FIRST DAY VS FIFTH DAY DI TASKA DAN TADIKA

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ...

First day vs fifth day di taska dan tadika. 2019 ni rasa seolah-olah macam dah agak tua bila kena uruskan anak masuk tadika dan taska. Untuk pengetahuan korang, sebelum ni Amani dan Amzar dijaga oleh mak mertua mek semenjak mereka lahir. Apa yang mek risaukan adalah Amani yang dah berumur empat tahun tetiba nak kena berada di tadika, di bawah jagaan dan seliaan orang lain yang dia tak kenal. Untuk Amzar mek tak berapa nak risau sebab dia masih lagi dalam proses nak bersuka ria, maknanya nampak kawan boleh hilang ingatan kejap kepada mek. Bila umur anak makin meningkat, emosi mereka pun bertambah. Boleh merajuk, murung, marah dan lain-lain lagi.


FIRST DAY VS FIFTH DAY DI TASKA DAN TADIKA

Mek pernah ceritakan di entry KELENGKAPAN / KEPERLUAN KE TASKA DAN TADIKA mengenai kisah persiapan mek nak hantar dua beradik ini ke taska dan tadika. Kemain buat carian dan bertanyakan kawan-kawan tentang apa yang patut disediakan. Dan Alhamdulillah setakat apa yang mek lalui dengan kelengkapan yang mek sediakan itu, tiada yang tidak cukup dan tidak perlu bertambah. Semuanya cukup elok. Terima kasih kawan-kawan blogger yang kongsikan kisah mereka di entry masing-masing. Cukup membantu mek ibu baru yang nak hantar anak ke taska dan tadika ini.

Tanpa lengahkan lagi masa korang, jom baca kronologi kisah Amani dan Amzar di tadika dan taska :

Hari pertama (30 Disember 2018)

Amani : masa bangun tidur pun dah menangis nak mandi. Bila dah siap pakai kasut diam kejap. Dalam kereta senyap je tak banyak cakap. Sampai tadika senyap juga tapi tak menangis lagi. Bila kakak guru dia ambik terus menangis. Dan mek bila anak menangis terus menangis juga. Tak tahan tengok anak sedih meraung macam tu sekali. Cuma, demi kebaikan terpaksa melepaskan. Masa balik memang kakak guru letak asing sebab dia menangis tengok orang lain balik sedangkan mek tak sampai lagi untuk jemput dia pulang. Dan dia memang paling rabak mata.

Amzar : masa bangun mandi tak menangis. Masuk kereta pun tak menangis dan dia tidur sepanjang perjalanan. Bangun je okei lagi. Masa kakak guru ambik terus menangis jugak. Menangis yang takut. Memang meruntunkan jiwa mek. Anak kalau menangis takut macam tu kesian weih. Kalau menangis tanpa sebab kita pulak jadi nak marah. Ni kalau menangis takot, kita pulak yang jatuh air mata jugak. Masa balik pun dia agak okei. Tak menangis. Senyum bila mek sampai.

Hari kelima (03 Januari 2019)

Amani : Masih lagi menangis ke tadika. Tak pernah tak menangis since bangun tidur, pakai kasut je dia diam kejap. Sampai ke tadika terus menangis. Budak-budak lain okei je. Amani ni dia ada favorite kakak guru dia bernama Kak Sue. Itu je la yang dia nak dan dicari pagi-pagi. Kalau Kak Sue tak in duty maka Kak Sarah menjadi pilihan. Mana-mana lah asalkan boleh layan Amani menangis tu. Mek sendiri pun tak boleh nak sabar sangat kalau menangis tak tentu pasal ni. Masa balik dah ada improvement, dah tak menangis. Siap naik kereta cakap dengan mek, kakak dah tak menangis hari ni, esok boleh mandi kolam. Errrk, yang membingitkan telinga pagi-pagi tu dia tak ambik kira pula.

Amzar : Masa bangun dah start menangis tak nak mandi sebab dia nak tidur. Bila dah mandi okei kejap. Dalam kereta dia akan tidur. Sampai pagar taska menangis sebab dah tahu kena tinggal. Bila abang guru dia ambik dia menangis tapi dia macam tahu dia kena tinggal kat situ jadi menangis dia tak lama. Masa balik pun dia dah tak menangis. Amzar agak cool berbanding dengan kakak. Waktu balik dia diam je, makan biskut yang kakak guru bagi. Tapi bila sampai rumah, dia punya mengamuk sebab nak tidur tu boleh tahan jugak. Rasa nak pang sebiji. Waktu maghrib, kita pula dalam keadaan balik kerja. Memang menguji kesabaran.


FIRST DAY VS FIFTH DAY DI TASKA DAN TADIKA

Secara rumusannya, anak mengambil masa agak lama juga untuk sesuaikan diri dengan tadika dan taska. Tempoh percubaan dua minggu, kalau murung memang kena tukar kaedah lain. Kalau setakat menangis, itu biasa sebab dia nak lepaskan perasaan. Nak expect anak akan okei dalam tempoh dua minggu memang hancur. Cuma dapat expect anak get long dengan kawan-kawan tu okei la. Nak cakap dua minggu tak menangis itu memang tidak. Tapi ada je budak yang daripada awal kena duduk taska dah, pergi tadika pun dalam keadaan mamai. Mek ni pengalaman umur empat tahun baru nak duduk tadika jadi takkan sama dengan anak yang semenjak baby duduk taska. 


FIRST DAY VS FIFTH DAY DI TASKA DAN TADIKA

Terbukti hantar anak awal ke taska dapat mengelakkan kecelaruan emosi anak-anak. Macam Amani dan Amzar. Amani dah agak 'berusia' baru nak merasai suasana ramai-ramai, buat aktiviti, duduk dengan orang lain selain daripada ibu bapa, atuk nenek. Macam Amzar usia agak 'muda' jadi emosi dia kejap je nak pulih. Dalam erti kata lain senang nak bending dengan situasi baru. Jadi kalau korang sedang berkira-kira umur mana yang sesuai untuk hantar anak ke taska, setahun setengah adalah usia yang dah kira sedang elok. Boleh berjalan, dah boleh makan dan dah mula untuk berinteraksi dengan kawan-kawan. Itu adalah pandangan mek.


FIRST DAY VS FIFTH DAY DI TASKA DAN TADIKA

Korang pula macam mana kaedah hantar anak ke taska dan tadika? Apa pula pengalaman korang? Drop link di komen, nanti mek baca ❤


Sekian ..


#FIRSTDAYINSCHOOL
#TESTIMONIANAKBERTADIKA
#PILIHDENGANBIJAK

5 comments

  1. bertabahlah mek melayan kerenah anak2..

    ReplyDelete
  2. Geram tengok baju amzar.. Pinkkk.
    Moga kuat neh layan karenah anak anak tengah membesar.. Kalau dok kuat meh sini pos sorang nak jadi bibik 😂

    K gurauu

    ReplyDelete
  3. Last time my kids had so much fun was on the roadshow of Proton X70 2020

    ReplyDelete