Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
Recap kejayaan dan kegagalan sepanjang 2018. Dah pun berlalu setahun 2018, 365 hari melakar sejarah suka dan duka dalam semua bidang yang mek ada sepanjang 2018. Ketawa, menangis rasa tersungkur, rasa dikhianati, rasa dihargai, rasa disayangi rasanya semua lengkap. Kalau cerita satu-satu jadi macam diari pulak. Tambah lagi, macam kena buka semua aib diri. Ada beberapa kenangan mek coretkan di blog sebagai manfaat kepada orang lain. Yelah, kongsi sebab nak kongsi ilmu dan pengalaman dengan pembaca, bukan berniat nak tunjuk mek ni siapa-siapa. Mek pun akan mati juga, berkain kafan juga. Tak berbeza daripada korang, walaupun sikit.
RECAP KEJAYAAN DAN KEGAGALAN SEPANJANG 2018
Jadi, sempena dengan hari last 2018, mek buka satu question and answer session di IG mek. Ini semua cadangan Blogger Rodiah Amir . Dia yang mula-mula buat qna session ni. Sebagai yang cepat terpengaruh, mek pun ikut sekali buat. Konon macam retis kan ingat ramai orang nak tahu tentang mek. Padahal yang tanya beberapa orang je. Yang lain hanya minat untuk membaca sahaja. Tapi takapa, alang-alang tu, mek buat satu entry khusus untuk diulas dengan lebih lagi. Ni pun feeling retis jugak ke. Peringatan ye, mek nak simpan buat kenangan dan juga untuk korang kenal lebih dengan mek. Influencer la kata kan.
RECAP KEJAYAAN DAN KEGAGALAN SEPANJANG 2018
Ini soalan daripada Blogger Sis Gee . Pertanyaannya sama sekali tak mengikut soalan mek. Dia tanya bila mek nak menonton cerita Bumblebee di Terengganu. Mek faham sangat kenapa dia tanya macam tu sebab dia tahu mek amat menggemari wayang ! Cerita yang kami suka juga hampir sama. Kiranya, kalau nak buat movie date bersama family, mek boleh bawa Sis Gee korang ni bersama. Antara cerita yang kami pernah kami menonton bersama adalah HANTU KAK LIMAH 2018 . Masa pergi KL pada November 2018, plan nak tengok wayang juga di MyTown tapi sudahnya KITA ORANG ADAKAN SESI MEATBALL DENGAN BLOGGER MOMMY CICI SEKALI . Seronok ada kawan-kawan blogger yang positif di sekeliling.
RECAP KEJAYAAN DAN KEGAGALAN SEPANJANG 2018
Ini pula soalan daripada Blogger Husniey . Ditanya apa yang mek nak kongsi kejayaan mek dalam 2018 dan kalau yang gagal apa yang mek rasa nak diubah. Okei, ini sebenarnya perlukan huraian yang panjang. Memang tak cukup nak tulis di IG. Cuma jawab di IG sesimple yang mungkin sebab soalan tetap kena jawab.
Pencapaian 2018 :
Januari :
Masa Januari mek kerja macam biasa, buat kerja blog juga macam biasa. Tapi masa ni tak begitu bersemangat seperti sekarang. Januari 2018 hanya bermula dengan entry blog setiap dua hari satu entry. Tidak begitu komited memang sekadar nak sharing sahaja. Daripada segi kerja pula, memang biasa je. Pergi kerja balik kerja. Kena marah kena puji. Dalam kehidupan rumah tangga rasanya tak perlu la cerita. Bahagia ke bergaduh ke, itu adalah tetap rahsia rumah tangga.
