Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
Farm In The City Sri Kembangan family place untuk hands on petting zoo. Pada cuti Tahun Baru Cina 2019, mek berpeluang untuk berkunjung ke Farm In The City yang berlokasi di Sri Kembangan, Selangor. Sebelum ni memang pernah nampak posting blogger di FB dan juga di blog masing-masing. Malah ada juga di Youtube yang mek sempat tonton daripada vlogger Malaysia. Tertarik dengan keunikan yang dipersembahkan di Farm In The City, mek terus masukkan tempat ni dalam program mek semasa bercuti di Kuala Lumpur.
Farm In The City Sri Kembangan family place untuk hands on petting zoo
Jam 10.00 pagi mek dah berada di parkir Farm In The City. Dari Putrajaya hanya mengambil masa 11 minit sahaja. Jalan untuk ke Farm In The City juga tidak begitu sesak dan tidak begitu sukar untuk dicari. Berpandukan kepada maps google sahaja mek tiba ke destinasi dengan mudah. Ruang parkir yang tersedia juga agak lapang, boleh memuatkan banyak kereta. Kalau datang berjemaah dengan ahli keluarga yang lain pun tidak begitu risau bab parkir. Bersebelahan dengan ruang parkir, Farm In The City juga memberi perkhidmatan 'gardening'. Korang boleh dapatkan pelbagai hiasan bunga serta pokok tumbuhan bagi menghijaukan dan mendamaikan kediaman korang.
Farm In The City Sri Kembangan family place untuk hands on petting zoo
Kedai cenderahati Farm In The City menjadi pintu masuk utama sebelum korang membeli tiket di bawah nanti. Di sini korang boleh beli air atau makanan untuk di bawa masuk ke dalam Farm In The City bagi menghilangkan haus dan kudapan semasa melawati haiwan-haiwan. Di kedai cenderahati ni juga tentunya ada 'souvenir' sebagai tanda kenangan. Mek juga ambik satu fridge magnet untuk dilekatkan tanda mek dah berkunjung ke Farm In The City.
Farm In The City Sri Kembangan family place untuk hands on petting zoo
Pintu masuk sebelum membeli tiket memang menarik perhatian orang ramai untuk bergambar kerana ruang yang disediakan itu lapang dan juga ada papan tanda Farm In The City. Mek sarankan korang bergambar dahulu sebelum masuk ke Farm In The City lagi-lagi kalau korang bawa anak-anak bersama. Bila mereka dah gunakan tenaga untuk menjelajah dan menimba pengalaman bersama haiwan, tentunya mereka akan penat. Tambah pula, makeup korang sebelum menjelajah dan selepas menjelajah tentunya akan terjejas dek kerana berpeluh. Hehe.
Farm In The City Sri Kembangan family place untuk hands on petting zoo
Farm In The City Sri Kembangan family place untuk hands on petting zoo
Tiket kaunter untuk Farm In The City berada di bawah selepas tempat korang bergambar tadi. Jangan risau, kakitangan Farm In The City akan beri panduan kepada korang. Tiket untuk satu dewasa berharga RM39 dan untuk kanak-kanak 11 tahun ke bawah RM32. Kanak-kanak yang 90cm ke bawah adalah percuma. Harga yang ditawarkan tidak begitu mahal bagi mek kerana kepuasan anak-anak semasa berada di Farm In The City ternyata menyerlahkan riak wajah yang berbaloi dan berpadanan. Korang juga boleh beli tiket ini secara online di website Farm In The City bagi mengelakkan kesesakan ketika korang sampai. Sekurang-kurangnya, bila sampai terus tebus pass lawatan korang di kaunter tiket. Jimat masa !
Farm In The City Sri Kembangan family place untuk hands on petting zoo
Farm In The City Sri Kembangan family place untuk hands on petting zoo
Farm In The City Sri Kembangan family place untuk hands on petting zoo
Farm In The City Sri Kembangan family place untuk hands on petting zoo
Farm In The City Sri Kembangan family place untuk hands on petting zoo
Farm In The City Sri Kembangan family place untuk hands on petting zoo
Farm In The City Sri Kembangan family place untuk hands on petting zoo
Farm In The City Sri Kembangan family place untuk hands on petting zoo
Bila dah dapat pass masuk, jom tengok haiwan-haiwan yang ada ! Memang meriah sangat-sangat dan anak-anak memang teruja habis sebab kebanyakkan haiwan di Farm In The City dilepaskan macam tu sahaja. Mereka jinak ye. Tak merbahaya. Boleh bayang tak kita boleh pegang macam tu je haiwan-haiwan? Macam kita belai kucing. Anak-anak daripada takut untuk pegang, terus rasa seronok untuk sentuh sendiri binatang yang berada di sekitar. Korang juga boleh bagi makan kepada haiwan yang ada dengan membeli makanan mereka di luar, di kaunter tiket. Satu bekas RM5 sahaja. Berbaloi untuk bagi pengalaman kepada anak. Selain daripada bagi makan kepada binatang yang ada, Farm In The City juga memberi peluang kepada kanak-kanak serta dewasa untuk 'longkang fishing' ! Longkang fishing ni guna fishing net untuk tangkap ikan dalam 'longkang' buatan mereka. Jangan risau, mereka tidak menggunakan air longkang yang asli. Aktiviti ini sangat-sangat memberi pengalaman kepada kanak-kanak kerana aktiviti ini telah semakin pupus.
