Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Episod 2 QNA bersama Blogger Ana Suhana. Alhamdulillah mek rasa bersyukur sangat sebab ada juga blogger lain yang sudi nak ikuti QNA bersama Blogger yang mek buat ni. Yelah, kadang rasa macam syok sendiri je buat 'talkshow' ni. Kononnya mek ni famous sangat la nak buat 'talkshow' yang dinanti-nantikan oleh orang ramai. Tapi, kalau nak berjaya, apa yang negatif kita rasa kena ubah menjadi positif. Mungkin hari ni orang kurang berminat untuk tengok tapi mana tahu video-video ini akan dicari kembali selepas ini.
Trip Februari 2019 ke Kuala Lumpur. Maka mek cuba tanyakan mereka-mereka yang berada di sana yang sebelum ini pun memang mek ada contact mereka untuk tujuan lain. Alhamdulillah, mek berjaya dapatkan Ana Suhana untuk Episod 2 QNA bersama Blogger. Pada mulanya mek agak segan lah sebab Ana Suhana bandingkan dengan mek, tara mana lah kita. Cuma, bila mek rasakan Ana Suhana juga rakan seperjuangan mek masa 2010 maka mek teruskan lamaran itu. Dan akhirnya kami berjumpa setelah kenal selama 9 tahun di sebalik nama domain masing-masing.
EPISOD 2 QNA BERSAMA BLOGGER ANA SUHANA
Ana Suhana antara rakan blogger mek yang seiring juga meningkat naik pada 2010. Kami ada beberapa lagi yang mana saling komen, saling like entry di FB. Ketika itu, non paid job dan juga non paid ads. Memang soli beli dan review. Ana Suhana meningkat dengan cepat bersama seorang lagi rakan blogger mek iaitu Mommy Cici. Alhamdulillah, walaupun nama mekyunie tidak sebegitu gah macam mereka, at least mereka tak lupakan mek bila mereka di puncak. Itu lah erti saling menyokong antara satu sama lain.
Jom tonton apa Ana Suhana kena jawab dengan soalan-soalan mek :
EPISOD 2 QNA BERSAMA BLOGGER ANA SUHANA
Soalan untuk Ana Suhana :
1. Lagu motivasi yang boleh merubah diri
2. Antara Blogger / Vlogger yang menjadi inspirasi.
3. Youtuber atau Blogger?
4. Apa erti sahabat.
5. Bollywood atau Kpop?
Soalan untuk mek :
1. Themepark atau percutian di tepi pantai.
2. Destinasi pelancongan untuk 2019, senaraikan 5.
3. Perkara paling memalukan pernah awak buat.
4. Kenapa perempuan sering beremosi.
5. Diberi peluang ke sekolah menengah sekali lagi, mahu atau tidak dan kenapa?
Terima kasih untuk Blogger Ana Suhana sebab sudi terima lamaran mek dan mek betul-betul doakan yang kita saling support dan bantu sesama blogger yang lain juga. Macam Ana Suhana bagitahu, jika kita betul ikhlas, Allah akan gandakan dan permudahkan urusan kita yang lain pula. Aminn. Semoga ukhwah yang kita bina ini akan berpanjangan dan moganya membantu kita di akhirat sana juga.
Tunggu Episod 3 bersama Blogger mana pulak ❤
Sekian ..
#QNABERSAMABLOGGER
#ANASUHANA
#MEKYUNIE
Wah blogger hebat Ana. Tahniah Mek. Good luck
ReplyDeletewahh hebat lah kak ana & kak yunie
ReplyDeletemacam best je buat Q&A ni
ReplyDeleteBagus mek...InsyaAllah...usaha ini akan membuahkan hasil nanti... nnti kutip hasil tau..good luck
ReplyDeletenice one! best juga buat sesi camni.
ReplyDeleteterbaikk mek tak sabar nak tengok episode yang lain pulak hihihi
ReplyDeleteDua2 bloggee hebat ni nsyallah boleh jumpa suatu hari nti
ReplyDeletelama tak jumpa kak yunie, best tngok talk show ni menarik ! Dapat tahu random fact pasal kak-kak
ReplyDeleteSalam mek. jom join GA :p
ReplyDeletehttps://www.astraveller.com/2019/02/doodle-planner-2019-giveaway.html
Memang seronok ada sesi macam ni bersama kenalan blogger.. Next blogger pulak 😊
ReplyDeleteMek datang KL tak roger kita pun. Hahah! Syoknya jumpa kak Ana :)
ReplyDeleteseronok pula tengok. hehehe
ReplyDelete