juga untuk jenis kulit wajah yang kering.

Almond Oil
untuk elak kedutan di kulit wajah serta berupaya untuk buang sel-sel kulit wajah yang mati.

Apricot Kernel Oil
bertindak sebagai pelembab kulit wajah. Kaya dengan vitamin A C dan E yang mana melindungi kulit wajah daripada penuaan dan juga sinaran UV

Wheat Germ Oil
kaya dengan vitamin A E dan D. Bertindak sebagai vitamin, protien dan mineral semulajadi kepada kulit wajah.


Evening Primrose Oil :
kaya dengan omega 3 yang mana berupaya untuk melindungi kulit sensitif supaya berada dalam keadaan sihat dan segar.


Rutin skincare setiap malam untuk seorang wanita

Semua vitamin yang ada dalam Serum Dr Beau semuanya berupaya untuk lembutkan, memulihkan kulit wajah dan mengekalkan kulit wajah menjadi sihat. Untuk Serum Dr Beau ni mek sarankan korang untuk pakai sebelah malam, sebelum tidur. Kiranya apply Serum Dr Beau ni selepas siap segala aktiviti korang pada sebelah malam contohnya, makan malam, sembahyang isyak dan supper. Nak masuk tidur, basuh muka terlebih dahulu, lap kering dengan tuala muka lepas tu ambik satu capsule Serum Dr Beau, sapu rata pada muka. Kemudian tidur dengan lena. Texture Serum Dr Beau agak berminyak pada awalnya namun dalam masa 2 - 3 minit, serum tadi akan meresap dalam kulit wajah. Jadi jangan risau dengan texture berminyak pada awal sapuan.


Rutin skincare setiap malam untuk seorang wanita


Rutin skincare setiap malam untuk seorang wanita

Ramai yang dah menggunakan Serum Dr Beau ini. Ramai juga kenalan mek yang mek kenal secara berdepan menggunakan serum ini dan mereka masih lagi setia dengan Serum Dr Beau walaupun sekarang pelbagai pilihan serum yang ada di luar sana. Jika ditanya, jawapannya sudah pasti kerana Serum Dr Beau telah merawat kulit wajah mereka untuk menjadi sihat. Bila kulit wajah sihat, pakai make up pun cantik. Tak perlu tebal kerana tiada kecelaan yang perlu dilitupi. Serum Dr Beau ini juga diletakkan di dalam capsule, memudahkan pengguna untuk menggunakannya tanpa perlu rasa terlebih atau terkurang pakai serum. Satu capsule boleh digunakan sebanyak dua kali, jimat kan?


Rutin skincare setiap malam untuk seorang wanita



Rutin skincare setiap malam untuk seorang wanita

Belum terlambat untuk korang bertukar kepada Serum Dr Beau, serum yang menggunakan bahan semulajadi bagi memastikan kulit wajah sentiasa sihat, bebas daripada menjadi kusam serta masalah kulit lain seperti jerawat, jeragat dan juga tona tidak sekata. Seperti yang mek katakan tadi, bila kulit wajah kita sihat pastinya pakai make up apa sekalipun tampak segar dan menarik. Orang tua-tua cakap, naik seri wajah bila ditambah solekan. Walaupun korang jarang bersolek atau sering bersolek, asasnya adalah menjaga kesihatan kulit wajah. Sekali dia rosak, memang pedih mata bila tengok cermin. Jadi, jom sihatkan kulit muka dengan Serum Dr Beau ❤


Sekian ..


#RUTINSKINCARE
#SERUMDRBEAU
#KECANTIKANWANITA

16 comments

  1. Nampak best la serum nyaa mek. Rasa nak cuba pulak sbb ika tak pernah lansung guna serum huu

    ReplyDelete
  2. erm... bgs sgt kalau serum ni dengan kita, muka kusan pun nampak berseri bila amalkan...

    ReplyDelete
  3. Dah jumpa ramai bg good review untuk produk. nak try jugak la.

    ReplyDelete
  4. Baru tau kegunaan spesifik setiap jenis minya tu ... Tq share ...

    ReplyDelete
  5. Baru pertama kali tau pasal produk ni.. Nampak kandungannya bagus sekali. Terima kasih diatas perkongsian.. Menarik sekali

    ReplyDelete
  6. Bagus skin oil in, i read the ingredients pun semua minyak yang sangat berkhasiat untuk kulit dan juga kesihatan. Nanti i check it out.

    ReplyDelete
  7. Aku pun suka serum ni. Wangi dan cepat serap dalam kulit. Rasa cantik kulit lepas tu

    ReplyDelete
  8. Cantik packaging. Sebelum tidur wajib belai kulit muka dulu. No excuse tak sempat jaga muka. Xde jual kt kedai.haha

    ReplyDelete
  9. Bijok packaging dia ni.. 😍 Patut nampok makin comel

    ReplyDelete
  10. wah! semakin comel la mek bila pakai produk ni.

    ReplyDelete
  11. best kan serum ni. seronok pakai

    ReplyDelete
  12. kandungan dlm serum ni mmg terbaik,
    makin cun la mek lepas ni

    ReplyDelete