Februari :
Untuk kerja hakiki mek, memang berjalan seperti biasa. Cuma masuk Februari ni, ianya ulangtahun mek berkhidmat di BSN. Mek mulakan tugas di BSN Kota Bharu pada 18 Februari 2014. Maka Februari 2018 merupakan tahun keempat mek berkhidmat dengan BSN. Alhamdulillah. Pun masa ni biasa sahaja. Untuk kerja blogging pula, mek dah agak mula serius dengan mengikuti kawan-kawan blogger ke tempat review. Antaranya :
Mac :
Mula episod jalan-jalan dengan rakan blogger. Mek suka travel tapi tak biasa travel dengan family friends. Walaupun mek bekerja, mek ada kawan office tapi tak pernah travel sama-sama. Bila ada rakan blogger, tetiba dapat kaki suka travel juga jadi banyak pula idea nak ke sana ke sini. Daripada program travel bersama family friends ni juga banyak ilmu / input / info yang mek dapat. Untuk mudah korang faham, bila kita travel dengan kawan-kawan ni lebih mudah untuk kita tengok warna sebenar rakan kita. Apa pandangan diaorang, apa tindakan diaorang. Benda yang kita tak boleh nak ukur melalui perbualan whatsapp. Jadi, sepanjang Mac 2018, ini yang mek buat :
April :
Balik daripada travel, terus bersemangat untuk buat review-review ni. Dapat bantuan daripada rakan blogger juga untuk dapatkan produk untuk di-review. Dalam masa yang sama, mek cuba juga guna contact yang mek ada untuk tawarkan perkhidmatan review. Pun begitu, berbekalkan dengan beberapa pengalaman dan beberapa entry, tidak mudah juga untuk dapatkan kepercayaan orang. Kita tak dapat nak tunjuk macam mana hasil kerja kita pada orang yang kita tawarkan. Pun begitu, ada juga yang mempercayai medium blog adalah medium yang sesuai untuk tujuan marketing kekal. Oh lupa, kerja hakiki mek pada April 2018 memang seronok sebab untuk gred gaji mek dapat dua kenaikan. Satu kenaikan hasil daripada prestasi kita dan yang kedua hasil daripada pihak pengurusan revise balik tangga gaji gred mek. Dengan itu, kenaikan sebanyak beberapa peratus untuk gaji pokok. Banyak ke tak? Cakap nanti kata riak pula. Anggap je la banyak. Dan ini adalah review sepanjang April 2018 :
Mei :
Pada bulan ni rasanya life on going macam biasa juga. Kerja dan blog masing-masing seimbang. Dan bulan Mei ni juga umat Islam dah menyambut puasa Ramadhan. Maka pada bulan ini banyak juga persiapan untuk hari raya. Alhamdulillah tahun ni mek dapat sponsor baju untuk satu keluarga kecil mek. Blogger lain juga dapat tapi daripada syarikat yang berlainan. Entry review pada Mei 2018 :
Jun :
Bulan kita berhari raya. Seronok tahun ni berhari raya Amzar dah agak besar sikit maka senang nak cari baju. Bulan enam ni juga mek dah start pakai domain sendiri. Bulan enam juga ulangtahun usia kereta mek. Bulan Jun juga adalah bulan mek pasangkan internet di rumah mek untuk kemudahan mek yang dah makin serius dalam berblog. Bila bermulanya ada internet di rumah, mek pun komited nak update entry setiap hari. Impian tu agak tercapai. Ada juga kadang mek terlompong tapi kebanyakkan mek akan cuba jugak untuk isikan dengan satu entry pada satu tarikh. Kadang mek update lirik lagu yang berkaitan dengan mek. Untuk review, ini entry sepanjang Jun 2018 :
Julai :
Masuk Julai ni agak seronok juga sebab birthday mek dan juga spouse. Pada Julai 2018, antara kejayaan besar mek adalah dapat review theme park dan boleh bawa bekas ahli-ahli kumpulan lagi. Dalam hati memang seronok tapi betul lah dalam dunia blog ni ada je yang busuk hati. Mek ingat dalam FB je yang ramai macam tu. Bermulanya detik mek ditikam belakang adalah hasil dapat review theme park. Semoga Allah bagi peluang untuk dia berbuat baik kembali. Untuk kerja hakiki mek alhamdulillah running smoothly. Entry sepanjang Julai 2018 hampir 90% adalah entry review. Mek juga dah mula untuk review produk-produk BSN dan alhamdulillah hasilnya agak lumayan kepada mek. Harap 2019 dapat buat lagi baik daripada 2018. Ini adalah entry sepanjang Julai 2018 :
Ogos :
Untuk Ogos, mek tak banyak buat review yang paid ni. Kebanyakkan review hanya daripada pandangan peribadi mek je. Kerja hakiki mek pun rasanya okei sahaja tiada perubahan. Ogos macam berlalu sepi seperti itu sahaja. Ada juga kes besar yang berlaku tapi mek tak nak ingat dan harap ianya terpadam selamanya daripada kotak memori mek. Jadi, untuk Ogos 2018 ini sahaja yang menjadi review :
September :
Mek kembali untuk bercuti sambil buat review pada September setelah menjadi sendu pada Ogos. Mek memang plan nak heavy duty sikit pada September bagi qada yang lagha pada Ogos. Jadi pada September mek dah mula rancang beberapa aktiviti dan ada aktiviti tersebut di bawa ke Oktober dan November. September antara bulan yang mek rasa mek bangkit daripada segala cubaan dunia, untuk terus lebih kuat dan percaya yang Allah ada di sisi kita setiap masa tak kira masa kita susah atau senang. Maka, kena letak dia dihadapan. Untuk September 2018, ini antara program yang sempat mek buat :
