Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Lunch di Secret Recipe dengan ayam Spicy Korean Baharu. Seperti yang korang ketahui, mek bukanlah peminat kepada makanan pedas. Kalau bab ayam memang mek suka sangat nak mencuba. Bila ada perkataan spicy mek terus batalkan niat untuk mencuba. Sehinggalah kawan mek 'convince' untuk cuba jugak ayam Spicy Korean di Secret Recipe. Mek akur maka mek pun turuti ketika makan tengahari itu. Jadi, kami bertiga ke Secret Recipe Parkson Kota Bharu.
LUNCH DI SECRET RECIPE DENGAN AYAM SPICY KOREAN BAHARU
Masuk je Secret Recipe mek dah nampak bunting ayam Spicy Korean Baharu ni terpampang macam menarik-menarik orang ramai masuk ke dalam Secret Recipe untuk mencuba menu baru ini. Mek percaya ramai yang suka dengan ayam Spicy Korean ni sebab di FB dan Youtube memang ramai yang tunjukkan resepi untuk buat ayam Spicy Korean ni. Dan ramai juga yang jual secara COD kepada pelanggan sekitar. Maksudnya permintaan itu ada dan tinggi.
LUNCH DI SECRET RECIPE DENGAN AYAM SPICY KOREAN BAHARU
Untuk Secret Recipe, mereka menghidangkan beberapa set menu untuk ayam Spicy Korean ni bermula dengan RM5. Tentunya RM5 tu adalah hidangan kimchi. Yang ni mek agak gemar sebab rasanya masam pedas gitu. Tapi tak berapa nak pedas maka kena dengan selera tekak mek. Untuk ayam Spicy Korean pun ada tahap kepedasannya. Ada yang tak pedas lansung (terima kasih sebab consider untuk orang macam mek), ada yang pedas tahap mild dan pedas tahap gaban.
LUNCH DI SECRET RECIPE DENGAN AYAM SPICY KOREAN BAHARU
Semuanya ada harga masing-masing. Tapi paling menarik perhatian mek adalah menu lunch yang dihidangkan sebab untuk yang masa rehatnya sejam sahaja macam agak kesuntukan masa untuk pilih itu dan ini. Kalau ada yang set maka senang untuk kami membuat pilihan. Untuk Spicy Korean punya menu, ianya berharga RM22.90. Tapi kalau korang tak berminat untuk Spicy Korean, masih ada yang biasa-biasa seperti Ayam Grilled Mushroom yang berharga RM19.60 (dulu RM17.90).
LUNCH DI SECRET RECIPE DENGAN AYAM SPICY KOREAN BAHARU
Secara purata, mek bagi empat bintang untuk ayam Spicy Korean yang baharu di Secret Recipe kerana ianya ada pelbagai pilihan tahap kepedasan selain ayam Spicy Korean mereka yang sedap. Pihak Secret Recipe membuat pertimbangan kepada mereka yang tidak gemarkan pedas tapi dalam masa yang sama masih lagi menghidangkan originaliti ayam Spicy Korean iaitu tahap kepedasan sebenar mereka. Jadi, walauapun harganya agak sedikit tinggi untuk makan tengahari, kalau terasa nak makan ayam Spicy Korean, Secret Recipe menjadi pilihan mek dan kawan-kawan.
Korang dah rasa ayam Spicy Korean Secret Recipe? Kalau dah, nyatakan juga pendapat korang mengenai menu ini, kalau belum cuba, jom la makan tengahari di Secret Recipe yang berdekatan dengan korang ❤
Sekian ..
#MENULUNCH
#SPICYKOREANCHICKEN
#SECRETRECIPEMENU
Sedapppnya
ReplyDeleteNAMPAK SEDAP SANGAT TU mek weh.. nanti nak try la sekalii
ReplyDeletemek gak gi make sokmo. nati kea tembam susah pulop! Apa2 pun menu di secret recipe sedap2 belako biarpun rego dia buleh kiro mahal gak!
ReplyDeletex rajin g make lagi kar secret recipe nanti nak kena try ni
ReplyDelete