IF I WERE A BOY DAN KISAH USTAZAH YANG HILANG

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

If I were a boy dan kisah ustazah yang hilang. Sedang mek bercerita dengan spouse tentang ustazah yang hilang (spouse yang buka cerita tentang ustazah yang hilang tu). Katanya ustazah tu agak tertekan dengan jarak perjalanan ke tempat kerjanya yang memakan 100km sehari. Kata spouse mek, ustazah tu pernah mendapat rawatan daripada doktor, mungkin sesi kaunseling agaknya untuk redakan tekanan emosi. Mek banyak diam, skrol youtube. Tetiba keluar lagu If I Were a Boy nyanyian Boyence. Mek tanyakan spouse, pernah dengar tak lagu ni? Katanya tak sebab tak memahami what is Beyonce singing about. So mek macam okei patot lah.


IF I WERE A BOY DAN KISAH USTAZAH YANG HILANG  

Well, setiap lelaki kena dengar lagu ni. Lagu ni dah lama. Mek ingat masa mek sekolah menengah lagi lagu ni tapi serius mek CD kan lagu ni untuk mek pasang dalam kereta mummy. Just because alunan muziknya tu memang mek suka. Tapi tersedar tanpa sengaja pada malam ini yang yes every man have to know this song and understand it well. Lelaki, dengar sini - ni mek sertakan video dan liriknya sekali. Skrol bawah untuk tahu kenapa.


IF I WERE A BOY DAN KISAH USTAZAH YANG HILANG  

"If I Were A Boy"


If I were a boy
Even just for a day
I’d roll outta bed in the morning
And throw on what I wanted and go
Drink beer with the guys
And chase after girls
I’d kick it with who I wanted
And I’d never get confronted for it.
'Cause they’d stick up for me.
[Chorus]
If I were a boy
I think I could understand
How it feels to love a girl
I swear I’d be a better man.
I’d listen to her
'Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted
'Cause he’s taken you for granted
And everything you had got destroyed
[Verse]
If I were a boy
I would turn off my phone
Tell everyone it’s broken
So they’d think that I was sleepin’ alone
I’d put myself first
And make the rules as I go
'Cause I know that she’d be faithful
Waitin’ for me to come home (to come home)
[Chorus]
If I were a boy
I think I could understand
How it feels to love a girl
I swear I’d be a better man.
I’d listen to her
'Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted (wanted)
'Cause he’s taken you for granted (granted)
And everything you had got destroyed
[Bridge]
It’s a little too late for you to come back
Say it's just a mistake
Think I’d forgive you like that
If you thought I would wait for you
You thought wrong
[Chorus 2]
But you’re just a boy
You don’t understand
Yeah, you don’t understand, oh
How it feels to love a girl someday
You wish you were a better man
You don’t listen to her
You don’t care how it hurts
Until you lose the one you wanted
'Cause you’ve taken her for granted
And everything you had got destroyed

But you’re just a boy



Lelaki, bila isteri meluah korang kena dengar. Kadang isteri dah pernah luah rasa sakit dalam hati dia tapi korang sekadar dengar, tanpa kata-kata semangat, tanpa nasihat dan even worst tanpa bantuan yang korang hulurkan. Sebab apa? Sebab lelaki selalu dimomokkan perempuan adalah makhluk paling beremosi. Yes, we are beremosi teruk tapi apa guna ada laki tapi tak boleh nak tenangkan kami perempuan? Baik kami single, tak payah ada laki jadi semua keputusan boleh buat sendiri. Contoh kisah ustazah ni. Nak salahkan laki dia pun macam tak jugak sebab bukan berjiran dengan dia tapi hello bang, 100km per day. Seminggu kerja 5 hari. Penat bang. Serius. Itu tidak termasuk hadap jem lagi. Along the way 100km bang (ye mungkin 50km pergi dan 50km balik) banyak giler kemungkinan yang akan terjadi. Kenapa mek amat memahami because im also a traveller 80km per day. Penat tak? Ye penat amat sangat sehinggakan kalau balik, mood nak bercakap hilang. Hilang along the way 40km. Berjumpa dengan pelbagai ragam dijalanan, hadap jem, hadap panas, hadap mengantok. Balik rumah nak cerita dekat laki, dikata pulak kita ni macam-macam. Oh well, baik berdiam sahaja kalau begitu. But berdiam ini makan diri. Lama-kelamaan rasa tak boleh fikir dengan waras. Rasa nak hilangkan diri, rasa tak nak hadap dah apa yang sedia ada. Mek pernah rasa ke? Ye, pernah. Rasa tinggal je lah anak-anak dirumah, kita menyewa dekat dengan pejabat. Tapi masih lagi waras dan tebal sayang pada anak jadi tak buat kerja gila macam tu. Dan mek rasa Ustazah ni dah cukup habis fikir, sebab tu dia ambil tindakan untuk larikan diri sekejap. Tergamaknya. Oh, kalau dah tak rasional, semua benda jadi possible tau. 

Berbalik kepada lagu If I were a Boy, ye ada betulnya Beyonce tu katakan. You just a boy, you dont listen to her, you dont care how she hurts. Tulis melayu la bagi faham sikit. Kau lelaki memang tak penah nak cuba memahami kaum hawa lagi-lagi bini kau. Tak pernah nak dengar apa yang bini nak cakap dan tak penah pun rasa kesian dengan bini apa yang bini lalui (oh ini adalah statement kepada lelaki yang tak guna, lelaki yang tunggu bini di pintu syurga masih lagi wujud tapi hanya 10%). Ini lagu Beyonce bang. Lagu orang putih yang bukan islam tapi dia boleh bagitahu sebab majority lelaki, inilah peelnya.

