Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..
Makan pagi di Kelantan, Nasi Kak Wok JJ Jalan Telipot Kota Bharu. Selaku orang Kelantan sejati, mestilah mek nak juga mencuba nasi-nasi yang dijadikan sebagai sarapan pagi ini. Nasi Kak Wok JJ ni dah lama ada di Jalan Telipot Kota Bharu. Mek mula kenal dengan nasi kak wok JJ ni tahun 2011. Masa tu baru-baru kenal spouse jadi ada la keluar dating, dia bawa lah makan di kedai kak wok JJ Jalan Telipot Kota Bharu. Sesuai dengan citarasa maka pilihan utama bila nasi kak wok adalah semestinya Nasi Kak Wok JJ Jalan Telipot.
MAKAN PAGI DI KELANTAN NASI KAK WOOK JJ JALAN TELIPOT KOTA BHARU
Bila kawan-kawan mek yang luar daripada Kelantan datang berkunjung ke Kelantan, mek biasanya akan recommend kepada mereka untuk makan di sini. Maka, bila Sis Gee datang ke Kelantan (sebenarnya tempat ni adalah dah beberapa mek suggest-kan kepada Sis Gee cuma tidak berkesempatan untuk datang dan cuba), mek pun bawa lah dia merasai the originality of nasi kak wok JJ. Terlepas satu hutang dengan dia. Dan alhamdulillah, walaupun pada hari tu ramai orang, agak penuh sebab hujung minggu tapi Allah permudahkan juga untuk kami menikmati hidangan nasi kak wok JJ.
Nasi Kak Wok JJ ni simple je menunya. Ayam goreng yang dipotong kecik-kecik, sambal dan kuah gulai ayam. Apa yang membezakan antara yang sedap dan yang tak berapa nak sedap adalah kuah gulai ayam tu. Mek tak berapa pasti kuah gulai yang macam mana yang mengena dengan istilah nasi kak wook ni. Yang pasti, kalau gulai yang macam mummy mek buat, memang tak mengena dengan nasi kak wok. Susah betul mek nak describe dalam perkataan (mungkin sebab mek tak expert dalam buat gulai-gulai). Nanti korang boleh terjah sendiri kedai Nasi Kak Wok JJ.
Berita baik juga untuk korang, kalau tak datang Kelantan masih lagi boleh mencuba nasi kak wok JJ di Shah Alam. Katanya anak kepada pemilik Kak Wok JJ ada buka cawangan di Shah Alam dengan membawa 100% resipi Nasi Kak Wok JJ yang berada di Jalan Telipot, Kota Bharu. Pernah juga mek bertanyakan kepada mereka yang pernah mencuba nasi kak wok JJ di Shah Alam adakah sama rasanya dengan yang di Kelantan. Kata kawan mek memang sebiji rasanya sama cuma nasi je agak lain kerana di sana mungkin menggunakan beras Malaysia (mungkin).
MAKAN PAGI DI KELANTAN NASI KAK WOOK JJ JALAN TELIPOT KOTA BHARU
Jadi, korang yang berkesempatan untuk datang ke Kelantan ni, jangan lupa untuk singgah di kedai kak wok JJ Jalan Telipot Kota Bharu. Kalau ke Shah Alam boleh juga mencuba nasi kak wok JJ ni. Sekurang-kurangnya bila kawan korang cakap apa rasanya boleh la korang bayangkan macam mana rasa nasi kak wok JJ. Kalau sedap boleh suggest kepada mereka yang lain pula. Kalau tak sedap, diam-diam je la (macam bias pulak). Cuma satu nak pesan, taste manusia tak sama antara satu sama lain. Ada suka gemuk ada suka kurus. Ada suka pedas ada suka masam. Jadi, be wise. Jangan hina dan herdik pandangan orang lain. Hormat adalah kata kunci yang paling sesuai untuk setiap perhubungan. Semoga bermanfaat ❤
Sekian ..
#MAKANPAGIDIKELANTAN
#NASIKAKWOOKJJ
#KAKWOOKTELIPOT
laluan mari kb ni tp xrajin singgah..haha
ReplyDeleteSampai beratur panjang
ReplyDeletetentu sedap nasi kak wok ni
ha kalau kat KL pun banyak versi Nasi Kak Wok..
ReplyDeleteBaru tahu nasi kak wok ni orang makan pagi eh di Kelantan 😂
ReplyDeleteBiasa jumpa nasi gini tengahari je kalau di Terengganu. Syok weh ayam goreng gitu pastu sambal belacan pedass
glamer juga nasi kak wok ni, mek.
ReplyDeletebiasa aida dgr. cuma lom pernah mencuba memakannya.
tak jumpa lagi :)
in shaa Allah, next trip aida ke kelantan, akan cari.
aduhaiiii lama x g makan nasi kak wook kat sini... balik sokmo sempat makan yg ala kak wook jah huhuhu
ReplyDelete