HADIAH SSP BSN UNTUK 2019 DIGANDAKAN LAGI !

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Hadiah SSP BSN 2019 digandakan lagi ! Siapa di antara pembaca mek ni yang ada SSP BSN? Tak kisahlah berapa jumlah yang korang ada. Dari seminima amaun iaitu RM10 sehinggalah ke ribu riban SSP yang korang ada, dengar sini mek nak sampaikan satu berita untuk korang. Hadiah-hadiah yang BSN tawarkan pada 2019 ini bakal menjadi milik korang. Ada juga yang putus asa cakap simpan banyak pun belum tentu kena. Betul. Mek tak menyangkal sangkaan korang itu. Cuma, apa salahnya kalau simpan sebahagian duit korang ke SSP BSN. Untung-untung dapat hadiah yang tak terjangkau dengan nilai simpanan korang. Setiap bulan mek melihat orang yang berlainan mendapat hadiah hasil daripada SSP BSN. Maknanya korang juga berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada mereka. Kata kuncinya adalah sabar dan terus berdoa agar ada juga rezeki korang datang melalui SSP BSN.


Hadiah SSP BSN 2019 digandakan lagi 

Tahun lalu SSP BSN menawarkan Jutawan pada setiap bulan. Itu memang menggalakkan orang ramai untuk menyimpan SSP BSN. Antara lain yang menarik minat orang ramai adalah kereta mewah seperti BMW dan Mercedes. Untuk dua hadiah ini, tiada had umur (12 tahun ke atas terus layak) yang dikenakan. SSP BSN keluarkan lagi satu hadiah baru iaitu untuk mereka generasi anak muda bawah umur 21 tahun. Untuk 2019 ini, hadiah untuk SSP BSN ada penambahbaikan lagi untuk para pelanggan yang membuatan simpanan melalui SSP BSN. Antaranya :



Hadiah SSP BSN 2019 digandakan lagi 

Hadiah Jutawan bulanan diteruskan lagi pada setiap bulan tapi setakat November 2019 sahaja. Sebab Disember 2019 BSN nak bagi RM2 JUTA pada pelanggan yang bertuah tu ! Kaya betul weih dapat RM2 JUTA. Yang dapat sejuta ni pun rasa dah boleh buat pelbagai, apatah lagi kalau digandakan dua.


Hadiah kereta mewah BSN pilih BMW untuk para pelanggan SSP BSN. Setiap bulan nak bagi kereta BMW ni. BSN bagi semua BMW sebab tak nak nanti pelanggan beza-bezakan harga. Katanya Mercedes lagi mahal. Ada pula yang nak BMW. Okei, BSN selaraskan bagi BMW bagi nampak muda sikit. Segak bergaya gitu.

Hadiah untuk mereka yang setia dengan SSP BSN. Untuk mereka yang dah beli SSP BSN dengan nombor SSP yang berusia 5 tahun ke atas, layak untuk cabutan Khas Kesetiaan. Hadiahnya lumayan. RM100k BSN tawarkan kepada dua pelanggan yang bertuah. Cabutan ini ada pada setiap suku tahunan iaitu cabutan pada Mac, Jun, September dan Disember.

Hadiah untuk mereka yang beli SSP BSN di negeri masing-masing. Melalui cabutan khas Tempatan, dulu BSN bagi kereta myvi untuk pelanggan. Tapi 2019 ni BSN nak bagi dalam bentuk SSP pula. Lagi untung sebab lagi banyak nilai SSP BSN korang. Untuk cabutan Khas Tempatan ni akan diberikan sebanyak RM50k pada seorang sahaja pelanggan pada bulan Februari, Mei, Ogos dan juga November 2019.

Bagi menggalakkan para generasi Z (umur 12 - 21 tahun) ini untuk membuat simpanan pada usia muda, SSP BSN juga tawarkan hadiah kepada mereka. Sepanjang tahun dari Januari hingga Disember 2019, BSN mencari 3 pemenang yang berusia generasi Z ini untuk diberikan SSP BSN bernilai RM10,000 ! Kalau dapat, boleh simpan di BSN dulu. Nanti nak sambung belajar, boleh tebus SSP BSN tu.

Disebabkan Generasi Z ini begitu istimewa kepada BSN, maka hadiah SSP BSN bagi Mac, Jun, September dan Disember 2019 ada pula yang khas untuk Generasi Z ini. BSN mencari dua pemenang untuk menerima SSP BSN bernilai RM25k setiap seorang ! Ini memang lumayan. Ringan bebanan ibu bapa untuk hantar anak-anak ke pusat pengajian tinggi nanti.


Hadiah SSP BSN 2019 digandakan lagi 

Lumayan kan hadiah SSP BSN 2019 ni? Mengikut laporan akhbar tempatan, Ketua Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd Ghani mengatakan yang BSN dah sediakan sebanyak RM21.96 Juta peruntukan untuk hadiah SSP BSN. Jadi dalam peruntukan tersebut, mungkin sedikit daripada itu boleh menjadi milik korang. Senang sahaja bagi mereka yang berminat nak simpan SSP BSN ni. Hanya ke cawangan yang berdekatan dengan korang sahaja dan cakap pada Pegawai Khidmat Pelanggan atau Pegawai Front Line, ‘saya nak beli SSP’ . Simpanan minima adalah RM10 sahaja. Untuk melayakkan cabutan Jutawan, minima simpanan adalah RM3,000. Tak semestinya kena simpan RM3k sedebak. Simpan sikit-sikit. Nanti terkumpul RM3k, dah layak korang untuk cabutan Jutawan. Apatah lagi cabutan yang lain. Kalau rasa nak tahu info lanjut mengenai SSP BSN, korang boleh juga contact mek ditalian 01117850280. Jangan lupa, SSP BSN ❤


Sekian ..

3 comments

  1. Dah simpan 26k sejak 11 tahun 2008...belum ada rezeki

    ReplyDelete
  2. Saya simpan dengan jumlah lebih 23 k sejak 2008 ....bila nak mengena ...asyik orang lain je

    ReplyDelete