PESTA THAI DI KELANTAN JANUARI 2019

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Pesta Thai di Kelantan Januari 2019. Saban tahun mesti ada pesta thai di Kelantan. Seingat mek tahun lepas dua kali juga mereka bertapak di Kota Bharu. Setiap sesi mek tak pernah lepaskan peluang untuk merasai hidangan Thai yang asli ini. Walaupun kebanyakkannya adalah menu yang sama, orang yang sama tapi makanan yang dihidangkan itu memang menarik minat para pengunjung untuk tidak melepaskan peluang setiap kali mereka diadakan. 


PESTA THAI DI KELANTAN JANUARI 2019

Banyak juga komen-komen yang mengatakan harga semakin mahal dan kadang kuantiti makin sedikit. Bagi mek ada betulnya dan ada juga gerai yang masih lagi mengekalkan harga dan kuantiti makanan pada skala seperti awal mereka menapak di Kota Bharu. Pun begitu, korang kena juga faham perbezaan mata wang antara salah satu punca kenapa mereka dah naikkan harga pada menu mereka. Cuma tidak lah begitu ketara. Mungkin dulu nasi Khoumok sebekas RM5 sekarang dah RM8. Sama juga untuk makanan lain ada peningkatan harga. 


PESTA THAI DI KELANTAN JANUARI 2019

Untuk pesta Thai kali ini mek baru sempat memburu dua menu iaitu :

~ Pulut Mangga (RM7)
~ Jus Mangga (RM6)


PESTA THAI DI KELANTAN JANUARI 2019


PESTA THAI DI KELANTAN JANUARI 2019

Baca juga entry pesta Thai 2018 :


Selari dengan mutu buatan dan harga, sedikit pun tak lari rasa asli daripada Thailand. Pulut mangga mungkin nampak biasa di mata kasar tapi rasa mereka tidak sama antara satu sama lain. Yang mek beli ni memang cukup lemak dia punya pulut serta kuah santannya. Mangga pula manis, tak masam jadi memang gabungan yang cukup baik. Untuk air juga mek amat berpuas hati sebab dia memang guna mangga yang banyak, kordial hanya 10% sahaja maka rasa mangga asli tu memang terserlah. Diletak pula aiskrim vanilla untuk perasa manis. Dua menu ni mek bagi bintang penuh. Pasti akan repeat lagi untuk kunjungan seterusnya.

Kawan-kawan mek semuanya mencuba Nasi Khoumok iaitu menu asli daripada seberang. Kita di Kelantan pun jarang jual nasi khoumok ni. Kalau yang jual tu maknanya orang Thai la tu. Bila bertanyakan mereka tentang rasa nasi Khoumok ni katanya memang sedap dan betul-betul rasa rempah nasi Khoumok. Maksudnya, kualiti untuk pesta Thai masih lagi dijaga dan diberi sepenuhnya kepada pelanggan. Tidak berkurangan rasa rempah mereka itu. Kiranya kalau dinaikkan harga pun mek masih lagi bersetuju kerana mereka deliver yang terbaik daripada mereka.


Korang yang berada di Kelantan, jangan lupa untuk datang ke Pesta Thai di Stadium Muhammad ke IV. Tarikh sah sehingga 06 Februari 2019 sahaja. Yang mana isteri-isteri mengidam tu elok sangat bawa ke pesta Thai Kota Bharu ni untuk lepaskan mengidam tu. Yang tak mengandung, mengidam anak tekak pun boleh juga datang. Bawa kawan-kawan dan keluarga sekali. Cuma satu nak pesan, meja memang ada disediakan cuma limited. Jadi kalau korang yang bawa anak kecil, pastikan dapatkan meja terlebih dahulu sebelum membeli makanan. Kesian dekat anak bersesak dengan orang ramai nanti. Tak salah nak bawa anak-anak tapi selesakan mereka terlebih dahulu. Semoga bermanfaat ❤


Sekian ..


#PESTATHAI
#PESTATHAIKOTABHARU
#PESTATHAI2019

8 comments

  1. Haritu ada pesta thai ni dekat area rumah ika hee. and yes pulut mangga depa mmg sedap sgt and lain. hee.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2019/01/hadiah-dari-blogger-kak-sha.html

    ReplyDelete
  2. cik nor g mlm td tp bli air jer..haha

    ReplyDelete
  3. Macam menarik jer..kat NS macam xde la..x tau la kalau kat KL ada..x pernha pergi

    ReplyDelete
  4. Kat Terengganu dok masuk lagi tahun ni.. Nanti nok terjah kalau ada.. Suka minuman buah buahan tu. Pekat molek..

    ReplyDelete
  5. bulan lepas ada di melaka thai food fest ni.
    aida singgah jap.
    naik harga la mek. minima RM7. last year seingat aida RM6.
    kami lalu satu round, terus balik. better makan proper kat kedai.

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaa nampak pulut mangga tu mek.

    ReplyDelete
  7. mengidam anak tekak... tahun lepas xsempat pergi dekat kulim ada buat... suami kerja time tu.. hahhaa...

    ReplyDelete
  8. sedapnya pulut mangga 😭😭😭😭😭

    ReplyDelete