Tertarik juga mek nak kongsikan dengan korang tentang ceramah yang mek dengar pagi tadi. Mengenai isteri yang suka membebel. Saidina Omar, paling garang pada zaman Rasulullah. Term paling garang ni sehinggakan syaitan pun takot nak goda Saidina Omar. Satu hari ada seorang sahabat ke rumah Saidina Omar untuk mendapatkan nasihat mengenai isterinya yang suka membebel. Sampai je sahabat ke rumah Saidina Omar, sahabat ni tengok Saidina Omar berada di depan pintu rumahnya, duduk berdiam diri sambil isteri Saidina Omar sedang membebel. Allah. Terkejut sahabat ini. Pada pendapatnya, isteri Saidina Omar mesti gerun nak bebelkan Saidina Omar tapi salah sangkaannya. Maka, sahabat tadi nak patah balik sebab terbatal niat nak dapatkan nasihat daripada Saidina Omar. Saidina Omar terlihat sahabat itu tadi dan memanggil sahabat itu untuk datang kembali. Pendekkan cerita, sahabat itu pergi kepada Saidina Omar dan meluahkan apa hajatnya datang ke mari. Dan Saidina Omar menerangkan kepadanya. 'Isteriku yang menjaga makan minum ku, pakaian ku, rumah ku, yang melahirkan zuriatku. Maka bila dia meluahkan apa yang terbuku dihatinya, aku akan mendengar tanpa mencelah supaya perasaannya itu akan lega.' Subhanallah. Itu yang dikatakan oleh Saidina Omar. Tapi orang perempuan, ini bukan tiket untuk membebel. Cuma di sini, meluah perasaan itu adalah dibenarkan. Dan lelaki harus mendengarnya. Kalau salah ditegur dengan cara yang baik. Kalau perlu dipertimbangkan, perlu dibantu, semampu yang boleh tolong hulurkan bantuan anda. 

Semoga cerita sebegini menjadi pengajaran kepada ramai pihak. Allahu, setiap hubungan perlu dijaga demi Allah. Maka, suami jaga isteri korang dengan baik. Niat untuk ke syurga. Jangan ambil mudah dengan apa yang diperkatakan oleh isteri. Mereka tidak akan meluah jika itu tidak menjadi bebenan kepada mereka. Kalau mereka meluah, dengar dan bagi kata-kata semangat. Kalau apa yang diperkatakan itu salah, tolong betulkan. Jangan biarkan hati isteri memendam rasa. Kelak binasa ❤ 


Sekian ..


#IFIWEREABOY
#USTAZAHHILANG
#BEARINMIND

9 comments

  1. Sebenarnya sis... cerita ni ada saya dengar ustazah tu ada masalah mental health iaitu depresion dan anxiety dan disahkan sejak beberapa tahun dulu. Suami dia ada tanya kenapa dia menangis.. Tapi dia kata tiada apa2. so suami dia mcm tak syak apa-apa yang serius. Rupanya ustazah ni memang ada masalah anxiety. Maybe suami dia tak tahu, kalau tanda-tanda orang yang ada masalah mental health., apa2pun allahamdullilah ustazah tu dah jumpa dengan selamat ~

    http://www.imaginasiklasik.com

    ReplyDelete
  2. harap2 ustazah Nur Farhana ditemui dengan selamat.
    Semoga KPM dapat membantu cikgu2 'duka lara' seperti ustazah ini.

    ReplyDelete
  3. kesian sangat.Dari riak muka tu dapat gambaran yg dia sedih.. hmmm,kaum lelaki lah yg dpersalahkan.Dan cikgu tu pon sialp,sebolehnya..cuba meluahkan.Jangan pendam.Bahayaaaa woooo

    ReplyDelete
  4. Apa yg mek tulis cik ash gak alami sebelum ni huhuhu..

    ReplyDelete
  5. Rasanya normal setiap orang berpasangan pasti akan merasai..kadg2 time stress..balik kerja..nak cerita.. tapi hal lain plak tggu dirumh.. rasa mcm nak lari dari rumah walaupun 1 hari.. tp xterbuat lg laa..huhu..tp xmustahil jika berlarutan..lama2 akan 1 hari kerja gila hilang mcm ni akan terjadi..

    ReplyDelete
  6. mek jange la gi bawa diri keluar negara pulop deh? tu la pentingnya ada komunikasi antara suami isteri..

    ReplyDelete
  7. ada baca2 pasal ni. kata nyer dia ada masalah.
    aida x suka nak sebut masalah mental. sebab kata nyer ada kaitan dgn waktu perjalanan gi balik keje ekk.
    tak sanggup nak baca detail, mek. simpati.
    aida merasa menjadi ibu di hujung minggu saje. berulang melaka - jb - melaka tiap minggu.
    aida merasa berulang setiap hari melaka - seremban - melaka, demi anak-anak. setiap hari lebih kurang 140km gi balik.
    aduhai. memang stress.
    masalah keje. penat travel and driving. duit laju mcm air utk tol & petrol. anak2 buat hal. nak homeschool anak2.
    Allahu Akbar. kerap juga la sampai ofis, tutup pintu bilik dan nangis sorang2.
    harap ustazah ni pulih. support suami dan keluarga harapnyer dpt la membantu dia kan, mek...

    ReplyDelete
  8. Kesian ustazah ni.. Memahami sangat sebagai perempuan kuat mana pun dalaman kita cuba bertahan pasti tak tertanggung jugak oleh kudrat..

    ReplyDelete
  9. you have me noww so jangan buat pasal gi masuk siam pulok tuh lepas baloh..hahahhahahhhhahaa

    ReplyDelete