KENANGAN 2015 DI SEBALIK LAGU MULANYA DI SINI

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Kenangan 2015 di sebalik lagu Mulanya Di Sini. Pagi ni masa pandu kereta nak ke tempat kerja, tetiba berkumandang lagu Mulanya Di Sini nyanyian Freedom (jangan tanya whos this fella sebab mek totally have no info about them). Zass mek dilayangkan kembali ke tahun 2015 pada bulan Mac macam tu. Tetiba terasa berada dalam dewan di Hotel Renaissance Kota Bharu. Berada di barisan hadapan bersama kakitangan BSN Kelantan yang lain juga. Ingatan mek tu seiring dengan alunan musik yang berdendang di radio.


KENANGAN 2015 DI SEBALIK LAGU MULANYA DI SINI 

Mulanya Di Sini

( P: )
Tibanya di sini
Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Di antara kita berdua
( L: )
Sehingga di sini
Tiada berpaling lagi
Kita berteman
Seiring jalan dan sehaluan
( L: & P: )
( korus )
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai
( P: )
Mulanya di sini
Ku kenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu
( L: )
Akhirnya di sini
Ku kenali hatimu
Sehingga kini
Kita akan terus berlalu
( L: & P: )
( korus )
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai
( L: )
Di hadapan kita ada jalan
Menuju di kejauhan ada sinar menanti
Di penghujung perjalanan ini
( P: )
Oh... sambil bernyanyi
Mendendang senandung yang syahdu
Riangnya hati dan indah duniaku
( L: & P: )
( korus )
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai


Mek cuba cari video yang kami semua nyanyi sama-sama lagu ni tapi sayangnya tak jumpa. Paling best dalam video tu adalah kemunculan pengarah BSN Kelantan yang nyanyikan part lelaki. Mengimbau kembali saat persidangan itu berlansung, biasanya masa persidangan ni lah pihak pengurusan tertinggi akan bentangkan kepada kakitangan mengenai hala tuju sepanjang tempoh setahun. Semasa persidangan juga kakitangan dibenarkan untuk bertanyakan pengurusan apa-apa soalan yang berkaitan dengan hala tuju bank pada tahun tersebut. Dan ianya tamat dengan sempurna. Untuk 2015, kami sama-sama dendangkan lagu ini untuk sama-sama dapat suntikan serta semangat untuk berusaha meningkatkan prestasi organisasi. Tahun 2014 kalau tak silap mek lagu Gemuruh by Faizal Tahir.


KENANGAN 2015 DI SEBALIK LAGU MULANYA DI SINI 

Ini sekadar minor throwback untuk BSN Kelantan. Korang yang berkerja mesti ada juga lagu-lagu semangat yang korang nyanyi sama-sama kan? Kalau ada, boleh share diruangan komen. Boleh mek cadangkan untuk persidangan 2019 pulak. Kehkeh


Sekian ..


#LAGUKENANGAN
#MULANYADISINI
#BSNCONFERENCE2015


4 comments

  1. Hihihi tak pernah dengar lagu ni.. Mengimbau memori kenangan ni lagu lama kan

    ReplyDelete
  2. peranan lagu ekk, mek.
    membangkit kan semangat.
    semangat bekerja. semangat setia kawan.
    lagu gemuruh tu memang gemuruh, mek. suka lagu tu.

    ReplyDelete