Oktober :
Sambung lagi semangat bangkit, mek teruskan juga misi untuk capai sasaran mek pada setiap bulan dalam karier blogging ni. Kerja hakiki mek juga mendapat berita gembira pada gaji Oktober di mana sekali lagi BSN memberi kenaikan gaji kepada semua kakitangan. Jumlah keseluruhan kenaikan gaji mek pada 2018 memang agak membantu ekonomi mek sekarang ini. Siapa tak suka gaji dinaikkan, betul tak? Cuma bila dah pengurusan beri peluang untuk kita merasa lebih sikit ni, kena juga beri kepada pengurusan apa yang mereka nak. Bukan untuk orang lain, untuk kemudahan masa depan kita juga. Ye tak? Jadi, sepanjang Oktober 2018, ini yang mek sempat review :
November :
Mek teruskan lagi misi mek nak travel pada setiap bulan. Nak juga merasa keluar negeri pada setiap bulan dan Alhamdulillah mek diberi kesempatan untuk mengunjugi Kuala Lumpur. Ibu kota, kena lah lawati sekurang-kurangnya setahun sekali. Cuma kali ini agak berbeza, mek penuhkan jadual dengan review di sana. November ni rasanya agak seronok dengan sahabat sebab this time mek dah agak nekad untuk bergerak solo. Jadi kebanyakkan perkara mula daripada mek bangkit banyak mek bergerak sendiri. Kalau memerlukan perkhidmatan blogger lain, mek buka kepada mereka namun tidak terhad kepada ahli team dah. Jadi, sepanjang November 2018, ini yang mek dah review :
Disember :
Penutup tahun 2018. Sedikit lagi nak mencorak kehidupan di tahun berumur 26 tahun. Bulan ni mek banyak juga konflik yang timbul dan mek putuskan mek nak keluar daripada team BPT. Bukan sebab tak kenang jasa tapi dah tak larat nak main wayang jadi mek tinggalkan mereka yang patut ditinggalkan. Ada lagi beberapa orang yang mek masih lagi kawan dan contact sehingga ke hari ini. Lama mek pendam akhirnya terluah juga dan mek pegang falsafah blogger yang hari ini aku dapat job, aku kongsi dengan kau dan aku yakin Allah akan kurniakan aku rezeki dalam pelbagai bentuk. Tiada hak manusia untuk mengungkit siapa hebat, siapa bagi job, siapa yang selama ini berusaha untuk kekalkan momentom. Akhirnya juga, mek sedar yang mek bukanlah fully blogger, hanya sekadar mengisi masa lapang so why you have to push yourself macam fully blogger. Maka dengan itu, mek mengambil keputusan untuk rancang balik jadual mek bermula Januari 2019. Untuk penutup 2018, ini yang mek dapat hidangkan untuk korang :
RECAP KEJAYAAN DAN KEGAGALAN SEPANJANG 2018
Pembakar semangat untuk update blog ni biasanya daripada ranking alexa dan juga seo analyzer tu jugak. Bila tengok dah terkeluar daripada ranking alexa terasa yang blog mek dah tidak dikunjungi ramai orang. Maksudnya tiada yang menarik untuk orang datang jenguk blog mek. Maka, setiap hari mek cuba usahakan untuk adakan satu entry. Tak kisah entry apa sekalipun. Kalau entry yang berbayar lagi la elok, kan? Tapi kalau entry pengalaman pun mek agak senang untuk berkongsi. Kadang mek review juga makanan terkini tanpa dapat sponsor. Alang-alang makan, review je lah, dapat jadikan satu entry, kan?
RECAP KEJAYAAN DAN KEGAGALAN SEPANJANG 2018
Ini soalan daripada blogger Rodiah Amir jugak. Jujurnya bukan mudah nak olah satu-satu entry menjadi bahan bacaan kepada orang ramai. Lebih-lebih lagi menulis dalam niat nak memberi info serta manfaat kepada pembaca. Bukan sewenang-wenangnya boleh cipta tajuk dan tulis. Silap haribulan, kalau tersalah tajuk, tersalah isi kandungan maka entry tu boleh dikategorikan sebagai sampah pula. Balik kepada soalan yang blogger Rodiah Amir lontarkan, mek kebiasaannya akan olah tajuk melalui apa yang dengar di radio, televisyen, internet (FB / IG / Youtube) dan juga apa yang berlaku disekeliling mek. Untuk olahan isi kandungan kadang tak siap dalam tempoh sejam. Kadang tulis satu perenggan save dan tutup disebabkan kekeringan idea. Tapi ada juga dapat tajuk, terus tulis dan publish hasilnya letop. Tengok atas keadaan semasa dan juga tajuk yang kita olah. Mek tak aim sangat berapa orang akan view untuk satu-satu entry mek. Cuma harapnya entry mek karangkan tu bermanfaat dan sentiasa dicari oleh mereka-mereka yang memerlukan info tersebut.
Korang pula macam mana sepanjang 2018? Ada entry yang mek boleh baca? Drop diruangan komen, okei ❤
Sekian ..
#RECAPKEJAYAAN2018
#RECAPKEGAGALAN2018
#RECAPUNTUKMUHASABAH
WOW..blogger hebat ni..banyak review,..kita blogger picisan jer..:)
ReplyDeleteAll the best for 2019!! Jom JJCM!HAHAHAAHAHA
ReplyDeleteRajinnya banyak buat review! Tahniah atas achievement untuk tahun 2018 ni mek. Moga lebih berjaya tahun 2019 ni.
ReplyDeletewah Mek hebatnyaa. banyak betul update tahun lepas ye esp July tu
ReplyDeleteerr btw apa kes tikam tikam tu. tak tahu punnnnn
Maklumat mengenai Proton X70 2020
ReplyDelete