LELAKI CURANG PERLU DISIMPAN ATAU DIBUANG TERUS?


Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Lelaki curang perlu disimpan atau dibuang terus? Persoalan ini agak menarik kerana kebanyakkan wanita diluar sana mengalami masalah ini. Jarang yang mek jumpa tak mengalami persoalan ini. Walaupun usia perkahwinan dalam fasa baharu lagi, pun sudah timbul persoalan sebegini. Pun ada juga yang perkahwinan telah menjangkau berbelas dan berpuluh tahun, tup tup timbul persoalan lelaki curang perlu disimpan atau dibuang sahaja. Kebanyakkan persoalan ini timbul pada pihak perempuan kerana terluka dengan tindakan suami yang bermain kayu tiga dibelakangnya. Kadang bukan kerana isteri tak cantik, bukan kerana isteri tak berkerjaya bahkan bukan kerana isteri yang tidak mampu memberikan zuriat - semuanya lengkap namun masih lagi ada kaum lelaki yang mengkhianati masjid yang dibina dengan atas nama Allah ini. Jadi, lelaki curang nak simpan atau nak buang terus?


Lelaki curang perlu disimpan atau dibuang terus?

Menasihati adalah lebih baik

Kalau dah ada lagi perasaan sayang, korang kena lah berusaha untuk menasihati pasangan supaya berubah ke arah kebaikan demi kebaikan keluarga dan perhubungan. Setiap manusia layak untuk terima peluang kedua ketiga dan berapa banyak peluang sekalipun asalkan dia sanggup untuk baiki diri ke arah yang lebih baik. Pada usia muda biasanya banyak cabaran di luar sana dengan godaan mata syaitan yang melihat sudut nafsu semata-mata. Korang sendiri pun tahu rencah dunia sekarang bagaimana, kan? Maka nasihatilah pasangan untuk tidak mendekatkan lagi diri dengan perkara mungkar. Tiada apa yang boleh merubah seseorang manusia melainkan dia sendiri yang hendak berubah. Sebagai pasangan yang masih lagi inginkan perhubungan itu diselamatkan maka dorongan dan nasihat amat diperlukan.


Lelaki curang perlu disimpan atau dibuang terus?

Buang dari kehidupan adalah lebih baik

Ada juga yang kadang dalam kehidupan kita tak perlu beri banyak peluang kerana sekali atau dua kali kena dah cukup memadai untuk kita merasa perit dan terluka yang begitu mendalam. Untuk mengambil keputusan membuang orang yang mengkhianati diri kita bukannya satu perkara yang mudah. Kadang terhalang dek sayang. Tapi fikir masa depan, keluarga. Adakah lebih baik dia ada atau lebih baik dia tiada supaya kita boleh mengorak langkah kehidupan baru. Dalam beberapa perkara yang mek nampak, seorang perempuan mampu untuk ‘move on’ jika dirinya sudah betul terluka. Ruang dan peluang sudah tertutup untuk si pelaku. Begitu ramai wanita hebat di luar sana yang berstatus ibu tunggal tapi mereka berjaya mengalahkan lelaki. Jadi, jangan takut dengan status J , jangan kerana takut kita selamanya dikhianati.


Lelaki curang perlu disimpan atau dibuang terus?

Betulkan diri sendiri juga

Ini biasa berlaku dalam rumahtangga. Walaupun lelaki atau perempuan tak curang, tapi pergaduhan kecil tetap berlaku dan adakalanya kita nak kita yang betul dan kita yang menang. Kononnya nak tunjuk apa yang kita bagitahu semuanya betul belaka, tiada yang salah, tiada cela. Seawal 5 tahun perkahwinan banyak situasi begini berlaku yang membawa kepada penceraian pasangan. Bawa bertenang. Itulah sebabnya bila marah nabi Muhammad menyuruh kita untuk diam kerana kadang perkara yang kecil dibuka menjadi besar. Walhal pasa sebelum ini ianya tidak dijadikan isu. Maka betulkan juga diri kita. Kita tidak maksum seperti malaikat untuk tidak membuat salah. Kita juga bukan jahat seperti syaitan untuk angkuh dan ingkar. Betulkan lah diri ke jalan yang Allah redhai demi rumahtangga yang menuju jannah.


Lelaki curang perlu disimpan atau dibuang terus?

Takdir Allah itu lebih indah

Jangan menyesali apa jua keputusan yang telah korang ambil. Yang nekad itu pasti ada hikmahnya. Cuma sebelum ambil keputusan, bagi yang kita yang beragama islam perlulah solat sunat istikharah dan juga solat hajat banyak-banyak supaya kita yakin dengan keputusan yang diambil. Kadang sebab sayang, kita sanggup terluka. Kadang sebab marah sangat, kita gadaikan kebahagian yang mungkin kita kecapi lagi. Jadi, kena juga minta perlindungan dari Allah. Kena minta tunjukkan apa yang sepatutnya kita ambil supaya lebih mudah kita ‘move on’. Pada kebiasaan yang mek lihat, mereka yang nekad dengan keputusan mereka memang hikmahnya cukup istimewa. Ganjaran yang mereka dapat selepas kejadian memang manis. Maka yakin dan pasti takdir Allah itu lebih indah daripada rancangan kita sendiri.


Lelaki curang perlu disimpan atau dibuang terus?

Itulah pandangan mek terhadap kisah-kisah kecurangan lelaki di dalam rumahtangga. Pada awal yang kita dengar memang kita akan marahkan lelaki dan akan menasihati perempuan untuk meminta cerai sahaja. Buat apa untuk hidup terseksa, kan? Tapi banyak juga bila akhirnya pasangan tersebut kembali berbaik dan elok sehingga akhirnya. Dan ada juga yang berulangkali melakukan perkara yang sama sehingga kita yang mendengar juga sudah muak untuk mendengar. Apa-apa pun berbincanglah juga dengan keluarga besar dan fikir semasak-masaknya demi anak dan juga demi diri sendiri terlebih dahulu. Walaupun di cop mementingkan diri sendiri, ianya lebih baik kerana bila sakit, kita seorang sahaja yang merasakannya.

Sekian ..

#tipsuntuklelakicurang
#tipsrumahtangga
#kisahrumahtangga
#imankatmana
#sematimandalamhati
#letakagamadidepan
#bahagiaduniaakhirat

No comments