HUT'S LUNCH SPECIAL TAWARAN MAKAN TENGAHARI DI PIZZA HUT

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Hut's Lunch Special tawaran makan tengahari di Pizza Hut. Dua tiga hari ni terasa terliur je nak makan pizza. Entah kenapa. Nak cakap ada promo atau iklaneka yang menarik pun tidak juga. Nak cakap tengok restoran pizza hut ni hari-hari pun tidak juga. Cuma dalam bayangan mek, bestnya dapat makan pizza personal panas-panas cicah dengan sos cili, hirup mushroom soup. Perghh ! Jadi, tiba lah masanya mek ajak geng makan tengahari mek ke pizza hut untuk menikmati bersama-sama. Nasib baik mereka okei je.


HUT'S LUNCH SPECIAL TAWARAN MAKAN TENGAHARI DI PIZZA HUT

Daripada office mek, hanya berjalan kaki sahaja nak ke pizza hut ni. Dalam lima minit je sampai la. Tiba masuk je ke dalam pizza hut, tak ramai lagi orang, alhamdulillah. Kalau tak, menunggu que tu rasanya agak lama jugak la untuk kami yang rehat hanya satu jam ni. Bila dah seated tu, terus diaorang tanyakan menu apa yang kami nak. Mek memang dah agak, setiap fast food restoran akan ada menu lunch masing-masing. Cuma untuk 2019 ni apa yang pizza hut hidangkan, mek pun tak tahu. Kalau dulu rasanya ada juga dua tiga menu lain.


HUT'S LUNCH SPECIAL TAWARAN MAKAN TENGAHARI DI PIZZA HUT

Ini dia Hut's Lunch Special yang berharga RM12.90 (tak termasuk service caj). Dapat la satu slice garlic bread, satu mangkuk mushroom soup, satu personal pizza yang ada beberapa flavor korang boleh pilih dan satu soft drinks dengan beberapa pilihan juga. Alhamdulillah, bagi mek menu ini dah cukup untuk mengenyangkan pada waktu lunch. Sesuai untuk bawa anak-anak sebab tempat berhawa dingin maka tidaklah anak meragam panas. Sesuai juga untuk makan tengahari bersama kawan-kawan. Sesuai juga untuk korang buat kerja assignment atau kerja blogger since pizza hut ada wifi free untuk pelanggan mereka.

Untuk set Hut's Lunch Special ni juga, satu lagi pilihan adalah menu pasta. Ini mek tak berapa nak cuba sebab tekak mek nakkan pizza berbanding pasta. Kawan mek ada yang ambik pasta. Katanya okei je rasanya. Cuma dia tak dapat habiskan sebab kenyang. Sama juga kalau ambik pasta, dapat juga satu slice garlic bread, mushroom soup dan soft drinks dengan aneka pilihan. Cuma harga pasta ni berbeza satu ringgit je dengan harga pizza iaitu RM14.90 (tidak termasuk caj perkhidmatan). Untuk korang yang suka pasta boleh cuba yang daripada pizza hut pula.


HUT'S LUNCH SPECIAL TAWARAN MAKAN TENGAHARI DI PIZZA HUT


HUT'S LUNCH SPECIAL TAWARAN MAKAN TENGAHARI DI PIZZA HUT

Seiring dengan galakkan daripada pihak kerajaan, pihak pizza hut juga tidak memberi straw lagi kepada pelanggan mereka. Kalau korang nak straw boleh aje mintak dengan krew pizza hut, nanti diaorang akan bagi. Cuma untuk provide terus kepada pelanggan itu tidak. Masa mek makan haritu memang ramai juga yang mintak straw. Biasalah, netizen dah terbiasa minum dengan straw, kan. Untuk berubah mungkin mengambil masa. Tapi usaha semua restoran yang menyahut seruan pihak kerajaan ini boleh dipuji. Teruskan usaha untuk kekalkan bumi ini hijau.

Korang yang dah cuba Hut's Lunch Special ni, boleh juga komen di bawah. Apa yang korang pesan untuk makan? Kalau korang yang ada entry, boleh juga drop komen di bawah ye. Nanti mek baca pengalaman korang pula ❤

Sekian ..


#PIZZAHUTLUNCH
#HUTSLUNCHSPECIAL
#MENUFORLUNCH

8 comments

  1. Lama tak makan pizza hut...sebelum ni makan pizza hut...tiba-tiba rasa nak cuba pizza dominos...hihi...tapi bila tengok perkongsian ni..terasa nak makan pizza hut ka pulak.

    ReplyDelete
  2. seumur hidup rabia sekali je makan pizza hut.sebab my parents kurang suka makan pizza.hehhe

    ReplyDelete
  3. pizza hut ni kalau tgk kt ig memang berhantu terus kena terjah hahaha

    ReplyDelete
  4. menarik meal ni. Boleh cuba nanti order yang ni.

    ReplyDelete
  5. 2019 belum jejak kaki lagi.. nak try menu cny dia

    ReplyDelete
  6. sedap tu mek wei! nak gi pizza hut la kare..

    ReplyDelete
  7. uishhh pizza hut pulak.. hahaha... nak kena bodek tok laki pizza hut ni pulak ni

    ReplyDelete