GO AHEAD .. MAKE AN ASSUMPTION ON ME

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Go ahead .. Make an assumption on me. Ini sebenarnya adalah challenge baru yang wujud di laman Instagram. Mek sedar benda ni pun lepas tengok youtube channel si apa nama khan tu, dia yang videokan challenge ni. Dulu menjadi kegilaan orang ramai untuk buat ask me a question di laman Instagram. Sekarang diubah untuk pelbagaikan challenge. Mek pun terjebak sama. Tapi ianya tanpa sengaja. Pada malam yang mek tengok di youtube, tak ada perasaan pun nak buat challenge ni. Bila terkeluar perkara ni ketika makan tengahari dengan kawan-kawan, sambil tunggu makanan sampai terus buat go ahead .. make an assumption on me.


Go ahead .. Make an assumption on me

Mek memang tak harapkan masuk jawapan bertalu-talu sebab mek bukan retis serta mek bukan aktif di Instagram. Cuma kawan rapat sahaja yang akan memberi respon. Tak cukup kawan, kenalan baru juga mengambil peluang untuk buat tanggapan terhadap mek. Dalam yang memberi jawapan, ada yang mek dah jumpa secara berdepan ada yang mek lansung tak kenal. Kita ambik positif apa yang mereka katakan. Nama lagi assumption challenge. Cabaran andaian kepada kita. Jadi di bawah ini semuanya mek screenshot untuk letak dalam blog dan dikongsikan dengan pembaca.


Go ahead .. Make an assumption on me


Go ahead .. Make an assumption on me


Go ahead .. Make an assumption on me


Go ahead .. Make an assumption on me


Go ahead .. Make an assumption on me


Go ahead .. Make an assumption on me


Go ahead .. Make an assumption on me


Go ahead .. Make an assumption on me


Go ahead .. Make an assumption on me


Go ahead .. Make an assumption on me

Ini adalah andaian orang ramai terhadap mek. Kalau betul, betul lah. Kalau salah jangan twist mengata pula. Hehe. Contohnya part mek cute. Walau tak berapa nak cute, hargailah apa yang orang andaikan terhadap kita. Cute atau cantik itu kan subjektif. Mungkin di matanya mek cute. Korang pula rasa disebaliknya. Betul tak? Bab friendly mek mengakui memang mek peramah dan boleh buat kawan dalam masa yang singkat. Tak kekok nak cakap dengan kenalan baru. Mek ada satu cara cakap dengan kawan yang mana dengan kawan sahaja mek akan cakap macam tu. Mek tak cakap dengan husband atau keluarga cara macam tu. Kalau yang biasa cakap dengan mek, mungkin akan terperasan.

Positifnya bila buat go ahead make an assumption on me challenge ni, kita dapat tahu apa pandangan orang terhadap kita. Kalau mereka manipulasi sekalipun tetap majoriti menang, kan? Challenge ni juga boleh menjadi booster atau satu ukuran untuk kita berubah menjadi lebih baik. Setiap hari kita bangun diberi peluang oleh Allah untuk baiki diri kita ke arah kebaikan. Jangan pula bila buat challenge ni, dapat pujian, tetiba mendabik dada. Haromm. Jadikan lah ia sebagai vitamin untuk diri kita supaya kita lebih menjadi baik kepada semua orang. Biar semangat dan aura positif kita melekat juga pada orang lain ❤


Sekian ..


#MAKEANASSUMPTIONCHALLENGE
#CHALLENGE
#POSITIVEVIBES

15 comments

  1. agree... betul tu bukan tuk tujuan mendabik dada jdkan ia sebagai ukuran tuk cari redhaNya...

    ReplyDelete
  2. Siqah miss nak bagi feedback kat insta story Mek :) Setuju dengan kata Mek. Jadikan pujian sebagai ukuran untuk menjadi lebih baik. InshaAllah.

    ReplyDelete
  3. Alamakk nanti buat lagi boleh jalan kat ig story.. Nice sharing mek. Baru kita tau orang kenal kita macam mana

    ReplyDelete
  4. Terlepas nak bg feedback..bg kt komen boleh?hee
    Mek seorang yang positif dan confident bila bercakap. Suka tgok video2 mek :)

    ReplyDelete
  5. Kita buat bukan nak tiru artis kan..kita buat untuk org lebih kenali kita especially dalam dunia blogging...

    ReplyDelete
  6. mek garang ke ? hehe maybe tegas kot tp orang tengok macam garang

    ReplyDelete
  7. alaaa..cikma terlepas laa nihh... cikma instagram nii slow sikit...ehehhe...

    ReplyDelete
  8. Wah ramai yg response tu. Yg mana positif jdkan semangat utk kita, yg kurang jdkan aras utk perbaiki diri kan mek.

    ReplyDelete
  9. Ramai juga yg feedback tu first time mama dengar challenge ni

    ReplyDelete
  10. Ooo nampaknya saya ketinggalan zaman.. 😅 sebab Instagram pun jarang-jarang buka...

    ReplyDelete
  11. Challenge yang bagus untuk kita improve diri. I mean, in a good way. Itulah dia hee.

    ika datang singgah sini .https://ikashoid.blogspot.com/2019/02/book-haul-feb-2019.html

    ReplyDelete
  12. ermm saya pon x tau jugak buat benda nie ...
    biasa post gambar je

    ReplyDelete
  13. ermm Alhamdulillah ambil yang baik kan

    ReplyDelete