5 SEBAB KENA BERI PELUANG KEPADA DIRI UNTUK MELANCONG


Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
 
5 sebab kenapa perlu beri peluang kepada diri sendiri untuk melancong. Ramai yang suka melancong tapi dalam ramai-ramai tu mereka hanya ‘suka’ melancong tanpa pergi melancong. Atas beberapa faktor dan sebab mereka tidak kelauar untuk bercuti. Mungkin atas faktor kewangan. Ada juga sebab tiada teman untuk bercuti. Dan ada juga yang terikat dengan kerjaya sehingga tidak dapat melancong. Jadi mek terasa nak menulis, kenapa korang kena beri peluang kepada diri sendiri untuk melancong. Well, melancong itu tersangat best yet menghabiskan duit juga. Tapi sebelum korang menghakimi (judge) perkara seperti melancong itu membazir, melancong itu memenatkan, melancong itu macam tiada motif, jemput baca 5 sebab kenapa korang perlu melancong.



5 sebab kenapa perlu beri peluang kepada diri sendiri untuk melancong


Rehat minda

Beri peluang kepada diri kita untuk rehatkan minda seketika. Dengan melancong, dalam tak sedar korang memberi ruang untuk minda korang berehat dengan cara tidak terlalu memikirkan perkara yang selalu korang buat, samada kerja hakiki di pejabat ataupun di rumah. Mungkin ada yang berkata, masa melancong, otak lagi ligat untuk fikirkan apa yang perlu kita buat selepas ini, nak plan pergi mana, nak buat itu dan ini. Jangan macam tu. Melancong adalah masa untuk korang menikmati setiap saat masa yang berlalu. Pengisian itu penting tapi jangan terlalu ‘rigid’ untuk dapatkan pelancongan yang terbaik. Ingat, melancong adalah inisiatif korang untuk ‘hilangkan diri’ daripada kesibukan hakiki.

Kenali budaya seluruh negeri / negara

Melancong untuk lebih mengenali budaya setiap negeri atau negara yang kita lawati. Dunia teknologi memang dihujung jari sahaja sekarang ini. Kalau nak tahu maklumat tentang sesuatu negeri atau negara, taip sahaja di google.com dah keluar semua info yang korang nak. Tapi bezanya bila kita melancong, kita dapat melihat dengan mata kasar kita sendiri, dapat merasa apa yang dimaksudkan dengan budaya yang di bawa itu. Bukankah itu lebih berharga berbanding dengan sekadar membaca sahaja? Seperti kanak-kanak, pendidikan secara ‘hands-on’ adalah lebih berkesan berbanding pendidikan melalui pembacaan semata-mata. Bila lihat, rasa dengan deria yang ada ditubuh badan kita ini, ianya lebih memberi erti untuk lebih memahami sesuatu perkara.

Kutip pengalaman

Melancong juga salah satu cara untuk korang kutip pengalaman, mematangkan diri korang. Bagaimana? Apa yang mek tahu dan pasti, setiap kali kita keluar untuk melancong, kita akan cuba untuk merangka yang terbaik sepanjang tempoh melancong itu. Daripada hal kecik seperti penyediaan bagasi, sehingga lah sebesar perkara seperti kejadian di luar jangka semasa melancong - itu semua memberikan kita pengalaman bagaimana cara untuk kita mengatasi atau menyelesaikan isu-isu yang terjadi. Tentunya pengalaman sebegini takkan korang dapat jika korang tidak memberi peluang kepada diri korang untuk melancong. Ingat, pengalaman mematangkan diri serta menjadi guru yang terbaik dalam kehidupan kita untuk kita tempuhi hari yang mendatang.

Cipta kenangan

Paling penting dalam melancong adalah untuk mencipta kenangan bersama rakan-rakan atau keluarga. Paling tidak, kalau melancong sorang-sorang pun kenangan untuk diri sendiri. Kenangan ni penting ke dalam kehidupan? Kalau ditanyakan pada mek, mek suka pada kenangan namun yang manis sahaja. Yang pahit itu biarlah luput dalam ingatan. Cuma bila melancong, kebanyakkan masa kita mencipta kenangan yang manis sebab ketika itu fikiran kita bebas daripada terikat soal kerja ataupun rutin seharian. Maka, ruang dan masa ketika melancong sekaligus dapat mencipta kenangan yang manis buat korang. Contoh pada diri mek, setiap tempat yang mek pergi akan ada lima kenangan paling manis yang mek akan senaraikan. Senarai itu akan mek kepilkan bersama dengan gambar ketika melancong supaya di hari tua nanti mek dapat melihat kembali saat dan detik itu. Macam kita lihat album mak ayah kita dulu-dulu. Seronok, kan?

