Salam alaikum untuk para sahabat positif mek ..
Cara nak detetct panggilan itu adalah daripada scammer. Panggilan daripada scammer ni dah jadi bualan harian mek di tempat kerja. Ada sahaja yang menerima panggilan daripada scammer ini walaupun kami di sektor perbankan. Scammer ni tak semestinya dia menyamar jadi orang bank je, sekarang ni diaorang dah upgrade perkerjaan mereka dengan jadi polis, jadi orang Telekom dan macam-macam pegawai lain lagi yang mereka menyamar.
CARA KENAL PASTI PANGGILAN ITU ADALAH DARIPADA SCAMMER
Macam mana scammer dapatkan maklumat kita? Biasanya apa yang dibaca oleh scammer tentang maklumat kita adalah tepat sekali. Jarang yang salah. Kalau salah tentunya scammer sendiri akan tamatkan panggilan tersebut. Ada juga yang mendakwa, scammer ni kalangan orang bank juga kerana mana mungkin dia boleh tahu tentang akaun kita dengan begitu tepat. Maklumat tepat tu adalah nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat rumah dan beberapa info lain lagi. Mungkin korang lupa, maklumat seperti yang mek senaraikan di atas, bukan hanya didedahkan pada pihak bank sahaja. Korang pun mesti ada isi nama, nombor ic, alamat rumah sebab tertarik dengan cabutan bertuah di mana-mana mall yang korang lawati, kan? Maklumat peribadi kita amat mudah untuk bocor sebenarnya sebab kita banyak mengisi borang untuk mohon sesuatu perkara, contohnya nak pakai telefon, kena daftar simkad. Disitu pun sudah ada maklumat peribadi kita. Jadi, jangan salahkan satu pihak sahaja untuk kebocoran maklumat diri kita.
Bagaimana pula dia boleh tahu kita ada hutang dengan bank lain? Yang ini mek rasa korang cepat panik. Secara logiknya, kalau korang tak mohon untuk buat apa-apa jenis pembiayaan, mana mungkin korang direkodkan mempunyai tunggakan? Oh mek, ada orang guna IC kita la tu. Please guys, jangan kuno. Nak guna IC korang sekalipun, dia takkan dapat guna jari dia untuk pengesahan biometrik untuk IC orang lain. IC bukanlah kad ATM yang bila ada nombor pin, korang boleh keluarkan duit orang lain. IC adalah satu kad yang mempunyai simpanan sistem biometrik. Allah dah jadikan berjuta manusia tapi satu-satunya yang takkan sama sampai mati, sampai kiamat adalah cap jari manusia. Paling senang nak bagi korang faham, kalau untuk handphone yang pakai thumbprint, kalau korang guna jari anak korang, agak-agak phone tu boleh unlock tak? Takkan? Jadi, sama dengan isu menggunakan IC individu lain.
Scammer boleh mention yang kita ada tunggakan dengan bank lain, info tu dapat daripada mana? Ini ada juga yang berlaku tapi kebanyakkannya adalah scammer yang serkap jarang. Contoh ayat, puan ada tunggakan untuk kenderaan puan. Korang pun macam nak iakan tapi dalam masa yang sama tak pasti. Rasa bayar je bulan-bulan. Bila dia dengar suara korang macam tidak pasti, dia akan cepat-cepat physcho korang dengan bertanyakan soalan lain, contohnya bila bayaran akhir untuk kenderaan korang. Mungkin juga dia kononnya tolong semak untuk korang dan mengatakan bayaran tersebut tidak diterima oleh pihak bank. Masa tu korang akan menggelabah sebab korang sendiri dah hilangkan resit bayaran tu.
Jadi, macam mana kita nak kenal pasti itu adalah panggilan daripada pihak bank ataupun scammer? Korang kena selalu tahu yang pihak bank ataupun pihak organisasi lain takkan sesekali memaksa pelanggan untuk membuat pembayaran dalam tempoh yang singkat contohnya dalam tempoh dua jam. Biasanya kalau korang ada tunggakan sekalipun, pihak bank mesti telefon dan minta korang untuk lunaskan tunggakan sebelum akhir bulan. Contohnya sebelum tarikh 30hb. Takadanya orang bank peras ugut - puan kena bayar juga tunggakan ini dalam tempoh dua jam. Kejam oi. Dapat aduan daripada pelanggan, terus berdesup kena aduan daripada Bank Negara pulak. Ingat senang nak mintak duit pelanggan?
