Salam alaikum untuk semua sahabat blogger ..
Episod 3 QNA bersama Blogger Rodiah Amir. Alhamdulillah,
dah masuk episod ketiga dah mek punya QNA bersama blogger. Sambutan dan
tontonan semakin menggalakkan. Dan memang mek harap ianya dapat direalisasikan
dengan dua belas episod sepanjang tahun ini. Dengan trip yang bakal dijalankan,
mek juga mengharapkan dapat buat QNA bersama blogger di negeri lain untuk kenal
empat mata yang selama ini hanya kenal disebalik penulisan sahaja. Seronok juga
kan, sesi taaruf ni. Jadi doakan kejayaan mek dalam vlog ye.
Episod 3 QNA bersama Blogger Rodiah Amir
Berbalik kepada blogger pilihan pada episod ketiga ini,
mek mengenali Rodiah Amir melalui satu group yang dulunya mek menjadi ahli.
Sebelum daripada itu memang mek tak pernah jengah blog Rodiah Amir dan tak
pernah kenal blogger nama Rodiah Amir. Mek bet Diah pun tak kenal mek sebelum
ini. Pada awal kemasukan mek dalam group itu, banyaknya diam je kan. Bila dah
buat job sama-sama daripada situ la makin kenal dan makin berkomunikasi. Bila
dah berkomunikasi maka lama-kelamaan jadi la macam kawan, bukan sekadar kenalan
blogger.
Mengambil peluang untuk berjumpa dengan Rodiah Amir,
ketika bercuti Tahun Baru Cina 2019, mek dan Sis Gee mengajak sama Rodiah Amir
dan Ana Suhana untuk sesi meet and greet di Ikea Cheras. Alhamdulillah, jumpa
pada kali pertama pun tak kekok sebab perangai yang ada dalam tulisan whatsapp
sama seperti perkataan yang dikeluarkan pada realiti. Kiranya tak sorok
identiti la. Macam mana dalam whatsapp macam tu la jugak di luar. Jadi tanpa
lengah masa, jom tonton QNA bersama Blogger Rodiah Amir.
Episod 3 QNA bersama Blogger Rodiah Amir
Soalan
yang Diah dapat ;
1. Kalau awak penyanyi, dengan siapakah awak nak berduet?
2. Bagaimana nak tingkatkan keyakinan diri?
3. Apa yang dilakukan dikala kebosanan?
4. Di mana kamu pada 5 tahun akan datang?
5. Perkara yang boleh hilangkan mood dengan serta merta.
Soalan
yang mek dapat ;
2. Pandangan kali pertama bila jumpa blogger kali pertama.
3. Pandangan terhadap kereta Malaysia.
4. Tabiat buruk yang paling susah untuk ditinggalkan
5. Makanan yang diambil ketika sarapan pagi.
Harapan
mek kepada Blogger Rodiah Amir semoga terus berjaya dalam apa jua bidang yang
dia buat samada dimedium blog atau vlog ataupun perniagaan online. Dan harapan
mek yang selalu sangat mek sebut yang mana harapnya ukhwah antara blogger ini
terpelihara, jauh dari hasad dengki, tikam belakang, mengata sesama sendiri.
Tiada faedah sama sekali. Fikir hubungan kita ini bukan sekadar di dunia, di
akhirat juga kita kalau boleh nak jadikan sandaran untuk sama-sama masuk
syurga. I tolong you, you tolong I. Gituuu ❤
Sekian ..
#QNABERSAMABLOGGER
#MEKYUNIE
#RODIAHAMIR
Wah2 menarik ni..first time jumpa tak kekok pun kan...siap ada vlog lagi ha..kalau SA.sure i maluuuuu..
ReplyDeleteMEsti seronok kalau jumpa gang satu kepala heheheee...
ReplyDeletewahhh bestnyaa main QnA cmnii..
ReplyDeletekemain mek ngan diah..hehe
ReplyDeleteDah 3 org blogger dah semoga dipermudahkan buat mek utk next blogger nanti
ReplyDeleteInsyaAllah ..semoga terus berkembang QNA mek dan rakan-rakan
ReplyDelete