PROTON X70, SPESIFIKASI DAN KADAR ISTIMEWA UNTUK MILIKINYA

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Proton X70, kenderaan SUV pertama yang berjaya Malaysia ciptakan. Pun begitu, disebalik dengan kebanggaan jenama Proton, ramai juga netizen agak tidak berpuas hati dengan Proton X70 yang mana dilabelkan sebagai buatan negara China. Korang pun sedia maklum yang terdahulu bekas Perdana Menteri kita ada memberi beberapa peratus saham kepada negara China dengan hasrat negara tersebut dapat membantu kita dalam meningkatkan mutu buatan seiring dengan teknologi pada masa akan datang.


PROTON X70, SPESIFIKASI DAN KADAR ISTIMEWA UNTUK MILIKINYA

Namun, betul ke Proton X70 dibayangi dengan pembuatan negara China? Mek berpeluang untuk tengok sendiri di depan mata mek, dapat menyentuh dan merakam ciri-ciri Proton X70. Pada amatan mek, ianya tidak dibayangi oleh pembuatan negara China kerana teknologi dan beberapa fungsi lain tampil dengan kemodenan serta kecanggihan. Dalam bahasa mudah yang mek nak sampaikan adalah Proton X70 ni tidak begitu menyerupai buatan China, nampak je macam Malaysia yang buat but even better. Macam tuh.

Mesti korang tak sabar nak tahu apa yang menjadikan si Proton X70 ni antara yang diidami oleh orang ramai. Yelah, rupa bentuk macam Range Rover, haruslah buat ramai lelaki dan perempuan di luar sana 'menggilai' Proton X70 ini. So jom baca beberapa isi penting yang mek nak ceritakan dalam entry kali ini.

1. Spesifikasi Proton X70 yang menjadi tarikan


PROTON X70, SPESIFIKASI DAN KADAR ISTIMEWA UNTUK MILIKINYA

Didatangkan dengan enjin berkuasa 1.8 TGDi, bagi langkah penjimatan petrol serta menjaga keharmonian alam sekitar. Mesti korang agak macam '1.8 untuk support body Range Rover?' - mek pada mulanya macam tu juga tapi lepas diberi penerangan yang mana kuasa enjin TGDi lebih berkuasa, maka mek percaya yang 1.8 TGDi adalah sesuai dengan Proton X70. Untuk penerangan lebih lanjut, korang boleh tanya salesman di Proton atau pandu uji jika mereka sediakan perkhidmatan tersebut.


PROTON X70, SPESIFIKASI DAN KADAR ISTIMEWA UNTUK MILIKINYA

Didatangkan dengan leather seat, tapi yang ini untuk full spec aje la. Tiga model di bawah seatnya berupa kain, bukan leather. Selain daripada leather seat, audio juga dikawal selia hanya daripada stering sahaja. Pada audio pula, semuanya touch panel. Takada butang-butang dah. Proton X70 ni korang boleh sambungkan juga dengan connection internet berkelajuan 4G. Jadi untuk navigation, boleh pakai display audio panel sahaja. Antara yang menarik, kalau warna merah macam yang mek tangkap gambar merupakan Proton X70 yang premium maknanya yang full spec. Warna merah ni takkan ada pada Proton X70 selain yang premium.


PROTON X70, SPESIFIKASI DAN KADAR ISTIMEWA UNTUK MILIKINYA

Rim alloy 18inch untuk ketiga-ketiga model kecuali yang paling rendah iaitu Proton X70 Standart yang mana rim alloy-nya adalah 17inch. Lagi besar tayar, lagi tampak segak dan menawan. Bentuk rim ni juga direka khas untuk Proton X70. Pada mek, iainya nampak sesuai dan mek memang suka yang macam lidi-lidi ni, nampak eksklusif gitu. Bab tayar guna cap apa tu mek tak sure jugak sebab setiap kereta yang keluar, tak sama cap tayar digunakan. Ada juga pengguna mengatakan yang bergantung kepada jenama juga untuk tahu kelembutan sesebiji tayar tu. Untuk mek, no issue. Asal ada angin elok tak bocor tak nipis, boleh pandu dengan elok.


PROTON X70, SPESIFIKASI DAN KADAR ISTIMEWA UNTUK MILIKINYA

Keluaran Proton kali ini mek memang agak mengkaguminya kerana even pada lampu pun ada cop Proton. Its look exclusive ! Didatangkan juga dengan lampu amber macam BMW, memang lagi tampak moden mengikut arus semasa. Mek takda la mendalami sangat bab-bab aksesori kenderaan ni. Cuma, sekali pandang dah cantik tu memang mek tak cakap apa la. Mek pula bukan kategori yang suka tambah aksesori kenderaan. Beli macam tu, pakai macam tu. Disebabkan itu, mek suka kereta yang datang dengan originalitinya dah cantik dan eksklusif.

2. Kelayakan minimum untuk dapatkan Proton X70


PROTON X70, SPESIFIKASI DAN KADAR ISTIMEWA UNTUK MILIKINYA

Isu kelayakan ni mek nak cakap lebih pun tak berani sebab lain orang, lain komitmennya. Cuma, apa yang mek boleh bantu adalah dengan menyediakan kalkulator untuk korang congak secara kasar jika hendak memiliki Proton X70. Untuk pengiraan, korang boleh tekan :


3. Kadar istimewa daripada BSN untuk pemohon Proton X70


PROTON X70, SPESIFIKASI DAN KADAR ISTIMEWA UNTUK MILIKINYA

Berita baik semestinya perlu dikongsi. Bagi mereka yang sedang berkira-kira untuk beli Proton X70, korang boleh mohon untuk membuat pembiayaan kenderaan korang di mana-mana cawangan BSN sebab BSN nak bagi kadar 2.55% sahaja ! Berbanding dengan kereta nasional yang lain iaitu kadar biasa 3.15% tentunya dengan kadar 2.55% akan rendahkan komitmen bayaran balik pembiayaan kenderaan korang. Ada juga mereka yang tidak kisah dengan komitmen pembayaran balik pun begitu, bila korang congak dan kira, perbezaan sebanyak RM50 selama tempoh 9 tahun adalah amat bermakna. Jadi, pilih yang terbaik.

5. Terma dan syarat untuk mohon Proton X70

Untuk memohon Proton X70 tak ada syarat tertentu. Dokumen yang diperlukan adalah sama seperti pembiayaan kenderaan lain iaitu :

~ Slip gaji 3 bulan terkini
~ Lesen memandu

Mudah kan? Korang nak check samada slip gaji korang on ke tak on dengan Proton X70 ni, boleh hubungi mek ditalian 01117850280 (whatsapp dan call). Tapi mek lebih suka whatsapp sebab senang nak minta dokumen untuk mek kira-kirakan. Di bawah ni juga ada video temubual mek bersama pegawai pembiayaan kenderaan BSN Kota Bharu, korang boleh dengar dahulu apa yang menarik tentang Proton X70 di mata BSN.


PROTON X70, SPESIFIKASI DAN KADAR ISTIMEWA UNTUK MILIKINYA


Sekian ..


#PROTONX70
#KADARISTIMEWABSN
#SUPPORTNATIONCAR

2 comments