MASIH INGAT PADA GWEN STEFANI?

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Masih ingat pada Gwen Stefani? Penyanyi serta komposer Amerikano ni yang agak popular sekitar tahun 2008 - 2009. Mek tak ada la pengikut setia si Gwen Stefani cuma kadang teringat juga pada lagunya yang agak popular ketika itu. Kena pula lagu Gwen Stefani agak catchy dan agak mengena juga liriknya itu dengan mek. Cuma, bila mek berborak dengan kawan mek, terkeluar nama Gwen Stefani ini dan kawan mek itu tidak kenal si Gwen ini. Bagi mek itu perkara biasa sebab ada juga artist yang dia sebut itu mek tak kenal. 


Masih ingat pada Gwen Stefani?

Tak semua juga lagu Gwen Stefani ni mek suka. Bila disenaraikan, hanya keluar empat sahaja yang mek biasa dengar serta mek suka. Yang lain tak pernah dengar dan juga tidak ketahui lansung kewujudannya itu. Jadi, yang empat itu adalah :

Sweet Escape


Masih ingat pada Gwen Stefani?

Top rank bagi mek sebab lagu ini memang catchy habis. Tambah pula lagu ini dinyanyikan bersama Akon (ini pun artist yang popular sekitar 2008 - 2009). Berkisarkan seorang perempuan yang rasa dirinya terkurung, jadi dia bayangkan kalau lah dia boleh keluar daripada realitinya untuk seketika, mesti dirinya akan bahagia. Biasalah, masa remaja dulu mek rasa macam tu la. Hidup kena bagitahu setiap perkara kepada mummy. Nak keluar dengan kawan-kawan tak boleh. Hidup hanya tengok internet semata-mata. Mummy mek pulak bukan jenis travel, maka memang cuti memerap sahaja di rumah. Agak kebosanan.

Cool


Masih ingat pada Gwen Stefani?

Cool pula berkisarkan tentang boyfriendnya memilih untuk bersama wanita lain. Tapi dalam masa yang sama dia masih lagi berbaik dengan boyfriendnya itu. Jadi, dalam video klip ni ada la boyfriend dia bawa teman wanita barunya itu berjumpa dengan Gwen Stefani. Sakit hati, sedih tapi dia tahu dia cool je boleh menerima kehadiran perempuan tersebut. Ramai juga sekarang yang merasakan benda ni, kan? Lagi-lagi kalau korang ada crush. Perghh, pedih hati bila tengok dia bawa girlfriend jumpa dengan kita. Kita pula di-friendzone-kan dia. Ceyhhh !

4 in the morning 


Masih ingat pada Gwen Stefani?

Ini lagu entah kenapa mek boleh minat. Kecelaruan emosi betul kalau dengar lagu ni. Tapi mek suka dengan alunan muzik tu. Kalau time sedih okei jugak dengar. Tapi bila dah meningkat dewasa ni, bila dengar lagu ni macam Allahu, buat apa la layan perasaan. Cuma bagusnya kalau beremosi macam ni, bangun jam empat pagi, boleh buat tahajjud. InsyaAllah akan masih damai hati kita. Mek pun takde la baik sangat. Tahajjud pun bukan selalu. Lebih pentingkan tidur daripada tahajjud walhal tahajjud itu dapat membantu dunia dan akhirat sekali.

No Doubt - Dont Speak


Masih ingat pada Gwen Stefani?

Ini lagu kolaborasi antara Gwen Stefani dengan band yang digelar No Doubt. Katanya dahulu Gwen Stefani ni vokalis untuk kumpulan ini namun sejauh mana kesahihan cerita ini mek tak dapat pastikan. Tak google pun. Kalau korang rajin, boleh tolong tepek info diruangan komen ye. Lagu ni kawan mek suka sangat. Yang ini masa kami sekolah sekitar 2006 - 2007 macam tu. Agak layan juga cuma tak tahu sangat apa maksud yang nak disampaikan dalam lagu ni. Dengar macam tu je. Yang pasti tang chorus boleh nyanyi. Tang rangkap pertama kedua dan seterusnya tak boleh dah.

Jadi, korang kenal dengan Gwen Stefani? Lagu apa yang korang suka daripada Gwen Stefani. Mohon komen diruangan komen ye ❤


Sekian ..


#GWENSTEFANI
#HOLLYWOODARTIST
#SINGER

10 comments

  1. Alamak x kenal mek... 1st time dgr pasalnya... Nampak sgt ai duk dlm gua... hehe

    ReplyDelete
  2. lagu Rich Girl nyanyian gwen Stefani dgn sape ntah sorang lagi pun best gak..tak silap dia juga ada jadi coach untuk program nyanyian The Voice season berapa ntah..

    ReplyDelete
  3. ya mek, gwen stefani ni memang vocalist band no doubt. saya bukanlah minat sangat lagu barat tapi semua lagu yang mek list tu memang lagu fav. mengimbau nostalgia betul pula rasa. :)

    ReplyDelete
  4. xminat sgt Gwen Stefani tapi dulu layan juga la lagu dia..hehe

    ReplyDelete
  5. dont speak lagu faveret sy.. dia dlu group no doubt. lps tu baru jd artis solo :)

    ReplyDelete
  6. kita dengar je lagu dia. tapi tak berapa nak minat sangat lah

    ReplyDelete
  7. sweet escape my favourite song dulu2!! lagu lagu lain dia pun best dengor!

    ReplyDelete
  8. Kenal tapi nak ingat lagu apa tu xtaw sbb bukan dengar sokmo hahaha

    ReplyDelete