Self - reward

Paling utama dalam memberi peluang untuk diri kita melancong adalah memberi ganjaran kepada diri sendiri. Fikirkan, korang dah bersusah payah kerja seharian. Tak kisahlah kerja dirumah atau dipejabat atau di mana-mana. Kena siapkan diri seawal mungkin, menghadapi tekanan dalam pelbagai sudut. Kadang tercabar dengan tugasan yang diberikan. Cukup masa akan dapat duit gaji. Bayar bil situ dan sini. Sedikit simpanan dihari depan. Gaji pun habis. Dan begitulah kisah berulang-ulang setiap bulan. Adakah korang menikmati kehidupan yang ada dengan sebaik mungkin? Keluarlah dari kepompong korang, lebarkan sayap dan tengok warna-warni kehidupan di luar sana. Itu dapat membuka ruang minda serta memberi ruang dan peluang kepada korang mendapat ganjaran daripada apa yang telah korang usahakan. Untung-untung tempias itu dapat dirasai oleh sekeliling korang juga.

Jadi sekarang, korang masih berpendapat yang melancong itu membazir? Atau memenatkan? Buang sahajalah pendapat itu kerana pendapat ini akan merantai korang daripada keluar dari ‘sarang’ korang sekarang. Tak semua teknologi mampu untuk bawa korang ke tempat yang sebenarnya. Tak semua teknologi boleh bagi pengalaman untuk merasai kebahagian melancong. Tak semestinya destinasi korang perlu jauh untuk melancong. Yang berdekatan dengan korang pun ada, jemput pilih. Sejujurnya mek sendiri pun belum habis teroka negeri sendiri. Maka hujung minggu adalah peluang terbaik untuk bercuti dalam negeri. Korang pula macam mana? Dah habis pusing negeri kelahiran korang ataupun belum? 2019 dah plan nak teroka negeri atau negara mana? Jemput komen jika ada. Mana tahu, tempat dituju itu tempat yang sama ❤

Sekian ..

16 comments

  1. setuju dengan semua points diatas. tapi paling setuju yang self reward tu.. betul !!
    dah penat2 memang wajib hadiahkan trip jalan2 untuk diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. Tip meknbagi bagus doh.. Cik Ash jah belum berpeluang nak travel jauh lagi.. Setakat balik kg jah loni..

    ReplyDelete
  3. iya seronok sgt melancong.. dapat eratkanjuga hubungan kekeluargaan tu.

    ReplyDelete
  4. abe kie cuma mampu melancong keluar negeri kelate sekali setahun je. thn ni dah pi KL. Maybe thn dpn nak gi Melaka la pulop.

    ReplyDelete
  5. Mmg seronok melancong, tapi tu lah kena mampu dari segi kewangan, kesihatan juga.. Hope ada rezeki nak pergi melancong insya allah.

    ReplyDelete
  6. Semua points saya setuju tapiiii no 1 tu kdg2 x leh pakai pada saya sebab nak rehatkan minda tapi x rehat juga sbb kalau travel sorang, nti dok fikir pasal anak yg ditinggalkan. Kalau travel dgn anak2, laaagi x leh rehat minda. Ahahhahahaha. Adohaii

    ReplyDelete
  7. Apa yg dikongsikan di atas mengubah sedikit sebyk persepsi sy selama ini...terima kasih atas perkongsian tip yg sgt bagus 😘

    ReplyDelete
  8. yeah it sure feel good if get to vacation. I also follow your blog too, nice blog you have. feel free to visit mine at http://namesherry.com

    ReplyDelete
  9. Sangat bersetuju semua 5 point di atas sana. Tapi Naim tak free waktu sekarang, jika berpeluang akan luang masa bercuti bersama keluarga.

    ReplyDelete
  10. Setuju sgt dgn semua point mek. Pengalaman tu sgt2 penting. Jauh perjalanan, luas pemandangan, semakin banyak lah pengalaman. Bila kita tengok budaya & kehidupan orang lain, sedikit sebanyak boleh buka pemikiran kita & cara kita berfikir terhadap sesuatu perkara. Thanks mek sharing yg sgt bermanfaat :)

    ReplyDelete
  11. Betul, kalau tak mampu ke oversea dalam malaysia pun okay, kenal tempat orang, release tension, bestttt

    ReplyDelete
  12. Wah. I do love travel. Best, setiap travel jumpa pengalaman baru. Dapat kenal tempat orang. Budaya orang lain. Tengok pemandangan yang tenang. Kadang2 tengok jalan raya pon rasa cantik. Padahal org diorang rasa normal je 😅

    ReplyDelete
  13. Mmg sesaklai patut kita rewards diri dgn g holiday. Xkisah la dlm atau luar negara. Selepas penah lelah xkira la bekerja ke suri rumah ke mmg kena spent time untuk relax

    ReplyDelete
  14. rehatkan minda..nak kenal budaya negara orang memang antara objektif kenapa kita perlu melancong...org kata jauh berjalan lagi luas pemandangan,,,tu yg penting sekali sekala bercuti

    ReplyDelete
  15. Setuju dengan kelima like sebab yang dikongsi. Saya memang suka travel sebab dapat menimba banyak pengetahuan dan pengalaman. Best👍

    ReplyDelete