PRODUK PENJAGAAN BAYI, FULL SET ASMAK BABY CARE

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Asmak, set penjagaan bayi yang lengkap. Ada orang bertanyakan mek ‘penting ke kegunaan set barangan bayi? Kenapa tak pakaikan sabun dewasa sahaja?’ Yas, kalau nak jimat memang itulah cara yang terbaik. Tapi terbaik untuk siapa? Untuk ibu bapakah atau untuk anakkah? Tepuk tangan, fikir jawapan tu sendiri. Memang tiada paksaan untuk ibu bapa diluar sana untuk memilih set penjagaan bayi ataupun tidak untuk anak-anak. Sama macam kes vaksinasi. Kerajaan tak paksa pun ibu bapa untuk mevaksinkan anak-anak mereka. Sebab tu kita ibu bapa sekarang dah ada dua kelompok. Niat yang sama, nak yang terbaik untuk anak. Bab vaksin mek tak nak sentuh di sini. Mek nak sentuh tentang set penjagaan bayi supaya anak korang wangi dan sihat sentiasa.


Asmak, set penjagaan bayi yang lengkap


Asmak, set penjagaan bayi yang lengkap


Asmak, set penjagaan bayi yang lengkap

Dalam satu set penjagaan bayi Asmak, ada enam botol yang akan buat korang jatuh hati.


Asmak, set penjagaan bayi yang lengkap


Asmak, set penjagaan bayi yang lengkap

Pada hari pertama mek buka kotak set penjagaan bayi daripada Asmak, produk pertama yang mek gunakan adalah sabun mandian Asmak. Yang pertama menggunakan mestilah Amani sebab dia yang paling teruja untuk menggunakan ketika sesi mandi. Bila buka penutup botol mandian, mek macam hidu tapi masih tak berbau apa-apa. Dalam benak fikiran mek mungkin jenis yang tak ada bau kot sabun daripada Asmak ni. Terus tuang pada tapak tangan Amani. Dia sapu serata pada badan. Gosok dengan riang. Kejap bau wangi, bukan wangian ros atau sabun bayi yang biasa, bau aroma terapi gitu. Terus rasa tenang tambah pula Amani mandi di luar rumah, dikelilingi rumput hijau dan bunga-bungaan yang papa dia suburkan. Sesi mandi bertukar menjadi suasana yang tenang dengan bauan sabun mandian bayi daripada Asmak.


Asmak, set penjagaan bayi yang lengkap


Asmak, set penjagaan bayi yang lengkap

Lepas sesi mandi, elok kalau diberi sedikit urutan kepada anak atau bayi kita supaya mereka akan lebih cergas dan aktif disamping ‘bonding time’ antara ibu dan anak. Untuk Amani dan Amzar mek sapukan kepada betis, lengan dan juga sedikit di atas belakang mereka. Urut dengan lembut ditempat otot mereka selalu digunakan. Sapuan lotion Asmak ini bukan sahaja mampu untuk memberi kewangian kepada anak-anak malah ianya juga mampu menjaga kulit anak dengan memberi kelembapan sentiasa. Elok sangat kalau anak yang jenis kulit sensitif. Kulit bayi atau kanak-kanak juga perlu diberi perhatian sepenuhnya. Bukan bermaksud mereka masih lagi bayi atau kanak-kanak maka kita ‘togelkan’ begitu sahaja kulit mereka.


