KFC PARMESAN TRUFFLE BARU, YEAY OR NAY ?

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

KFC Parmesan Truffle Baru, Yeay or Nay? Korang mesti dah tahu tentang keluaran KFC yang terbaru sempena Tahun Baru Cina yang tak sampai sebulan lagi kita akan semua dapat cuti yeayy ! Iklan KFC Parmesan Truffle ni kalau korang perasan ada sepasang suami isteri yang dah berusia, bersiap untuk makan malam macam candle light dinner gitu then menari kejap, lepas tu diaorang makan KFC Parmesan Truffle dengan penuh keenakan. Kalau korang yang mengikuti Maharaja Lawak Mega 2018, mesti korang juga perasan yang menu KFC pada minggu semi-final adalah KFC Parmesan Truffle. Sedap je kan tengok diaorang makan. 


KFC PARMESAN TRUFFLE BARU YEAY OR NAY

Kenapa diberi nama Parmesan Truffle sebenarnya ya? Sempena nak Tahun Baru Cina ni, memang hidangan mewah banyak muncul. Tak ketinggalan fast food restaurant yang senantiasa bersaing sesama sendiri untuk mendapat tempat di hati pelanggan. Kalau McDonald, tiap kali Tahun Baru Cina akan muncul lambang kemewahan iaitu Prosperity Burger. Kalau KFC pula, tiada menu yang tetap untuk setiap Tahun Baru Cina, cuma akan ada menu baharu untuk setiap perayaan ini. Parmesan dipilih kerana antara keju yang ada di dunia, Parmesan adalah keju yang paling mahal. Makin 'tua' si Parmesan, makin mahal harganya. Jadi, sesuailah KFC memilih keju Parmesan untuk lambang kemewahan pada Tahun Baru Cina kali ini.


KFC PARMESAN TRUFFLE BARU YEAY OR NAY

Walaupun menggunakan keju yang paling mahal, harga untuk hidangan KFC Parmesan Truffle ini tidaklah begitu mahal. Harganya hanya lebih kurang snack plate iaitu RM15 untuk dua ketul KFC Parmesan Truffle, satu potato, satu coleslow dan air Mountain Dew. Bagi mek, ianya satu set yang lengkap dan agak okei dengan harga yang ditawarkan. Tak terlalu mahal dan tidak terlalu murah juga. Harga mengikut piawaian fast food restaurant di Malaysia.

Komen mek mengenai KFC Parmesan Truffle adalah agak masin tapi boleh makan. Repeat lagi ke tak itu mungkin juga repeat sebab bukanlah kata tak sedap sangat. Tapi bagi spouse mek, jauh lebih sedap Hot and Spicy. Bagi spouse mek (mungkin dia tak minat sangat dengan cheese) rasanya yang ini tak kekal lama pun takapa. Tak keluar lagi tahun depan pun takapa. Untuk mek yang suka dengan cheese, kalau KFC nak keluarkan lagi tahun depan menu ini pun boleh. Jenis menerima je. Asalkan jangan hilangkan ayam goreng original dan hot and spicy tu. Yang tu wajib ada sepanjang musim.

Nampaknya kalau dibandingkan antara Prosperity Burger dan KFC Parmesan Truffle, Prosperity Burger masih mendahului dalam hati netizen. Satu menu yang ditunggu-tunggu setiap tahun. Nampaknya KFC kena juga bersaing untuk dapatkan tempat dalam hati netizen dalam cara yang lain mungkin. Improvise menu memang amat perlu diketengahkan sebab banyak menu KFC yang keluar tapi tidak menjadi sebutan di bibir netizen. Mek percaya pihak pengurusan KFC akan lebih berjaya di masa akan datang.

Apa pula pendapat korang mengenai KFC Parmesan Truffle ni? Yeay or nay? Kongsi diruangan komen, okei ❤


Sekian ..


#KFCPAMERSANTRUFFLE
#KFC
#CHEESELOVER

6 comments

  1. kna srh blogger buat review tu mek..haha

    ReplyDelete
  2. aduh ni rasa nk gi terjah kfc slaluh nih..hahahah

    ReplyDelete
  3. Belum sempat merasa lagi yang paling baru ni, ada cheese ni mungkin akan dipertimbangkan hihiih..

    ReplyDelete
  4. Tengok iklan nampak sedap, tapi belum sempat nak try lagi. Heheh :)

    ReplyDelete
  5. lambat nak g terjah makan kfc... hunjung bulan pulak hahahha...

    ReplyDelete