Farm In The City Sri Kembangan family place untuk hands on petting zoo
Farm In The City Sri Kembangan family place untuk hands on petting zoo
Farm In The City Sri Kembangan family place untuk hands on petting zoo
Soal hygiene, korang jangan risau. Setiap tempat di Farm In The City ada sinki dan juga sabun antiseptic untuk basuh tangan kita dan anak-anak. Dan korang juga tak perlu risau kerana haiwan di sini mendapat rawatan daripada veterinar untuk suntikan vaccine dan sebagainya. Selain daripada itu, mungkin juga korang boleh bersedia dengan tisu basah antiseptic yang ada di luar sana sebagai langkah hygiene daripada korang sendiri. Atau, korang juga boleh membawa sanitizer untuk membantu korang dalam membasmi kuman. Jadi tak perlu risau tentang penyebaran penyakit daripada haiwan.
Dalam Farm In The City ni juga ada cafeteria untuk korang duduk sekejap melepaskan lelah. Yelah, dalam keadaan teruja memang agak semput juga nak jaga kanak-kanak. Di cafeteria ini, korang boleh beli air dan makanan ringan seperti sandwich. Selain daripada cafeteria, Farm In The City juga menyediakan pondok untuk ibu bapa atau kanak-kanak berehat. Boleh la korang upload gambar aktiviti korang sekeluarga di FB dan IG sambil mengambil angin di bawah rimbunan pokok yang ada di Farm In The City. Semasa kunjungan mek ke sana, berehat di pondok memang agak lama sebab masing-masing sibuk nak upload gambar serta balas chat di whatsapp. Sambil tu anak boleh layan minuman dan makanan diaorang.
Farm In The City Sri Kembangan family place untuk hands on petting zoo
Farm In The City Sri Kembangan family place untuk hands on petting zoo
Farm In The City Sri Kembangan family place untuk hands on petting zoo
Farm In The City Sri Kembangan family place untuk hands on petting zoo
Farm In The City Sri Kembangan family place untuk hands on petting zoo
Farm In The City Sri Kembangan family place untuk hands on petting zoo
Secara keseluruhan, masa yang mek habiskan dalam Farm In The City ini adalah selama lebih dua jam. Tahap keseronokan anak-anak diskala 9/10. Keterujaan ibu bapa pula di skala 8/10 kerana kebanyakkan haiwan yang kita dah kenal dan ianya seolah mengimbau kenangan lawatan sambil belajar ketika bersekolah dahulu. Pengalaman yang dicipta amat berharga bersama keluarga. Gelak tawa anak, senyuman mereka, muka teruja, muka mendapat info itu semua mahal dan amat bernilai sehingga ke hari tua mereka. Mek amat menggalakkan korang untuk datang ke Farm In The City ini dan rasai sendiri apa yang mek perkatakan dalam entry mek ini ❤
03-8941 2099
Selasa CUTI. Hari lain dibuka pada jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang.
Sekian ..
#FARMINTHECITY
#SPENDINGWEEKEND
#FAMILYTIME
Seronoj pi sini bawak anak-anak mengenali haiwan kan..suka raccoon dan pengalaman SA bermesra dengan Alpaca dan rusa..kambing pun mesra alam..seronok walau masing2 dh berbau kambing jugak..hehehe
ReplyDeletebagus sangat bawak the kiddos datang sini..diaorang dapat experience sendiri untuk sentuh dan main dengan haiwan kat sini..thumbs up Farm In The City!!
ReplyDeleteAlahai bestnya tengok anak anak mood happy 😍. Lagi best bila dapat pegang direct gituu
ReplyDeleteSeronoknyaa masing - masing. Tempat ni memang syok kalau bawa kiddos, macam macam haiwan ada.
ReplyDeleteseronok datang sini kan? haiwan mesra sungguh
ReplyDeletemmg best 3x kami pi sini. nak try p yang kat KL pulak
ReplyDeleteNampak mak ayah yang lebih teruja ni wei. Hehe. Tp memang best g sini. Seluruh keluarga boleh enjoy dan get close dengan animals.
ReplyDeleteKakak ipar ckp best pg sini, memang sesuai dgn children! Comelnya hedgehog tuu~
ReplyDeleteBoleh g nanti minat g tempat haiwan gini
ReplyDeletelaaahhhh comel sangat binatang-binatang nehhh... seronok laaa mek sekeluarga,,tambah bebudak tuu...
ReplyDelete