BOMBOLONI AKA DONUT NUTELLA BY SUGARMOON ANTARA TERSEDAP DI KELANTAN

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Bomboloni a.k.a donut nutella by Sugarmoon antara tersedap di Kelantan. Mek dah lama juga mencari siapa la yang boleh buat Bomboloni si donut nutella ni. Dalam youtube ramai yang bagi resipi tapi apakan daya mek bukan jenis suka try and error ni. Dalam youtube juga ramai yang review Bomboloni si donut nutella ni. Kemain sedap nampak diaorang makan. Memang sebelah luar agak popular juga kuih ni. Boleh diklasifikasikan sebagai #kuihviral juga kerana ramai yang suka dengan Bomboloni ini.


Bomboloni a.k.a donut nutella by Sugarmoon antara tersedap di Kelantan

Daripada mana asalnya nama Bomboloni ni mek tak berapa nak pasti. Entah siapa yang namakan dan entah sempena apa mereka namakan si donut nutella ini. Yang mek paling pasti, Bomboloni diinspirasi daripada donut yang dijual di kedai speciality in donuts. Korang boleh agak kan kedai yang mana. Di Kelantan ni pun ada dua kedai yang speciality in donuts. Tapi memang mek suka la dapatkan donut nutella daripada mereka sebelum ada yang home-made macam ni. Kenapa home-made by Sugarmoon lebih menjadi pilihan?


Bomboloni a.k.a donut nutella by Sugarmoon antara tersedap di Kelantan

Bila buat secara home-made by Sugarmoon maka harganya mestilah lebih murah daripada harga di kedai speciality in donuts. Bomboloni by Sugarmoon tidak terikat dengan bayaran sewa kedai. Jadi, tentunya mereka dapat memberikan harga yang lebih murah. Walaupun kadang-kadang mek juga membeli di kedai speciality in donuts, tapi itu kadang-kadang je la. Tak boleh beli selalu sangat sebab nanti boleh lari bajet bulanan. Setakat nak reward diri, nak rasa originaliti Bomboloni, boleh la. Tapi kalau nak buat kenduri, takkan nak beli yang di kedai speciality in donuts, ye tak? Maka, pilihan Bomboloni by Sugarmoon amat dinanti-nantikan.


Bomboloni a.k.a donut nutella by Sugarmoon antara tersedap di Kelantan

Bomboloni by Sugarmoon ni juga berkualiti seiring dengan hidangan Bomboloni di kedai donuts yang lain. Daripada texture-nya yang gebu dan filling coklat yang terasa coklat mahal, kalau orang makan, mesti puji sedap dan tanya di mana belinya si Bomboloni ini. Cuma gula yang menyaluti Bomboloni masih lagi menggunakan originaliti donut asli iaitu gula pasir halus. Kalau yang dikedai tu gula icing (ada ke gula icing?). Walaupun masih menggunakan gula pasir halus, tetap mek rasa Bomboloni by Sugarmoon ini boleh menjadi hidangan kepada tetamu yang datang ke majlis korang.


Bomboloni a.k.a donut nutella by Sugarmoon antara tersedap di Kelantan

Korang yang berada di sekitar Kelantan agak beruntung kerana Bomboloni by Sugarmoon ini sedia untuk menghantar kepada mereka yang nak mencuba. Cuma, korang perlu tempah terlebih dahulu untuk dapatkan Bomboloni ini. Ianya tidak dijadikan sebagai satu kuih sejuk beku kerana risau texture doh dan isi coklatnya nanti tidak sedap seperti adunan pada hari pertama. Kalau korang ada nak buat majlis, atau hi-tea bersama rakan, Bomboloni by Sugarmoon antara hidangan kuih yang wajib ada. Selain menang pada FOTD, ianya juga berbaloi dengan duit yang korang laburkan untuk makan. Kalau tak percaya, boleh cuba sekarang.


Bomboloni a.k.a donut nutella by Sugarmoon antara tersedap di Kelantan

Secara keseluruhan, mek suka dengan Bomboloni by Sugarmoon. Texture yang lembut, rasa coklat yang tidak begitu menebal (tidak terlampau stress kepada coklat), dan juga gula pasir halus yang tipis (juga baik untuk kesihatan). Harga yang disediakan juga berpatutan dengan size yang dihidangkan. Sesuai untuk majlis serta untuk menjamu tetamu di petang hari. Bomboloni juga tampak menarik kerana ianya kuih kacukan antara moden dan juga kuih tradisional, maka setiap daripada korang harus mencubanya ❤

FB SUGARMOON

IG SUGARMOON

0145105669


Sekian ..


#BOMBOLONI
#BOMBOLONIKELANTAN
#KUIHVIRAL

9 comments

  1. wow sedaknya..Diah suka puding castard inti dia

    ReplyDelete
  2. Viral goni loni...alolaaaa.....gebu jahh

    ReplyDelete
  3. Sure the bom rasa dia. Comel pulop. Kalau lah dekat, nk order juga.

    ReplyDelete
  4. sedap yer! huda memang peminat donut nutella

    ReplyDelete
  5. Skrg viral kan donut ni.. Sedap pon sedap. Hehe

    ReplyDelete
  6. love your delicious chocolate donut shared here, so yummy tempting :) Wish I can taste it when am in Kelantan. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete