DIVIDEN KWSP BAGI CARUMAN 2018

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Dividen KWSP bagi caruman 2018. Alhamdulillah, pagi tadi dah pun diumumkan dividen bagi KWSP untuk caruman sepanjang 2018. Mek sendiri pun belum semak lagi berapa hengget yang dapat. Korang macam mana pula? Dah semak ke belum dapat berapa hengget? Ke tak berminat untuk ambil tahu? Mek perasan ramai yang tak berapa nak kisah dengan dividen KWSP. Antara sebabnya adalah mungkin mereka tidak mencarum atau mereka tahu walaupun beranak duit dalam KWSP, masih tak dapat nak keluarkan. Tapi, tahukah korang yang akaun dua KWSP boleh dikeluarkan bagi tujuan pembiayaan pelajaran, pembiayaan kesihatan serta pembiayaan perumahan?


Jadi, berbalik pada tajuk, berapakah peratusan dividen yang kita dapat sepanjang caruman 2018?


Dividen KWSP caruman 2018


Dividen KWSP caruman 2017


Dividen KWSP caruman 2016


Ternyata berbanding dengan 2017, 2018 mengalami penyusutan daripada segi pemberian dividen kepada pelanggan. Ianya mungkin berkait dengan beberapa faktor pelaburan yang mana tidak memberi pulangan yang cukup besar. Maka, pelanggan juga tidak dapat faedah yang besar pada 2018. Ada juga yang mengaitkan dengan faktor politik. Mek tak berapa nak arif dalam hal itu jadi mek tak nak komen lebih-lebih. Apa yang mek tahu kalau pelaburan tidak menguntungkan, bagaimana nak beri pulangan yang besar kepada pelabur. Basic of economy. 

Jadi, korang akaun yang mana? Islamik atau konvesional? Mek hari tu ada KWSP buat tour ke jabatan-jabatan sekitar untuk memudahkan kakitangan menukarkan akaun konvensional ke islamik. Tapi entah kenapa mek tak ambil peluang pada hari itu. Sehingga sekarang mek punya akaun masih lagi konvensional. Kalau nak diikutkan, tak berapa nak elok sangat. Semua perbankan ke arah islamik sekarang. Jika ada peluang haruslah untuk berbuat demikian, apa yang kita dapat dah tiada isu gharar, dah ditolak zakat. Pahala pun lebat, insyAllah❤


Sekian ..


#DIVIDENKWSP2018
#KWSP2018
#DIVIDENKWSP

14 comments

  1. Cik nor msih konvensional rasanya..xsempat lagi nak g tukar..huhu

    ReplyDelete
  2. Kita tak bekerja, jadi cuma ada kwsp untuk surirumah sahaja heheheheh

    ReplyDelete
  3. lps baca entri mek terus check online.
    alhamdulillah dgn rezeki

    ReplyDelete
  4. Thanks for this useful sharing, learnt it now. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. dah tak kerja tak tahu dah pasal kwsp ahhaha

    ReplyDelete
  6. kita tak pernah semak pun. hahaha ni baru nak semak. :D

    ReplyDelete
  7. nad pon konvensional..tak tukar lagi

    ReplyDelete
  8. alamak saya belum check lagi berapa perolehan KWSP saya setakat ini...

    harap cecah juta-juta kot

    hahahaha

    ReplyDelete
  9. kite tak cek lagi bape yg latest ni, hehe

    ReplyDelete
  10. Lama dah tinggal kerja hahaha kwsp xtahu ada berapa diveden kerja dulu hahaha

    ReplyDelete
  11. abe kie ambik skim pencen tp dividen epf thn lps buleh gak rm50..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah ada juga dividend tu

    ReplyDelete
  13. Sejak berhenti kerja tak pernah check dah. Nanti kena intai-intai jugalah...

    ReplyDelete