Lain-lain info untuk tahu tentang scammer? Scammer ni biasanya dia akan cakap biadap sikit. Tak sopan dan tidak beretika. Dia cakap dengan kita, macam kita cakap dengan kawan. Sedangkan kalau pihak berwajib atau pegawai organisasi, untuk bercakap dengan pelanggan tak boleh guna perkataan bodoh, bengap, bengong, bahlul, dan seumpamanya. Maksudnya, bercakap berlapikkan etika ni takkan bunyi macam biadap la. Ni tetiba pelanggan cakap tak nak bayar, terus bagitahu - eh encik nak kena tumbuk muka dengan saya ke? Amboi dia. Cakap dengan siapa tu. Pelanggan ni jangan kategorikan dia dengan level kehidupan tau, golongan B40 ke, M40 ke sama je etika bercakap dengan pelanggan.
Walaupun dah detect dia tu scammer, tapi hati masih lagi rasa tak tenang, macam mana kita nak check diri kita ni sebenarnya bebas daripada pembiayaan yang kita tak buat? Yang ini, korang boleh sahaja telefon hotline bank-bank yang dinyatakan oleh scammer tadi. Contoh : Scammer cakap korang ada pembiayaan di BSN. Padahal korang tak buat. Tamatkan panggilan dengan scammer tu. Telefon bahagian Khidmat Pelanggan BSN 1300881900 . Minta pegawai khidmat pelanggan untuk semak dalam sistem perbankan tersebut, ada tak nama korang terselit buat pembiayaan atau pembiayaan korang ada tunggakan. Bila dah telefon bahagian khidmat pelanggan bank masing-masing, baru lah kita akan tahu kesahihannya.
Akhir sekali, tolong jangan mudah untuk percaya pada panggilan scammer. Cukup-cukuplah bagi duit free pada diaorang. Kita sebagai pengguna dan juga pelanggan perbankan harus mengetahui selok belok perbankan kita sebelum kita menyimpan wang di dalam akaun. Jangan mudah tunding jari pada perbankan anda jika duit anda hilang. Seeloknya korang yang kena berwaspada dengan setiap transaksi yang dilakukan. Kerap sangat pembelian online juga turut mengundang padah. Kebocoran maklumat dipertengahan adalah amat tinggi. Contohnya pembelian di Shopee - dedah maklumat akaun di sana. Beli di Lazada, dedah maklumat akaun di sana pula. Bukan tidak elok cuma jangan terlalu kerap.
Korang ada pengalaman dapat panggilan daripada scammer? Macam mana korang kenalpasti itu adalah scammer? Boleh share diruangan komen, semoga bermanfaat untuk orang lain ❤
Sekian ..
#SCAMMER
#SCAM
#ELAKUNTUKTERPEDAYA
ya ampun scammer ni hati kejam dan nekad. bijak pulak tu peras ugut. macam aritu minta detail kereta dan lain-lain. terus aku marah nape suka hati nak minta.
ReplyDeleteSeram lah sekarang ni, banyak sangat scammer. Nani jenis kalau nombor tak kenal lepas tu memang dah confirm tu bukan nombor local, memang tak angkatlah.
ReplyDeleteHari tu dia call phone rumah. Rabia terus letak. Ada ke dia suruh Rabia pergi mahkamah
ReplyDeletetakut dengar kes2 sekarang ni..
ReplyDeletepernah dapat call panggilan mahkamah terus letak hahaha serammm
ReplyDeletetips mek yg last sekali tu, aida sokong.
ReplyDeleteJGN MUDAH PERCAYA! aida rasa lah kan, ada mangsa yg percaya.
yg menyerah diri. yg gagal kawal emosi takut time tu, mek.
itu yg jadik kes.
bank takkan sewenang2nyer pecah rahsia kan. ada agreement kot dgn pelanggan.
maklumat adalah rahsia.
aduhai.
takut aida. nak pick up unknown numbers, memang tak lah, mek.
Maklumat mengenai Proton X70 2020
ReplyDeleteI know without a doubt that practically all web clients know about the scammers. In any case, certain individuals might know just a little with regards to it.Scam Recovery Companies
ReplyDeleteThe African scam has many subjects, the most widely recognized being the large numbers of dollars in the dead individual's ledger in Nigeria. 먹튀사이트
ReplyDelete