Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Dan Ketika Itu, mek pun baru berkesempatan untuk dengar lagu yang dinyanyikan oleh pengacara, pelakon dan juga juga hos perempuan yang pembawakan karakternya agak menghiburkan hati semua yang menonton. Siapa yang tak kenal dengan Zulin Aziz. Dia mula mendapat perhatian daripada netizen bila memuat naik video-videonya yang menyanyikan lagu daripada beberapa artis. Daripada situ, ramai netizen berkata yang Zulin ni boleh menjadi penyanyi. Pun begitu pujian tersebut hanya disambut dengan senyuman oleh Zulin.
DAN KETIKA ITU, LUAHAN SEBENAR ZULIN AZIZ
Sehinggalah pada pertengahan 2018, berita pernikahannya dengan seorang lelaki dihidu oleh beberapa netizen yang mengikuti Zulin Aziz secara terus di IGnya. Tentunya ramai yang mendoakan agar pernikahan Zulin dengan jejaka pilihan hatinya itu akan berlalu dengan baik. Terdahulu, Zulin pernah digosipkan dengan penyanyi kumpulan Forteen. Mek lupa nama mamat tu dan mek juga tak pasti jika jejaka yang dimaksudkan Zulin adalah mamat tu. Zulin sendiri tak pernah reveal whos that guy sebenarnya. Jadi, tak nak jadikan fitnah maka kita anggap sahaja si polan itu sebagai si polan dan bukannya antara yang kita kenal.
DAN KETIKA ITU, LUAHAN SEBENAR ZULIN AZIZ
Mek dapat khabar yang Zulin tak jadi nak berkahwin melalui IGnya juga bila Zulin memuat naik cerita awal sehinggalah akhir bagaimana pernikahannya itu tidak berlansung. Daripada situ juga mek mengetahui yang Zulin akan keluarkan satu single sendiri bagi tujuan kenangan pada hari persandingannya nanti. Semua persiapan telah dilakukan. Tetiba tak jadi oleh kerana lelaki tersebut hanya mendiamkan diri dan menjauhkan diri daripada Zulin. Dengan sokongan semua pihak yang terlibat, single pertama Zulin ini berjaya juga dirakamkan dan di-video-kan cuma lirik ditukar mengikut kesesuaian jalan cerita sebenar yang menimpa Zulin.
Dan Ketika Itu Lirik :
Ketika itu aku mengadu
Ya Allah dengar rintihanku
Ketika itu aku merayu
Ya Allah kabulkan doaku
Aku pasrah dan aku berserah
Yang terbaik hanyalah dari-Mu
Dalam tahajudku aku mohon pada-Mu
Temukan aku dengan jodohku
Dalam tahajudku aku pinta pada-Mu
Tunjukkanlah jalanku ke syurga-Mu
Ya Allah Ya Tuhanku
Yang Maha mendengar
Semua dengan izin-Mu
Pohon keredhaan
Ketika itu hilang arahku
Ya Allah lindungilah aku...
Dalam tahajudku aku mohon pada-Mu
Temukan aku dengan jodohku
Dalam tahajudku aku pinta pada-Mu
Tunjukkanlah jalanku ke syurga-Mu
Tunjukkanlah jalanku ke syurga-Mu
Official Music Video Dan Ketika Itu :
DAN KETIKA ITU, LUAHAN SEBENAR ZULIN AZIZ
Mek takde la menangis dengar lagu ni cuma bersimpati dengan Zulin kerana pelamin yang diimpikan ada cuma jejaka yang disayangi itu tiada. Hancurnya perasaan tapi percayalah, Allah jadikan satu-satu perkara untuk memberi kita kebaikan dikemudian hari. Sulit untuk sekarang namun akan lebih bahagia pada suatu hari nanti ❤
Ikuti juga temubual bersama Zulin yang menceritakan mengenai single pertamanya ini :
DAN KETIKA ITU, LUAHAN SEBENAR ZULIN AZIZ
Sekian ..
#DANKETIKAITU
#ZULINAZIZ
#LUAHANRASAHATI
starting lagu ni mcm fatah amin nye lagu
ReplyDeleteSuka lagu ni. Situasi zulin lebih kurang CR dulu. 😊
ReplyDeleteMesti hancur hati kena macam tu, tapi nasib baik belum kahwin dah nampak the true color laki tu. Daripada dah ada anak pinak dia blah mcm tu lagi merana.
ReplyDeleteKagum la dia boleh bangkit dan buat single. Walau sesetengah orang kata gimik je. Apa pun semoga dia dapat jodoh yang baik
ReplyDeletehmmmm...
ReplyDeleteaida x dalami sgt kisah ni. sebab artis kan, surely la ada episod tragis jugak dlm idup diorang.
diorang pun insan biasa.
It‘s said that the Proton X70 2020 is coming now
ReplyDelete