Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Dewi Remaja 2018 antara menyalahkan atau mengambil iktibar. Oh, buka FB penuh dengan cerita Haneesya dan dua lagi rakan yang terpalit dengan isu kontroversi berliburan di satu kelab malam sehari selepas dinobatkan sebagai Juara Dewi Remaja 2018 (tapi isu ni a bit cliche kerana ada yang cakap video tersebut adalah video bulan sebelumnya). Isunya itu menjadi lebih hangat bila dalam video yang sempat dirakam, Haneesya dikatakan mengambil minuman keras. Dan disebakan itu, gelaran Dewi Remaja 2018 digugurkan daripada menjadi milik Haneesya. Pun begitu, tempat kedua masih lagi dipegang oleh Naib Juara Dewi Remaja 2018. Julung-julung kalinya, Dewi Remaja tiada juara disebabkan oleh kontroversi yang timbul.
Di youtube dan FB, banyak sangat versi cerita yang keluar. Kenyataan demi kenyataan. Yang tentunya semua nak pertahankan diri sendiri. Mek sempat juga layan dua tiga versi. Tak larat jugak otak nak di-input-kan dengan perkara sebegini. Cuma kebetulan hari Jumaat, hari santai di rumah, kebanyakkan masa layan youtube dan FB je maka mendengar dan juga membaca lah pasal Haneesya ni. Lepas dah dengar dan baca, rasa mek pulak nak menulis. Walaupun mek diusia yang muda, anak baru dua, tu pun kecil lagi rasanya tak salah kot nak tegur demi kebaikan orang yang lebih dewasa.
DEWI REMAJA 2018 ANTARA MENYALAHKAN ATAU MENGAMBIL IKTIBAR
Majalah Remaja Official ada keluarkan satu video macam sidang media mengenai penarikan balik gelaran Juara Dewi Remaja terhadap Haneesya selepas dihimpit oleh netizen yang mengecam katanya layak ke si Haneesya ni jadi ikon remaja kalau itu cara sosial life-nya. Dalam video ni juga Haneesya tampil memberi kenyataan jangan palitkan ibunya dalam hal ini. Dia sendiri yang memilih jalan ini dan dia akan tanggung akibatnya. Komen mek pula - Kesalahan yang berlaku ni memang betul mak dia tak suruh. Cuma sebagai mak mesti juga kena tanggung malu tanggung kesalahan sebab kita ibu kepada anak kita. Anak kita dalam jagaan kita maka tentunya akan terkena juga sedikit sebanyak. Cuma, mek tak salahkan mak dia seratus peratus. Mek pertikaikan mak dia tak tanya ke dia pergi mana. Takkan la se-open itu kalau anak jawab pergi club malam? Itu je yang mek persoal mak dia. Bab Haneesya memang waras akal, salah besar dik. Salah dan berdosa. Cuma, Allah tu maha pengampun. Minta keampunan daripada Allah dan yang lain tak perlu risau dah. Mulut netizen sekejap je dia akan cakap. Time tengah panas ni ingat la. Tanya bulan enam nanti dah tak ingat kisah ni.
DEWI REMAJA 2018 ANTARA MENYALAHKAN ATAU MENGAMBIL IKTIBAR
Team Hanee Official (rasanya Admin akaun tersebut adalah ibunya) pun ada keluarkan satu kenyataan yang mengatakan ibu Haneesya mintak maaf pada semua netizen dan dia gagal mendidik anak dia menjadi anak yang baik serta ikon kepada remaja lain. Bagi mek, mak Haneesya mintak maaf tu dah jadi part sayu pulak. Yela, anak buat perangai mak kena tanggung. Tapi apakan daya, sebagai penjaga kepada anak kita, memang kita kena ambik tanggungjawab tu. Contohnya kalau anak kita sedang berada di kawasan permainan then tetiba dia hempuk kawan yang ada dekat situ, of course sebagai ibu kita kena minta maaf kepada parents budak tadi. Sebab anak adalah amanah dan kena jaga sebaik mungkin. Cuma kesian la, anak dah besar disebabkan kita terlampau percaya kepada anak dan memberi kebebasan kepada mereka, disalah guna pula. Lebih teruk perbuatan anak kita bukan setakat netizen yang mencela malah Allah juga sudah melarang secara terang.
Sedikit lagi pandangan mek kepada isu ini adalah kepada netizen yang cakap ibu tak pandai jaga anak. Bukan tak pandai. Dah bagi pelajaran, dah mendidik cuma kita ibu terkalah dengan permintaan anak yang nak kan kebebasan. Alah rilex la mummy, semua kawan-kawan keluar lepak malam, kita je duduk rumah. Maka kita ibu terkalah dengan pujukan itu. Peringatan juga kepada ibu-ibu yang akan ada anak mengenjak ke umur remaja, umur paling kritikal - semua benda nak cuba. Ini juga peringatan kepada mek. Memang kita betul-betul kena siapkan diri dengan agama yang betul, seiring dengan landasan dan kehendak agama. Tak moden, tak chill, tak ikut situasi semasa pun tak apa lah asalkan ikut apa yang Allah perintahkan. InsyaAllah. Jadi, berhenti menunding jari, perbaiki diri, persiapkan diri masing-masing ❤
Sekian ..
#DEWIREMAJA2018
#KISAHVIRALDEWIREMAJA
#PARENTINGISSUE
masing2 dah besar dan ada fikiran yang waras. pandai2 lah fikir mana baik, mana buruk..huhu
ReplyDeleteyess..ambil iktibar dan pengajaran..
ReplyDeleteKesian mak dia, tiba2 dipersalahkan.
ReplyDeleteBagi saya, masing2 dah besar. Fikir la nama baik keluarga sebelum nak buat benda tak baik.
Ambil iktibar dari apa yang berlaku.
ReplyDeleteKesian kan.. mak dia kuat betul. Nak mengaku salah tuh.demi anak
ReplyDeletejgn kecam sgt kita belum tentu akan jadi ibu yg baik. seeloknya kes sebegini kita jadikan iktibar je
ReplyDeleteiman x dpt dijual beli...iman x dpt diwarisi...mak bapak alim pun x semestinya anak beriman gak kan?
ReplyDeletekesian la jugak.
ReplyDeleteada tgk hanisya ni live kat meletops.
dia mengaku. too bad for her.
dewi remaja ni ikon kan. ala-ala miss world, miss universe.
mesti jadi teladan kpd remaja yg lain dan dia mesti ada behaviour yg sempurna di mata org awam.
perkara gini jadi, memang la patut ditegur. aduhai...
bukan salah parents, kan mek, bila anak jadi gini.
dah besar. dah jadik dewi remaja kot. takkan tak boleh berfikir mana baik mana tak, kan.
tengok dalam meletop dia minta maaf sedih gak la..semoga apa yg jadi nanti menjadi pengajaran buat remaja2 semua
ReplyDelete