Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Variasi Puding untuk dinikmati di KFC, kewujudan pemanis mulut di KFC ni telah sekian lama wujud cuma maklumannya tidak begitu meluas. Iklan di TV mahupun sosial media juga dilihat tidak begitu rancak. Kalau mereka yang pelanggan 'regular' tentunya tahu dan biasa dengan pemanis mulut KFC ini. Mek juga antara yang dah tahu kewujudan puding ini namun tidak berminat untuk mencubanya. Biasalah kan, kalau tak iklaneka ni memang tak tertarik sikit.
VARIASI PUDING UNTUK DIRASAI DI KFC MALAYSIA
Dalam seminggu dua ni kencang juga di sosial media tentang kenaikan harga pada menu-menu yang terdapat di KFC. Katanya, snack plate yang biasanya RM11 hingga RM12 itu telah menjadi RM15 hingga RM16. Kenaikan yang agak drastik sebab kebanyakkan menu naik sehingga RM3 hingga RM4. Agak tinggi dan tentunya akan mengurangkan jumlah pelanggan. Dalam bahasa mudah, kesian la pada mereka yang agak tied budget.
Disebabkan terliur tengok ayam goreng KFC ketika Maharaja Lawak Mega berlansung, maka mek ajak spouse untuk turut menikmati ayam goreng KFC di Tesco Kota Bharu. Kami tiba di sana dalam jam 6 petang dan ketika itu harga untuk Dinner Treat telah disediakan. Apa yang men-teruja-kan mek adalah, menu snack plate KFC kini didatangi dengan pemanis mulut puding ! Menu untuk snack plate kini menjadi dua, samada dengan pemanis mulut atau tanpa pemanis mulut. Beza harga untuk kedua menu tersebut dalam lingkungan RM0.50 sahaja. Rugi pula kalau tak cuba, kan?
Antara variasi untuk netizen cuba adalah :
~ Salted Caramel
~ Gula Melaka
~ Mango Peach
VARIASI PUDING UNTUK DIRASAI DI KFC MALAYSIA
Mek ambik Salted Caramel dan spouse ambik Gula Melaka. Untuk mek, Salted Caramel puding - memang sedap sebab mek suka yang manis-manis. Puding KFC berperisa vanilla tidak begitu manis sebenarnya. Jadi topping Salted Caramel memang ngam betul dengan puding vanilla tersebut. Kalau diberi peluang untuk cuba lagi sekali, mek akan ambik Salted Caramel lagi. Untuk topping Gula Melaka pula, ianya tidak begitu manis. Memang hanya manis Gula Melaka tanpa campuran gula. Untuk yang tidak berapa gemar dengan kemanisan, elok dan sesuai untuk cuba Gula Melaka punya topping. Mango Peach pula tak cuba lagi jadi tak boleh nak bagi komen.
Untuk isu harga yang kian naik pada menu KFC, mek tak ada rasa nak komen sebab mek tak tahu indicator apa yang menjadi pengukur kenaikan harga menu KFC. Kalau ikut yang mek bekerja dalam sektor perbankan ni, kenaikan harga itu wajar. Pun begitu pihak KFC juga telah mengambil pendekatan dengan buat harga promo pada waktu puncak iaitu waktu makan tengahari dan waktu makan malam. Jadi, masih lagi netizen mampu untuk menikmati hidangan KFC cuma kena set masa dengan betul.
VARIASI PUDING UNTUK DIRASAI DI KFC MALAYSIA
Korang dah cuba pemanis mulut puding vanilla daripada KFC? Kalau belum boleh la ke KFC yang berdekatan untuk rasai sendiri. Cuba dulu, kalau sedap boleh repeat order. Kalau tak sedap nanti makan snack plate biasa je la. Gitu.. Dan, apa pula komen korang tentang isu kenaikan harga di KFC? Masih lagi berbaloi atau rasanya patut diturunkan kembali? Jom share di ruangan komen ❤
Sekian ..
#PUDINGSALTEDCARAMEL
#PUDINGKFC
#KFCDESSERT
Mango peach tu manis
ReplyDeleteTurunkan harga sebab i suka makan KFC!
ReplyDeletesdap ni..kna cuba..:)
ReplyDeletepenah rasa yang salted caramel je hehe..
ReplyDeleteNani pernah try yang salted caramel aje, next time boleh lah try yang lain pulak.
ReplyDeleteSalted caramel ni memang sedapp, yang mangga tu tak silap pernah rasa tapi tak berapa kena dengan tekak husniey
ReplyDeletetahun 2019 ni,masih belum jejakkan kaki di KFC.tehehehe..apa lah agaknya rasa.. Deria kan lain-lain.Bab makan,mmg sedikit cerewet ina ni.Tp rasamai pula kata sedap..haisss
ReplyDeleteTidak boleh lebih bahagia jika duduk di Proton X70 2020
ReplyDelete