EPISOD 1 QNA : BLOGGER SIS GEE

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Episod 1 : QNA bersama blogger Sis Gee. Amboi mek, kemain lagi ada episod satu bagai. InsyaAllah mek agak serius dalam pembikinan QNA bersama blogger ni dan mek sasarkan sekurang-kurangnya ada dua puluh episod sehingga ke penghujung tahun 2019. Tapi berjayakah mek untuk dapat seramai sembilan belas lagi blogger untuk turut serta dalam QNA bersama blogger ini. Harapnya ramai lah blogger sudi untuk berada di dalam channel youtube mek. Walaupun tak berapa nak banyak view, tapi sekurang-kurangnya video tersebut boleh dijadikan sebagai satu kenangan antara mek dan blogger tersebut.


EPISOD 1 QNA : BLOGGER SIS GEE

Untuk episod pertama QNA bersama blogger, mek mulakan dengan blogger Sis Gee kerana secara kebetulan, Sis Gee nak berkunjung ke Kelantan dan mek pun menawarkan untuk adakan sesi QNA bersama blogger ini. Dia bersetuju dan akhirnya terjadilah episod pertama mek ber-QNA bersama blogger. Alhamdulillah. Pada awalnya, mek juga segan sebab mek tak berapa petah untuk bercakap di depan kamera. Tapi bila berdua, rasa segan itu hilang. Korang boleh play video di bawah ini untuk tengok Episod 1 QNA : Blogger Sis Gee.


Soalan yang mek dapat :

1. Siapakah yang banyak membantu awak dalam dunia blog?

2. Ada niat nak berhenti berblog?

3. Siapakah orang yang paling disayangi?

4. Berapakah harga emas sekarang?

5. Bagaimana boleh ceburi bidang blog dan daripada mana dapat inspirasi untuk berblogging?

Soalan yang Sis Gee dapat :

1. Apakah nama dan tempat bekerja sekarang?

2. Sejauh mana keseriusan berblog?

3. Sejak bila berblogging?

4. Umur sekarang di tahun 2019?

5. Cara Sis Gee bahagikan masa untuk menulis entry?

Korang kena tengok video penuh baru korang akan tahu apakah jawapan-jawapan daripada kami. Jadi, selamat menonton ❤


Sekian ..



#QNABERSAMABLOGGER
#SISGEE
#MEKYUNIE

8 comments

  1. wah bagus nya.. semoga tercapai cita-cita mek dapat lagi 19 tuh

    ReplyDelete
  2. Wahhh. semoga sukses dgn misi ni hee. ika sokong :) seronok dpt tgk blogger collabrate hehe

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2019/01/book-review-kacau-by-ariff-adly.html

    ReplyDelete
  3. wowww tak sabar nak tunggu blogger ke dua..hahahahhaa

    ReplyDelete
  4. semoga misi mek terus tercapai QNA dengan blogger2 lain

    ReplyDelete
  5. wow... segmen meletop ni... habis ai tgk tau... hehe

    ReplyDelete
  6. nak tanya la mek: apa matlamat blog mek 5 thn akan dtg? to sis gee: apa harapan dalam bidang blogging ni?

    ReplyDelete
  7. Menarik episod pertama pun dah best.. Nanti nak tengok episod lain juga

    ReplyDelete