Asmak, set penjagaan bayi yang lengkap


Asmak, set penjagaan bayi yang lengkap

Bab bedak talcum ni, ada juga ibu bapa memilih untuk tidak memakaikan bedak kepada anak-anak. Katanya bahaya sebab debu bedak tersebut mampu membuatkan kanak-kanak atau bayi mendapat asthma. Sejauh mana betulnya kenyataan itu, mek tidak pasti. Tapi fikir logik menggunakan otak mek yang suku saintis ni, asthma bukan ke disebabkan paru-paru dipenuhi air? Bukan ke paru-paru tu akan ada air bila ada reaksi daripada debu yang kotor masuk melalui hidung? Tapi ikut suka mereka yang tidak memilih pakaikan bedak pada anak mereka. Untuk mek, sapuan bedak talkum pada anak penting untuk mengelak badan mereka daripada melekit teruk akibat berpeluh. Lepas berpeluh, mulalah nak meradang merah akibat gatal. Satu yang mek perasan tentang bedak talkum Asmak ini, bedaknya agak ‘kasar’ texturenya. Bila mek bacakan pamplet yang ada bersama ini, rupanya bedak talkum Asmak menggunakan tanah liat jenis kaolin untuk penjagaan kulit anak-anak. Terbukti dengan bedak talkum Asmak, Amani dan Amzar nampak selesa walaupun sudah seharian menjalani aktiviti di luar.


Asmak, set penjagaan bayi yang lengkap


Asmak, set penjagaan bayi yang lengkap

Minyak essential oil yang bukan sahaja untuk anak-anak, dengan mek sekali sapu sebelum tidur. Anak-anak mek bukan jenis yang senang terjaga bila dah tidur tapi mereka agak ‘buas’ bila tidur. Mungkin masing-masing mencari posisi yang paling empuk. Pada awalnya mek hanya menganggap itu cara tidur mereka. Tapi bila mek sapukan essential oil keluaran Asmak di badan mereka (hanya sapu sedikit pada leher, pergelangan tangan serta belakang badan), tidur mereka makin nampak lena. Tidak bertukar posisi sesuka hati. Untuk mek juga dirasakan begitu. Dengan bauan aroma terapi dapat membantu mek tidur dengan lebih senang selepas penat seharian bekerja. Kalau dulu kena tengok tv sebelum tidur untuk lenakan mata tapi sekarang sapu sedikit di leher, pergelangan tangan dan belakang badan, terus letak kepala di bantal, kejap je akan lena. Mungkin mereka yang mengalama insomia (susah untuk tidur) boleh mencuba essential oil keluaran Asmak.


Asmak, set penjagaan bayi yang lengkap


Asmak, set penjagaan bayi yang lengkap

Minyak rambut ini digunakan juga oleh Amani dan Amzar serta mek. Tertarik dengan isi kandungan minyak rambut ini yang mampu menjaga rambut kita dengan lebih baik, mek turut mencubanya. Untuk Amani memang rambutnya dia tampak lebih sihat dengan sapuan minyak rambut Asmak ini. Amzar juga begitu. Suka bau kepala mereka. Seperkara yang mek perasan pada Amzar selepas menggunakan minyak rambut Asmak, kulit kepalanya tidak lagi mempunyai cradle cap atau kita yang dewasa dipanggil kelemumur. Cradle cap ni senang sangat nak terjadi pada kulit kepala bayi. Bukan kerana kita shampoo tak cuci betul-betul tapi disebabkan kulit kepala mereka senang untuk kering. Maka berkepinganlah cradle cap di kepala mereka. Alhamdulillah dengan minyak rambut Asmak dilihat kepala Amzar semakin baik, tidak kelihatan lagi cradle cap itu. Senang cerita, kulit kepala dan rambut mereka lebih sihat daripada sebelum ini.

Secara total, mek berpuas hati untuk terus menggunakan produk penjagaan bayi daripada Asmak sebab sesuai untuk anak-anak mek. Kulit jadi sihat, tak meradang dan paling penting walaupun diaorang seharian berpeluh (budak, berlari sana sini) masih lagi tidak berbau masyam. Maksudnya set mandian, set bedak dan lotion daripada Asmak memang membantu mek sebagai ibu untuk tidak begitu runsing bila pergi travel. Dengan pembotolan yang begitu mesra untuk di bawa ke mana sahaja, tentunya mek akan teruskan untuk menggunakan produk Asmak. Dan di platform ini mek nak ajak korang pula untuk menggunakan produk penjagaan bayi daripada Asmak. Mek pasti korang akan berpuas hati sebab produk ini akan menjaga kulit anak-anak korang dengan cara yang terbaik ❤



Sekian ..

7 comments