Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Jom print kenangan di printcious.com sebagai koleksi untuk hari tua nanti. Mek memang teruja nak print atau lebih senang kalau bahasakan cetak kenangan. Mek suka cetak kenangan sebab mek tahu, sesetengah benda dalam dunia ni, perlukan cetakan untuk sentiasa ingat. Dalam memori kita, hanya kita sahaja yang nampak. Visualise itu hanya kita je yang nampak, macam mana anak senyum, umur anak berapa bulan boleh berjalan. Hanya dalam kotak memori kita sahaja. Kalau dalam telefon juga sama, yang ada boleh disimpan namun kadang ada juga yang ter-delete tanpa sengaja. Habis jahanam kenangan.
Maka, penyelesaian terbaik adalah dengan mencetak kenangan kita supaya kita boleh hiasnya dengan penuh kasih sayang. Boleh abadikan dalam rumah kita dengan senyuman gambar-gambar manis yang sempat kita rakam bersama yang tersayang. Dah macam berbelit maksud mek tu, tapi mek tahu korang fahamkan kenapa cetak kenangan antara satu perkara secara suku tahunan kena buat secara berkala? Mek, biar betul setiap suku tahunan. Okei, kalau tak nak suku tahunan, buat setiap pertengahan tahun. Atau kalau lebih malas, boleh buat setiap awal tahun, recap kenangan pada tahun sebelumnya. Mana nak cetak semua tu mek? Okei baca bawah ni.
Printcious.com cetak kenangan abadi korang pada pelbagai barangan
Di printcious.com banyak barangan yang korang boleh cetakkan gambar korang untuk kegunaan korang di masa hadapan. Ai mek, tadi cakap untuk kenangan je. Ye betul tapi instead of cetak dan letak sebagai kenangan, printcious.com juga ambik pendekatan untuk cetak kenangan pada barangan yang korang boleh gunakan balik. Kalau korang terjah website printcious.com memang banyak sangat produk-produk yang dia tawarkan kepada kita. Memang rambang mata habis ! Selepas ditapis beberapa peringkat sebab bajet mek nak spend pada suku tahun pertama 2019 hanya RM100 lebih-lebih sikit, maka ini yang mek nak :
1. Tote Bags
printcious.com cetak kenangan abadi korang pada pelbagai barangan
Tote bags ni memang menjadi kegilaan mek setiap masa. Kalau diberi peluang untuk membeli bag, kebanyakkan mek akan ambik yang jenis tote. Sebab tote adalah satu bag yang korang boleh isi banyak benda ! Kalau sling bag, ianya agak kecil dan barangan yang boleh dibawa pun tidak begitu banyak. Cuma tote bag ni dia agak besar la, tak nampak begitu casual. Untuk santai atau leisure, bercuti, atau untuk letak barangan anak-anak, memang sesuai sangat dengan tote bag ni. Bagi mak-mak seperti mek memang nak sangatlah tote bag ni.
Apa yang istimewa di printcious.com setiap tote bag yang korang beli dapat cetak gambar kenangan korang pada tote bag itu sendiri ! Yes ! Memang takkan tertukar dengan bag orang lain la kan? Plus, ianya macam very customised, specially made for you. Feeling vivy pulak sebab ada nama bag cetakan nama sendiri. Tote bag ini mek akan order dua untuk Amani dan Amzar. Boleh diaorang bawa ke tadika dan taska mereka. Tak sabar ! Harga untuk dua ini cecah RM80.
2. Ceramic Tiles Rectangle
printcious.com cetak kenangan abadi korang pada pelbagai barangan
Ini mek suka jugak sebab mek suka cetak gambar dan letak dalam frame instead of letak dalam album. Kebiasaannya, yang letak dalam album ini adalah gambar yang nak simpan, kiranya dah ada gambar lain untuk dipaparkan di ruangan keluarga. Mek juga suka ambil pendekatan, setiap kali mek travel, mek akan frame-kan satu gambar keluarga sebagai kenangan. Barulah kenangan itu sentiasa segar, kan? Satu lagi tips untuk cantikkan hiasan ruang keluarga dengan gambar-gambar kenangan kita adalah semestinya dengan mencetaknya dalam bentuk kualiti yang tinggi ! Kualiti yang tinggi penting untuk buatkan gambar kita tidak nampak pecah-pecah dan juga tampak timbul pada ruangan tersebut. Tentunya kemasan moden atau urban akan mampu untuk realistikkan lagi gambar kita tersebut.
Printcious.com ada menyediakan variasi produk untuk korang cetakkan. Mek paling tertarik dengan ceramic tiles ini. Gambar kita akan dicetak pada tiles ! Serius dah boleh nampak macam mana cantiknya bila mek letakkan di ruangan gambar yang mek ada sekarang. Walaupun ceramic tiles ni nanti mek tak boleh masukkan dalam album, sekurang-kurangnya mek boleh letak dalam almari kaca yang mana ianya akan sentiasa berada 'di luar' untuk dilihat bagi mereka yang mengunjungi rumah mek. Mungkin almari kaca sediada ini akan diubah suai untuk menjadi almari kaca memori. Cantiknya ! Untuk harga tiles ini hanya RM28 sahaja. Berbaloi untuk hiasan rumah.
Untuk lebih banyak lagi produk-produk untuk cetak kenangan, korang boleh terjah printcious.com . Banyak lagi produk yang mek nak tapi bukan dalam masa sekarang. Oh lagi satu, kalau korang nak tahu, banyak juga barangan yang boleh dijadikan goodies bagi majlis-majlis korang contohnya :
printcious.com cetak kenangan abadi korang pada pelbagai barangan
printcious.com cetak kenangan abadi korang pada pelbagai barangan
~ Keychain
~ Mug minuman
~ Tshirt
~ Canvas
~ Mouse Pad
Tentu tetamu korang akan terpukau dengan goodies yang disediakan oleh korang. Nampak awesome dalam masa yang sama, bajet untuk goodies tak burst. Maka, pilihan tepat adalah di printcious.com ! Jangan lupa jenguk ❤
Sekian ..
#PRINTCIOUS
#CETAKKENANGAN
#SIMPANKENANGANUNTUKHARITUA
Banyak yang berkenan ni.. Bantal, Mousepad, t-shirt 😍
ReplyDeleteberkenan baju tu.. letak gambar sesiap kan best..heyy,terus teringin nak ada satu koleksi
ReplyDeletelepas ni mek buleh order cenderahati utk diberikan hadiah kpd kwn2 blogger.
ReplyDeletewah tentu lebih dihargai kalau dpt hadiah personalized mcm ni
ReplyDeletecantikknya.macam rabia buat cutebook tu pun hari tu dah kenangan dah. kenangan bersama2 kwn2 dan family.ni rasa macam nk try jugak printcious ni
ReplyDeleteserik simpan dalm external hard disk sebab gambar boleh rosak, better kita print hihiihi
ReplyDeleteMaklumat mengenai Proton X70 2020
ReplyDelete